Anda di halaman 1dari 33

BAB 1 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PENGENALAN
*Kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. *Ianya melibatkan 3 kemahiran iaitu : a) Kemahiran bukan lisan Contoh : bahasa isyarat yang digunakan oleh oku b) Kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan Contoh : pengarang buku C) Berkebolehan berinteraksi secara berkesan. Contoh : guru mengajar subjek matematik kepada murid-muridnya

DEFINISI
* Komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak ( penghantar) kepada pihak yang lain (penerima) Guffey dan Amonte (2010) * Ianya melibatkan 5 langkah iaitu : 1. Pengirim membentuk idea 2. Pengirim mengkodkan idea dalam satu mesej 3. Mesej akan melalui saluran komunikasi 4. Penerima mendekodkan mesej itu dan 5. Maklumbalas dihantar kepada pengirim

MODEL-MODEL KOMUNIKASI

Model komunikasi juga berfungsi menerangkan proses komunikasi berkaitan bidang tertentu.
Menurut Wood (2009), model-model komunikasi ada 3 kategori utama iaitu : 1. Model Komunikasi Linear ( satu hala) 2. Model Komunikasi Interaksional ( dua hala) 3. Model Komunikasi Transaksional ( dua hala dan berterusan)

Model Komunikasi Linear

Shannon dan Weaver (1949) mengatakan bahawa proses komunikasi adalah satu hala iaitu pengirim menghantar mesej kepada penerima. Penerima mesej hanya menerima mesej tanpa maklumbalas. Gangguan atau bunyi sekeliling merupakan salah faham mesej antara pengirim dan penerima (miscommunication).

Model Komunikasi Interaksional

Wilbur Schramm (1954) mengatakan bahawa proses komunikasi adalah dua hala antara para peserta komunikasi. Pengirim dan penerima menjalankan fungsi yang sama iaitu mengekod, menterjemah dan mendekod mesej yang diterima. Pengirim dan penerima mesej akan saling memberi tindak balas dalam bentuk verbal, bukan verbal atau kedua-dua sekali. Bagi model ini, pengirim dan penerima akan mengambil giliran menghantar mesej dan pengirim tidak boleh menjadi penerima sekaligus ketika berinteraksi.

Model Komunikasi Transaksional

Model komunikasi transaksional mengatakan bahawa komunikasi berlangsung dengan sistem dan konteks ( budaya, keluarga, rakan, tempat kerja) yang mempengaruhi interaksi antara peserta komunikasi. Semasa berkomunikasi, pengirim dan penerima boleh menghantar mesej, menerima mesej atau membuat kedua-duanya secara serentak.

Kehidupan manusia untuk meminta orang lain berubah atau meminta pertolongan daripada orang lain.

Seseorang menguasai kemahiran berkomunikasi akan menjadikan ledih mudah mendapat kawan dan diterima dalam sesuatu masyarakat.

Psikologi - ilmu tentang pemikiran, perasaan, dan tingkah laku orang lain. Hubungan Insan pengetahuan tentang psikologi manusia yang amat penting bagi memperkukuh asas pemahaman kita. Budaya Faktor yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yand datang daripada latar belakang budaya yang berlainan.

Sikap yang positif terhadap tanggungjawab, tanda hormat dan dapat mencerminkan maruah dan harga diri yang tinggi.
Tidak dibenarkan menggunakan bahasa slanga atau bahasa rojak apabila berkomunikasi walaupun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tugasan Individu - kebolehan bekerja bersendirian. Selain itu, mahasiswa tidak dapat merujuk atau bertanya kepada orang lain. Tugasan berkumpulan - bekerja secara berpasukan yang memerlukan kemahiran mereka berkomunikasi dengan orang lain, interpersonal serta melatih mendengar and mehami orang lain, menuntut mereka bersabar dengan perangai orang lain.

Menguasai cara menulis surat lamaran pekerjaan yang baik melalui baca dalam buku,internet atau penulisan.
Menulis Curriculum Vitae. Menguasai Komunikasi di Alam Maya Etika Dalam Komunikasi.

KOMPONEN KOMUNIKASI:Verbal Pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun


Pesanan

Para Verbal Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan bukan perkataan yang kita sebut
Pesanan

Bukan Verbal Pesanan yang sampai memalui mimik muka yang betul serta gerak tubuh yang sesuai.
Pesanan

TERDAPAT 3 JENIS KOMUNIKASI: Komunikasi Lisan Komunikasi Bukan Verbal Komunikasi Bertulis

KOMUNIKASI LISAN

Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa. Komunikasi lisan yang baik adalah meyampaikan pendapat atau perasaan dengan menggunakan bahasa yang baik, efektif, padat dan jelas. Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi komunikasi lisan :- Perbendaharaan kata - Kelajuan - Intonasi - Humor - Singkat dan jelas

KOMUNIKASI BUKAN VERBAL

Komunikasi bukan verbal sering berlaku secara serentak dengan komunikasi lisan. Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi komunikasi bukan verbal :- Ekspresi wajah - Pandangan mata - Sentuhan - Gaya tubuh dan gaya jalan - Gerak isyarat - Artifak - Proksemik

KOMUNIKASI BERTULIS

Komunikasi bertulis merupakan aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam lambang-lambang bertulis atau grafik. Ia bertujuan untuk mengeluarkan mesej, berhubung atau berkongsi maklumat. Ia juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana ia kekal dan boleh disimpan untuk masa hadapan. Komunikasi bertulis mempunyai beberapa faktor :- Fakta - Laras - Bahasa - Gaya - Pengolahan Bentuk- bentuk komunikasi bertulis :- Surat rasmi - Memo - Emel - Tulisan ilmiah

- mempunyai 7 bentuk komunikasi


Komunikasi Intrapersonal Komunikasi Interpersonal Komunikasi Berkumpulan Komunikasi Organisasi Komunikasi Awam Komunikasi Silang Budaya Komunikasi Berasaskan Teknologi

Berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Bermaksud fungsi psikologi untuk membentang, meneliti, mentafsir dan operasi terhadap apa juga maklumat, mesej atau pengalaman. Ia berlaku dalam fikiran individu. Bertujuan memahami kelemahan dan kelebihan diri sendiri seperti muhasabah diri.

Komunikasi melibatkan dua individu. Bertujuan membina hubungan sosial atau mengukuhkan pertalian silaturrahim. Contohnya bantuan kewangan, nasihat dan teguran yang berbentuk sokongan.

Komunikasi melebihi dua orang Interaksi melibatkan beberapa proses seperti perundingan, membahagikan tugas, berkongsi maklumat, berbincang, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Antara ciri-ciri komunikasi berkumpulan Saiz kumpulan yang sesuai Tingkat interaksi Peranan Ahli Kesepakatan Faham matlamat yang perlu dicapai

Dalam sesebuah organisai yang melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol tertentu. Mempunyai 3 arah aliran komunikasi Komunikasi atas bawah - pihak atasan kepada peringkat bawahan. Komunikasi bawah atas - pekerja bawahan kepada pihak atasan Komunikasi mendatar - pengecilan jurang antara pekerja atasan dengan pekerja bawahan.

Melibatkan jumah yang besar pendengar atau rujukan. Mempunyai 2 bentuk pengucapan awam Pengucapan awam yang bersifat informatif Ceramah, kempen, bengkel kemahiran dan sebagainya. Pengucapan awam yang bersifat persuasif. Ceramah parti politik, kempen mempromosi barang dan sebagainya. Mempunyai 4 jenis pengucapan awam Ucapan spontan Ucapan ekstemporan Ucapan manuskrip Ucapan Hafalan

Melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. Terdapat 5 halangan budaya bagi komunikasi silang budaya. Bahasa atau mesej lisan Bahasa atau mesej bukan lisan Kesan etnosentrisme Stereotaip Noma, resam dan tuntutan moral

Melibatkan perkakas teknologi seperti telefon tangan, internet dan sebagainya. Contohnya facebook, twitter, dan sebagainya.

Definasi :Penggunaan variasi bahasa dan berdasarkan konteks serta situasi tertentu.

Laras Biasa / Umum

Laras Agama

Laras Sastera

Laras Ilmiah

Laras Undangundang

Penggunaan Laras Bahasa


Laras Biasa / Umum
Tidak menggunakan bahasa formal atau istilah khusus Bahasa yang mudah difahami dan tiada istilah teknikal ayat pendek, ringkas dan kadangkala tidak mengikut tatabahasa

Laras Ilmiah Bersifat formal menggunakan istilah dan format Merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, teknologi dan ekonomi.

Laras Agama Mengandungi istilah agama kerana melibatkan wacana agama Sebagai contoh bahasa Arab dalam al-Quran tidak sama dengan laras bahasa Arab umum.

Penggunaan Laras Bahasa

Laras Undang-undang

Penulisannya mempunyai larasnya tersendiri kerana terdapat istilah-istilah perundangan yang khusus Kebanyakkannya dipinjam dari bahasa latin dan bahasa Inggeris seperti defendan, plaintif, prosiding, melafide, bona fide dan habeas corpus.

Laras Sastera Bersifat puitis, dramatik, figurative, naratif dan deskriptif Menggunakan bahasa tersirat seperti kiasan, peribahasa, personafikasi, metafora atau perlambagaan Tidak mengikut hukum tatabahasa.

Halangan-halangan dalam komunikasi


Penyebab kepada komunikasi yang kurang berkesan, mesej gagal disampaikan dan salah faham yang mengakibatkan kegagalan dalam komunikasi.

Halangan Persekitaran
-Terhalang dalam keadaan persekitaran yang tidak sesuai atau tidak tenang seperti bunyi bising, panas, jarak, keadaan fizikal yang tidak sesuai atau selamat dan suasana yang tegang. -Kesannya tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian.

Halangan Sikap Penghantar


-Penghantar yang bersikap negatif akan menghalang proses komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej. - Sikap negatif seperti agresif, mengancam, mengarah, tidak mahu mendengar pendapat orang lain serta merasakan beliau betul akan menyebabkan penerima takut dan tidak mahu memberi maklum balas atau pendapat.

Halangan-halangan dalam komunikasi


Halangan Sikap Penerima
-Sikap dan persepsi yang negatif terhadap penghantar dan mesej/maklumat yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan berkomunikasi. -Sikap penerima yang mempunyai perasaan prejudis atau tidak senang terhadap penghantar akan menghalang proses komunikasi. - Adakalanya penerima menunjukkan bahasa badan yang negatif seperti mimik muka mengejek atau melihat ke tempat lain boleh menjejaskan hubugan antara penghantar dan penerima maklumat.

Halangan Bahasa
-Penggunaan bahasa dengan latar belakang status, budaya, pemahaman, tahap pendidikan penerima mesej serta sebutan yang kurang jelas menghalang komunikasi. - Penggunaan dialek ketika komunikasi akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada penerima. - Bahasa kasar pula akan menyakitkan pihak penerima maklumat serta menjejaskan perhubungan - Sebutan yang kurang jelas, percakapan yang laju serta nada suara serta nada suara yang tinggi atau rendah boleh menjadi penerima tidak mendapat maklumat dengan jelas.

Halangan-halangan dalam komunikasi


Halangan Maklumat Kurang Tepat dan Jelas
-Maklumat yang kurang tepat dan tidak jelas akan menjejaskan pemahaman serta mengelirukan penerima - Sebagai contoh penggunaan emoticon didalam sistem pesanan ringkas sukar difahami dan disalah tafsir oleh penerima - Penyebaran email yang kurang tepat kepada penerima yang tidak sepatutnya dihantar akan mengelirukan penerima kerana maklumat tidak berkenaan dengan peranan atau tugas beliau.

Aspek Keberkesanan Berkomunikasi.


Pelajar perlu mempelajari dan menguasai cara berkomunikasi dengan berkesan kerana ini akan merangsangkan dan memupuk hubungan yang baik antara satu sama lain.
Antara aspek yang perlu diketahui adalah : 1. Latar belakan gpenghantar dan penerima maklumat. Perbezaan latar belakang seperti bangsa, bahasa, budaya, agama, status dan juga pendidikan amat penting. Pertuturan dan penulisan yang bersesuaian perlu dibezakan agar apa yang hendak disampaikan akan difahami aserta tidak menimbulkan permasalahan dalam perhubungan. Mendengar dengan baik dan efektif. Memastikan proses komunikasi berjalan dengan lancar. Mendengar secara atentif di dalam apa jua bentuk interaksi akan dapat menyumbang kepada komunikasi yang berkesan. Pendengar perlu meletakkan diri beliau di dalam situasi subjek dan menunjukkan rasa empati dapat menyumbang kepada kunci komunikasi yang baik. Bersikap positif. Mewujudkan suasana harmoni dan seronok yang membantu ke arah komunikasi lisan atau bertulis yang berkesan. Individu memulakan perbualan yang berunsur negatif berkemungkinan akan dijauhi orang lain. Kata-kata pujian adalah unsur yang mengalakkan kemahiran komunikasi yang berkesan. Sikap hormat menghormati, empati, rendah diri dapat memudahkan proses menyampaikan, menerima dan memahami maklumat.

2.

3.

Rumusan
Perbincangan dalam bab ini bermula dengan memperkenalkan beberapa takrifan dan konsep asas dalam komunikasi. Menampilkan perbincangan yang menyentuh beberapa teori dan model komunikasi.

Keseluruhannya bab ini telah memperkenalkan beberapa ciri dan pendekatan dalam berkomunikasi.
Menekankan kepentingan elemen bahasa tubuh dalam komunikasi dan juga memperkenalkan teknik berkomunikasi yang profesional secara lisan dan profesional.

Anda mungkin juga menyukai