Anda di halaman 1dari 2

Hadirin yang budiman,

Penggunaan media sosial itu sebenarnya satu kelebihan kepada kita semua, terutamanya
golongan belia, tetapi harus dingat tidak semua golongan belia itu menggunakan media sosial
sebaiknya, oleh itu. Indikator saya yang terakhir iaitu keempat adalah ‘ketagihan
pornografi’.Ketagihan pornografi ini adalah dimana seseorang itu gemar melayari laman web
yang berunsur lucah dan didapati golongan belia merupakan individu yang didapati kerap
untuk melayari laman-laman web yang berunsur negatif ini.

Menurut “statistik global” yang dikeluarkan oleh laman web lucah di Amerika Syarikat pada
tahun 2017 menyebut Malaysia antara negara paling tinggi di Asia yang menonton sumber
pornografi. Malah daripada statistik itu, kaum wanita negara ini dikatakan mendahului kaum
lelaki. Perkara ini terjadi kerana sebahagian besar ibu bapa masa kini terlalu sibuk bekerja
sehingga mengabaikan perhatian kepada keluarga, hal ini menyebabkan tiada kawalan oleh
ibu bapa dalam memantau aktiviti anak-anak mereka yang bebas melayari internet, ini juga
didorang oleh perasaan ingin tahu dan meniru perlakuan tidak senonoh yang ditonton di
internet. Kesan daripada akses kepada bahan pornografi yang tidak terkawal boleh
menyumbang kepada masalah sosial yang lain seperti rogol, cabul dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, tidak dinafikan media sosial merupakan satu ancaman pada masa kini
terutamanya kepada generasi walaupun mampu menjadi pendorong terhadap semua
masyarakat untuk terus berkembang namun dalam perkembangan itu juga media sosial juga
dapat berfungsi sebagai penghancur generasi muda.

Individu yang sentiasa melayari internet akan lebih peka terhadap perubahan informasi di
sekitarnya tetapi individu yang memiliki kecenderungan pada hal yang negatif akan nampak
pasif kerana hanya leka dengan kemudahan yang sarat dengan informasi daripada internet.

Maka, alangkah baiknya jika kita bijak menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya
dalam hal yang positif demi kemajuan diri dan peribadi kita.

Hadirin hadirat yang dikasihi,

Saya akhiri pidato saya dengan 2 rangkap pantun :

Dian tiga lilin pun tiga,

Tanglung tergantung rumah laksamana,


Diam juga sabar pun juga,

Ada umur tidak ke mana,

Tuan puteri pergi ke Rasah,

Pulang semula sebelah pagi,

Kita bertemu akhirnya berpisah,

Diizin Tuhan bersua lagi,

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai