Anda di halaman 1dari 1

Hadirin sekalian,

“Ancaman jenayah di media sosial” menjadi kunci pembuka untuk indikator saya yang kedua. Tujuan
asal media sosial adalah untuk merapatkan silaturahim antara manusia dan menjadi alat penghubung
yang boleh merapatkan yang jauh. Akan tetapi, pada hari ini media sosial telah dijadikan satu platform
untuk melakukan jenayah. Sebagai contoh, mark Zuckerberg telah mengaku bersalah atas dakwaan
pencurian data lebih 267 juta orang dengan hanya menggunakan platform facebook. Jenayah yang
dilakukan ini menjadi ancaman kepada orang ramai kerana data peribadi mereka telah dicuri dan
mungkin boleh menyebabkan penyalahgunaan data mereka untuk sesuatu tujuan yang tidak baik. Bukan
itu sahaja, jenayah penipuan siber juga aktif dijalankan menggunakan media sosial. Baru-baru ini
terdapat ramai yang tertipu dengan penjualan seperti topeng muka, hand sanitizer di media sosial tetapi
tidak mendapat barang yang telah dipesan setelah transaksi wang telah dilakukan. Hal ini juga mampu
mendatangkan keburukan kepada masyarakat. Sedarlah wahai hadirin bahawa jenayah boleh membawa
padah.

Hadirin yang saya hormat,

Kesihatan mempunyai 2 cabang iaitu dari segi fizikal dan segi mental. Media sosial boleh menyebabkan
seseorang itu menghadapi kedua-dua cabang ini. Oleh itu, izikan saya sampaikan inti hujah saya yang
ketiga iaitu “media sosial penyebab kerosakkan kesihatan”. Media sosial adalah hiburan pada masa kini.
Akan tetapi, bukan setiap hiburan itu boleh membuatkan kita tertawa. Di Amerika Syarikat, misalnya,
seorang remaja bernama Phoebe Prince telah menjadi mangsa buli siber dan mengakibatkan dirinya
tertekan sehingga membunuh diri. Hal ini kerana mereka yang mengalami gangguan mental dan emosi
mampu membuatkan seseorang itu berfikir untuk membunuh diri. Hadirin, beringatlah bahawa media
sosial boleh menjadi penyebab kerosakkan kesihatan mental seseorang sehingga meragut nyawa.
Ketagihan media sosial juga boleh mendatangkan masalah kesihatan fizikal seseorang. Ketagihan
melampau pada media sosial boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Misalnya, gadis Rusia
berusia 15 tahun maut ketika berswafoto berhampiran landasan keretapi apabila beliau telah dilanggar
kereta api sehingga berkecai tubuhnya. Hadamlah wahai hadirin bahawa berswafoto untuk ditunjukkan
di media sosial itu tidak salah tetapi perlu menjaga diri agar tidak tersakiti.

Bukan itu sahaja, di Sarawak, seorang remaja perempuan telah didapati membunuh diri kerana tekanan
emosi yang dihadapinya.

Anda mungkin juga menyukai