Anda di halaman 1dari 33

BIDANG KOMUNIKASI DAN

KETERAMPILAN PERUCAPAN
KETERAMPILAN PERUCAPAN
BMP 534
PENGENALAN KEPADA BIDANG
KOMUNIKASI
• Komunikasi asas kepada kehidupan manusia. Juga kepada
kehidupan itu sendiri.
• David Berlo (1960) – komunikasi sebagai satu proses maka
di dalamnya ada acara (events) dan perhubungan
(relationship) – sesuatu yang dinamik, berterusan, sentiasa
berubah dalam berhubung, tidak ada permulaan, tidak ada
penamat, tidak ada susunan acara yang tetap, tidak statik
dan terhenti.
• Pergerakan (moving) dalam komunikasi adalah resepi
interaksi – setiap satu memberi kesan kepada yang lain.
• Dalam komunikasi kita mencari makna.
• Bahasa yang digunakan adalah sebagai simbol
yang membawa makna. Komunikasi
bertunjangkan proses menghantar dan
menerima makna.
• Unsur intrinsik (sbhgn sft @ ciri ssorg @ ssuatu)
dalam komunikasi manusia ialah usaha untuk
bertukar-tukar makna.
• Makna perkataan ialah asas penting kerana
dalam mentafsir makna akan menimbulkan
salah faham (ant. Penghantar dengan
penerima).
CIRI KOMUNIKASI
• Komunikasi adalah sesuatu yang kompleks.
• Ada yang berpendapat apabila ada sahaja komunikasi ada ‘6
manusia’ yang terlibat.
– 1. siapa anda pada diri anda.
– 2. siapa diri anda di mata rakan anda.
– 3. siapa diri anda , anda siapa, rakan anda siapa.
– 4. siapa diri anda pada anda.
– 5. siapa rakan anda di mata anda.
– 6. siapa rakan anda, siapa anda, siapa diri anda.
• Komunikasi tidak boleh ditarik balik dan tidak
boleh diulang. Komunikasi melibatkan seluruh
personaliti.
• Asas kepada mengubah pandangan kita
terhadap dunia dan diri kita sendiri
(komunikasi individu).
• Kesan langsung komunikasi ialah keinginan
supaya seseorang melihat/ menerima fakta
kita, menghargai kita, berkongsi perasaan kita
dan menerima keputusan kita.
KESIMPULAN

1. Tidak boleh hidup tanpa komunikasi – tidak guna


makan, pakaian dll tanpa komunikasi.
2. Penting sebagai individu, anggota keluarga, ahli
masyarakat, anggota organisasi dan sebagai rakyat
dalam sebuah negara.
3. Untuk menjadi cemerlang sebagai apa pun kita perlu
faham proses komunikasi.
4. Perlu menjadi komunikator yang baik demi
menjayakan diri kita, keluarga, masyarakat dan
negara.
DEFINISI / KONSEP KOMUNIKASI

• Komunikasi adalah sesuatu yang memberi


kesan kepada pemikiran manusia.
• terdapat 8 tokoh yang memberi definisi
berbeza tentang komunikasi
HAROLD LASSWELL (1948)

• Satu cara mudah untuk menerangkan satu


kegiatan komunikasi adalah dengan menjawab
soalan-soalan berikut:
Siapa Kata Apa Dalam Saluran Mana
Kepada Siapa Dengan Kesan Apa?
SHANNON & WEAVER (1949)

• Komunikasi digunakan dengan pengertian


yang luas untuk melibatkan semua prosedur
yang mana satu minda boleh mempengaruhi
minda yang lain. Ini termasuklah bukan sahaja
tulisan dan percakapan tetapi juga muzik, seni
lukis, teater, ballet dan semua perlakuan
manusia.
Lewis, P. V., 1980

• Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai suatu


proses berkongsi maklumat, idea, atau sikap
yang menghasilkan suatu tahap persefahaman
antara penyampai dan penerima.
S. S STEVENS

Pakar Psikologi
• Komunikasi adalah satu respon oleh satu organisasi
kepada satu rangsangan (stimulus). Definisi ini
mengatakan bahawa komunikasi berlaku apabila
gangguan persekitaran (rangsangan) mempengaruhi
satu organisma dan orang tersebut berbuat sesuatu
terhadapnya. Sekiranya rangsangan itu tidak dipatuhi
oleh orang, jadi tidak ada komunikasi.

Dipetik dari buku Alexis S. Tan (1981:58)


SILLARS (1988)

Success in Communication
• Komunikasi ialah penghantaran, penerimaan
atau pertukaran maklumat, pendapat atau
idea dengan tulisan, percakapan atau imej
visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga
unsur tersebut supaya bahan yang
dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh
sesiapa yang terlibat.
Joseph A. De Vito, 1991: 5
• Komunikasi merujuk suatu tindakan oleh
seorang atau lebih yang menyampaikan dan
menerima mesej yang terjejas oleh
kebisingan, berlaku dalam satu konteks
memberikan sedikit kesan dan membuka
peluang untuk bertindak balas
Stephen P. Robbins, 2001: 284
• Komunikasi sempurna kalua benar wujud,
akan lahir apabila suatu fikiran atau idea
terpancar suapaya gambaran pemikiran
(mental) yang ditanggapi oleh penerima sama
benar seperti yang digambarkan oleh
penyampai.
Sandra Clearly, 2008
• Komunikasi merupakan suatu proses
mencipta makna antara dua atau lebih
dengan cara mengungkapkan dan
mentafsirkan mesej.
KOMUNIKASI INTRAPERSONAL/ INDIVIDU

1. Isyarat dari seluruh badan ke otak.


2. Merujuk kepada komunikasi yang terjadi
dalam diri sendiri.
3. Termasuk nota persepsi diri kita sendiri.
4. Menentukan tingkah laku kita.
5. Menentukan sifat lahir kita dengan org lain.

** Rujuk nota Teori-Teori Komunikasi


KOMUNIKASI INTERPERSONAL
• Boleh ditafsirkan sebagai proses menghantar dan mnerima informasi antara 2
orang atau lebih. Boleh dilakukan dengan bercakap secara bersemuka dengan
pihak yang 1 lagi atau melalui saluran lain seperti telefon, e-mel, surat dan
mesyuarat/ mengadakan pertemuan.
• Melibatkan perucap/ penutur (speaker) yang menghantar mesej kepada
pendengar.
• Pendengar menerima mesej, memproses dan menghantar maklum balas
(tindak balas) (respon) dan proses ini berterusan.
• Kandungan (contants) mesej semasa komunikasi interpersonal ini penting
namun aspek lain juga penting untuk memahami mesej tersebut iaitu bahasa
tubuh, ekspresi, air muka (facial expressions) dan nada suara (tone of voice).
• Kandungan perbincangan mesti sesuai dengan unsur bukan bahasa (non
verbal) untuk menentukan komunikasi itu berkesan.
• Penghantaran maklumat/ informasi daripada satu pihak
kepada pihak lain melalui penggunaan simbol (lambang) yang
dikongsi bersama.
• Mesti ada:
Pengirim (sender) memulakan proses dengan memberitahu informasi
yang mempunyai makna untuk disampaikan .
Enkod makna tersebut melalui simbol.
Menghantar mesej melalui saluran tertentu.

Penerima (receiver) Orang yang dihantar/ dijangka menerima mesej


dekod mesej.
Berusaha memahami/ menterjemah maksud
pengirim.
Mungkin akan memberi kan maklum balas
(feedback) dengan mengekod mesej sebagai tindak
balas (respons).
• Komunikasi interpersonal merupakan tahap perhubungan 2
hala.
• Bersemuka (face to face) @ dengan individu yang secara sedar
sedang berkomunikasi.
• Setiap orang tahu peranan sebagai pengirim – penerima.
Maklumat/ mesej yang melibatkan penyerapan dan
penyesuaian secara spontan antara 2 pihak.
• Memerlukan penerimaan dan penyesuaian yang spontan
secara 2 hala.
• Terdapat 4 prinsip Komunikasi Interpersonal:
1. KIP tidak boleh dielakkan
2. KIP tidak boleh diputar balik
3. KIP adalah kompleks
4. KIP berlaku dalam konteks tertentu
1. KIP tidak boleh dielakkan
- kita mesti berkomunikasi. Tidak mahu berkomunikasi (cubaan mengelak
komunikasi) juga meruapakn komunikasi. Bukan melalui kata-kata tetapi nada
suara, gerak badan dll. Prinsip asas komunikasi- manusian bukan pembaca
minda. – orang menilai anda berdasarkan tingkah laku anda bukan niat anda.
2. KIP tidak boleh diputar balik
- setiap kata yang dikeluarkan tidak boleh ditarik balik. Peribahasa Rusia –
apabila sepatah kata keluar dari mulut anda, tak mungkin anda dapat
menariknya kembali.
3. KIP adalah kompleks
- Tidak ada bentuk komunikasi yang mudah kerana banyak variabel yang
terlibat. Permintaan mudah menjadi sesuatu yang amat kompleks. Ahli teori
mengemukakan ada 6 orang manusia yang terlibat apabila kita
berkomunikasi.
- Who you think you are
- Who you think the person is
- Who you thinks the person think you are
- Who the other person thinks he/she is
- Who the other person thinks you are
- Who the other person thinks you think he/she is
- kita sebenarnya tidak bertukar idea, tetapi kita
bertukar simbol yang melambangkan idea. Ini juga
yang menyebabkan komunikasi menjadi kompleks.
Kata-kata (simbol) tidak mempunyai makna dalam
perkataan itu sendiri. Kita hanya menggunakan dan
tidak ada 2 orang yang menggunakan perkataan yang
sama dengan cara yang betul-betul sama.
4. KIP berlaku dalam konteks tertentu
1. Konteks psikologi – iaitu siapa diri kita dan apa yang kita
bawa dalam interaksi kita – keperluan, keinginan, nilai,
personaliti diri. Ini semua membentuk konteks psikologi.
2. Konteks Hubungan – relaksi kita terhadap oarng lain /
interaksi
3. Konteks situasi – berkait dengan psiko-sosial yang mana
anda berkomunikasi . – interaksi yang berlaku di dalam bilik
kuliah berbeza dengan di luar.
4. Konteks persekitaran – ciri-ciri fizikal tempat
berlakunya komunikasi (perabot, lokasi, tahap
kebisingan, suhu, musim, masa, waktu) dan
faktor dalam konteks persekitaran.
5. Konteks Budaya – tingkah laku terdidik
(learned behaviors) dan aturan hidup akan
memberi kesan. Cth: budaya Melayu
KEMAHIRAN DALAM KOMUNIKASI
BERKESAN
• Komunikasi berkesan melibatkan penggunaan deria
manusia iaitu mata, telinga, mulut, hati dan
sentuhan.
• Seseorang yang mempunyai tahap kemahiran
perhubungan interpersonal yang tinggi dan
berkomunikasi dengan berkesan menggunakan deria
manusia dengan bijaksana.
• Mereka bercakap dengan berkesan, melihat dengan
nyata, mendengar dengar aktif dan merasa dengan
hati akan apa yang didengar atau disampaikan.
• Terdapat beberapa kemahiran yang terlibat dalam komunikasi
berkesan iaitu:
1. Kemahiran tingkah laku (komunikasi mata, kedudukan tubuh dan
pergerakan, mimik muka dan air muka, keterampilan, suara)
2. Kemahiran menimbulkan minat (libatkan pendengar, menghiburkan,
mengenal pasti keistimewaan orang lain, membawa topik perbualan
yang anda mahir)
3. Kemahiran memberi perhatian
4. Kemahiran mendengar
5. Kemahiran pemerhatian
6. Kemahiran mengemukakan soalan (soalan tertutup, soalan
terpimpin, soalan terbuka)
7. Kemahiran memberi refleksi perasaan
8. Kemahiran memberi maklum balas
9. Maklum balas yang gagal
UNSUR KOMUNIKASI

• 4 unsur asas:
1. Sumber
2. Penerima
3. Mesej
4. Saluran
• 4 unsur tambahan
1. Maklum balas
2. Gangguan
3. Kesan
4. Persekitaran
MODEL KOMUNIKASI

• Model Komunikasi Shannon & Weaver

signal signal
Sumber
Transmiter Penerima Destinasi
maklumat

Gangguan
HALANGAN DALAM KOMUNIKASI

1. Halangan 2. Halangan 3. Halangan


Persepsi Bahasa Fizikal

4. Halangan 5. Halangan
Fisiologi Psikologi
Halangan Persepsi
• Persepsi seseorang berbeza berdasarkan kepada
perspektif atau sudut pandangan masing-masing
• Perbezaan timbul disebabkan pelbagai factor
seperti latar belakang budaya, pengalaman lalu
dan pendidikan
• Ada juga disebabkan oleh penyampai dan
penerima tidak mempunyai rangka rujukan yang
sama. Cth: majikan – pekerja, ibu pada – anak
• Kesannya sukar mencari titik persamaan
Halangan Bahasa
• Hanya penyampai dan penerima yang menggunakan kod
yang sama akan memahami satu sama lain
• Pastikan Bahasa yang digunakan difahami oleh penerima
• Kata juga boleh memberikan makna berbeza kepada
orang lain.
• Penggunaan dialek
• Perkataan hebat / bombastik yang sukar difahami
• Binaann ayat yang panjnag dan kompleks sukar difahami
Halangan Fizikal
• Berpunca daripada gangguna yang terdapat
dalam persekitaran
• Bunyi bising orang bercakap
• Bunyi mesin
• Suhu udara yang tinggi pada musim panas –
rimas dan tidak focus
• Gangguna alat komunikasi – radio, pembesar
suara, telefon bimbit yang lemah bateri
Halangan Fisiologi
• Merujuk kepada keadaan badan penyampai
atau penerima yang kurang selesa atau kurang
sihat hingga menjejaskan proses komunikasi
• Demam, sakit kepala dsb tidak mungkin dapat
fokus
• Letih, lapar dsb akan kurang berminat untuk
bercakap atau menulis
Halangan Psikologi
• Melibatkan pengalaman minda
• Bosan, jemu, marah dan sedih tidak dapat beri
perhatian terhadap apa yang diperkatakan
• Sikap negatif terhadap penyampai atau
perkara yang diperkatakan akan ditolak
mentah-mentah atau tidak dipedulikan
langsung atau ditentang dengan rasa meluat
atau benci
Bentuk Komunikasi Asas

1. Komunikasi dari atas ke bawah

2. Komunikasi dari bawah ke atas

3. Komunikasi mendatar

Anda mungkin juga menyukai