Anda di halaman 1dari 23

MUKHTASAR

RINGKASAN RIWAYAT HIDUP

NABI MUHAMMAD
SAW

Riwayat Hidup Lengkap Nabi Muhammad Saw

Nabi Muhammad s.a.w. adalah anak kepada Abdullah bin Abdul


Muttalib. Ibunya bernama Aminah binti Wahab.
Nama MUHAMMAD telah diberikan kepada nabi oleh Datuk baginda Abdul
Mutolib.
Kedua orang tuanya itu berasal dari suku Quraisy yang dihormati dan
mulia.
Nabi Muhammad s.a.w. lahir pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal tahun
Gajah (atau, 20 April 571 Masehi).
Dinamakan tahun Gajah, kerana ketika baginda lahir, kota Makkah
telah diserang oleh Tentera Bergajah milik Raja Abrahah dan
tentaranya dari negeri Habasyah dengan menunggang gajah. Mereka
hendak menghancurkan Kabah kerana iri hati terhadap berita gembira
kelahiran baginda Rasulullah. Tetapi Allah melindungi Kaabah dan seluruh
penduduk Makkah, dengan mengarahkan sekumpulan burung Ababil
menjatuhkan batu-batu dari Sijjil (dari neraka) yang amat panas kepada
tentara itu hingga menyebabkan tembus perut tentera dan gajah. Maka
binasalah mereka semuanya.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. masih di dalam kandungan ibunya,
Abdullah, ayahnya, pergi ke negeri Syam (Siria) untuk berdagang. Tetapi,
sepulang dari sana, ketika sampai di kota Madinah, ia menderita sakit
dan wafat dalam usia 18 tahun. Abdullah dimakamkan di kota Madinah.
Maka, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan ke dunia dalam keadaan yatim, di
tengah-tengah masyarakat jahiliyah penyembah berhala, penindas kaum
lemah, perampas hak orang, dan bahkan membunuh kaum wanita.
HALIMAH AS-SADIYAH MENJADI IBU SUSU NABI
Sudah menjadi adat bangsa Arab ketika itu, bahawa setiap bayi setiap
qabilah akan diserahkan kepada keluarga qabilah lain untuk disusukan
kepada wanita lain. Begitu pula halnya Nabi Muhammad s.a.w. Beliau
disusukan kepada seorang wanita dusun bernama Halimah asSadiyah.Ketika mana Halimatussa,diah dan suami menerima bayi yang
merupakan baginda nabi,halimah dan suami berasa sangat sedih kerana
menrima soerang bayi yang yatim dan miskin .kerana setiap qabilah
ketika itu sentiasa mengharapkan untuk mendapat bayi yang kaya untuk
disusukan dengan harapan dapatlah menumpang kekanyaan bayi
tersebut.Akan tetapi halimah dan suami tetap menerima rasulullah untuk
disusukan dan yakin dengan rezeki.
Kerana keberkatan yang ada pada bayi yang bernama Muhamad itu,
ternakan mereka membiak dengan bayak,susu yang bayak serta tanaman

juga menjadi sangat subur. Empat tahun lamanya beliau tinggal di


kampong Qabilah Bani Saad bersama ibu susunya itu.
Menjelang usia lima tahun, Halimah as-Sadiyah mengembalikan Nabi
Muhammad s.a.w. kepada ibunya kerana telah berlaku satu peristiwa ke
atas baginda nabi yang mencemaskan hatinya. Ketikamana Rasulullah
sedang bermain bersama kawan-kawannya, Nabi Muhammad s.a.w. tibatiba didatangi dua laki-laki berpakaian serba putih,lalu membawanya ke
satu tempat teduh membaringkannya, kemudian melakukan satu
pembedahan atas dada anak tersebut.Dada Nabi dibedah ,hati nabi di
keluarkan lalu dicuci dengan air zamzam. Meskipun tidak sesuatu pun
terjadi atas Nabi Muhammad s.a.w. setelah peristiwa itu, namun Halimah
as-Sadiyah amat khawatir. Maka segera ia bawa Nabi Muhammad s.a.w.
kembali kepada keluarganya di Makkah.
IBU NABI MENINGGAL DAN DIJAGA OLEH DATUKNYA ABDULMUTTALIB
Baginda kembali bersama ibunya. Aminah merupakan seorang yang amat
saying dan setia terhadap suaminya. Sering kali ia bersama anaknya pergi
ke Madinah untuk berziarah ke makam suaminya, sekaligus berjumpa
dengan keluarganya, Bani Najjar, di sana.
Suatu ketika, dalam perjalanan pulang dari Madinah, setelah selesai berziarah, Siti Aminah jatuh sakit di desa Abwa (antara Makkah dan
Madinah). Beberapa saat kemudian, ia wafat di sana, meninggalkan Nabi
Muhammad s.a.w. yang ketika itu baru berusia 6 tahun. Maka jadilah
Nabi Muhammad s.a.w. yatim-piatu.
Bersama Ummu Aiman, pembantunya, Nabi Muhammad s.a.w. kembali
ke Makkah. Beliau kemudian dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib,
hingga menjelang 9 tahun.
Walaupun ketika itu umur Abdul Muttalib mencecah 78 tahun, dia
tidak pernah terasa terbeban dengan memelihara Nabi saw. Bahkan dia
sangat kasih dan sayang pada cucunya itu seperti dia sayangkan anakanaknya yang lain. Maka tinggallah Nabi bersama datuknya dan juga
bapa-bapa saudaranya dan juga ibu-ibu saudaranya dalam keadaan yang
baik. ketika itu juga Abdul Muttalib mempunyai anak yang lebih
kurang sebaya dengan Nabi saw iaitu Hamzah dan al-Abbas. Nabi
tidak terasa terlalu terasing kerana mempunyai rakan sebaya untuk
bermain-main. walaupun mereka itu sebenarnya adalah pangkat bapa
saudaranya.
Abdul Muttalib sangat sayang kan Rasulullah saw, sehingga jika dia
memanggil Nabi, dia memanggil "anakku" dan bukannya "cucuku".

pernah diriwayatkan dalam satu kisah dimana menunjukkan layanan


datuk Nabi saw terhadapnya sangat istimewa. Dalam seminggu atau
sebulan sekali, Abdul Muttalib akan duduk disisi Baitillah untuk memberi
nasihat sambil dikelilingi oleh 10 orang anaknya lelakinya. Disitu
disediakan hamparan yang istimewa untuk Abdul Muttalib dan kemudian
di sediakan juga hamparan-hamparan untuk anak-anak lelakinya yang 10
orang itu. Dan anak-anaknya tidak pernah duduk di atas hamparan yang
disediakan untuk Abdul Muttalib.
Pada suatu hari, Nabi masuk ke Masjidil Haram dan terus ke tempat duduk
atau hamparan yang di khaskan untuk datuknya, disebabkan hamparan
yang lain telah pun dipenuhi oleh bapa-bapa saudaranya yang lain.
Nabi terus saja duduk di atas hamparan itu, dengan segera bapa-bapa
saudaranya menegah perbuatan Nabi itu.
Tapi dengan cepat Abdul Muttalib berkata pada anak-anaknya yang
menegah perbuatan cucunya itu...
"Biarlah anakku ini, dia suka kepada kebesaran..."
Abdul Muttalib sangat sayang pada Nabi hingga terubat sedikit sebanyak
penderitaan Nabi atas kehilangan Ayah dan ibunya. Dia telah di pelihara
oleh datuknya untuk tempoh 2 tahun iaitu dari umur 6 hingga 8
tahun.
Setelah Nabi merasai kasih sayang Datuknya seperti tiada bandingnya itu.
tiba-tiba meninggal lah pula Abdul Muttalib. Betapa sedihnya Nabi saw
mengenangkan nasibnya yang tak sudah-sudah di timpa derita.
Kesedihannya terhadap pemergian datuknya lebih pedih jika di
bandingkan dengan kematian Ayahnya.
Abdul Muttalib sempat mewasiatkan supaya cucunya itu dipelihara
oleh Abu Talib saudara seibu dan sebapa dengan Abdullah ayah Nabi
saw.

DI PELIHARA OLEH ABU TOLIB

Selama lebih kurang 2 tahun bersama datuknyanya, Nabi Muhammad


s.a.w. akhirnya dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Tolib, Abu Tolib

merupakan seorang pemimpin kaum Quraisy yang disegani .


Meskipun demikian, dia bukanlah tergolong orang yang kaya. Abu
Tolib hanyalah seorang pedagang biasa yang selalu merantau ke
negeri Syam bersama serombongan kafilah dagangnya.
Ketika berusia 12 tahun, Nabi Muhammad s.a.w. diajak oleh Abu Tolib
pergi berdagang, ke Syam. Sampai di suatu kawasan di sempadan Syam,
Abu Tolib bersama baginda singgah di rumah seorang pemimpin Nasrani
yang bernama Bahira. Dari kitab Taurat dan Injil yang dipelajarinya,
pendeta Bahira dapat mengetahui ciri-ciri kenabian yang ada pada
diri Nabi Muhammad yang masih kecil itu. Maka, dengan serta-merta,
pendeta Bahira memberitahu hal itu kepada Abu Tolib lalu berkata:
Wahai saudaraku, sesungguhnya anakmu ini adalah manusia
pilihan Allah, calon pemimpin umat manusia di clunia ini. Maka
jagalah ia balk-balk. Bawalah ia kembali, sebab aku khawatir ia
diganggu oleh orang-orang Yahudi di negeri Syam. Bahkan, jika
sekiranya kaum Yahudi itu mengetahui bahwa ia adalah calon
Rasul -Allah, maka tentulah ia akan membunuhnya. Maka pulanglah Abu Tolib ke Makkah bersama Nabi Muhammad s.a.w. sebelum mereka
sampai ke negeri Syam.
BERDAGANG KE NEGERI SYAM
Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berusia hampir 25 tahun, Abu Tolib
merasa bahawa baginda nabi telah cukup dewasa. Maka dipanggilnya
Nabi Muhammad, lalu ditawarkanlah kepadanya pekerjaan yang
menguntungkan, lalu berkata: Wahai anakku, sesungguhnya kita
bukanlah keluarga yang senang. Bahkan, akhir-akhir ini seolah2
semakin susah. Alangkah baiknya jika engkau pergi kepada
Khadijah untuk meminta izinnya membawa barang-barang
dagangannya ke negeri Syam. Mudah-mudahan dari usaha itu
engkau akan beroleh keuntungan yang besar.
Nabi Muhammad s.a.w. bersetuju lalu bersegera beliau berjumpa Siti
Khadijah untuk meminta izinnya memperdagangkan barang-barangnya.
Siti Khadijah adalah seorang janda kaya di Makkah. la dikenal
sebagai wanita Quraisy yang mulia karena keturunan dan
akhlaknya. la adalah wanita budiman, gemar membantu sesamanya, dan
senantiasa menjaga kehormatan dirinya, sehingga mendapat gelar AtThahirah (Wanita Suci).
Menanggapi permohonan Nabi Muhammad s.a.w., Siti Khadijah tanpa pikir
panjang terus menerima cadangan Nabi itu dengan senang hati, kerana ia
telah cukup mengenal Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemuda yang
ramah , jujur, dan sopan-santun. Maka berangkatlah Nabi Muhammad
s.a.w. ke negeri Syam, ditemani oleh Maisarah, pekerja kepada Siti
Khadijah. Pulang dari Syam, Nabi Muhammad memperoleh keuntungan
amat besar, yang belum pernah dicapai oleh para pedagang lain. Siti
Khadijah amat kagum terhadap Nabi Muhammad. Lebih-lebih ketika ia

mendengar sendiri dari Maisarah, bagaimana baiknya perangai Nabi


Muhammad selama di perjalanan maupun ketika berdagang. Maka
berubahlah rasa kagum itu menjadi rasa cinta.

PERKAWINAN NABI MUHAMMAD DENGAN SITI KHADIJAH


Hubungan perdagangan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti
Khadiiah akhirnya diteruskan ke jenjang perkawinan. Rupanya, Allah SWT
menghendaki demikian, karena ada banyak hikmah di batik itu. Dalam
suatu upacara yang sederhana, dilangsungkannya akad nikah antara
keduanya, suatu pernikahan yang telah menoreh lembaran sejarah Islam.
Ketika itu, Nabi Muhammad s.a.w. berusia 25 tahun, sementara Siti
Khadijah telah berusia hampir 40 tahun. Perkawinan ini membuahkan
empat anak putri dan dua orang putra, masing-masing Zainab,
Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Fatimah, Qasim, dan Abdullah. Tetapi,
atas kehendak Allah SWT, kedua anak laki-laki beliau wafat ketika masih
kanak-kanak.
MEMPEROLEH GELAR AL-AMIN
Ketika Nabi Muhammad berusia 35 tahun,di Makkah terjadi bencana
banjir besar sehingga merosakkan sebahagian dinding Kabah. Setelah
pulih dari bencana, kaum Quraisy beramai-ramai memperbaiki dinding
Kabah yang runtuh itu. Apabila telah selesai dan tinggal Hajar al-Aswad
(batu hitam) yang mesti dikembalikan di tempatnya semula, terjadilah
perselisihan di antara mereka. Masing-masing suku ingin
memperoleh kehormatan dengan meletakkan Hajar al-Aswad itu di
tempatnya. Hampir saja terjadi pertumpahan darah di antara merreka.
Tetapi, tiba-tiba salah seorang berkata: Wahai kaumku, janganlah kalian
saling bermusuhan kerana ini. Sebaiknya kita tunggu saja esok pagi,
siapa yang pertama kali datang ke pintu Masjid ini, dialah yang
berhak mengambil keputusan.
Pagi-pagi keesokan harinya, kaum Quraisy mendapati bahawa orang yang
pertama kali masuk ke pintu Masjid adalah Nabi Muhammad s.a.w. Maka
bersoraklah mereka menyambutnya, kerana mereka yakin akan kejujuran
Nabi Muhammad. Jadilah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai hakim yang
memutuskan perkara Hajar al-Aswad itu.
Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menghamparkan kain surbannya di atas
tanah dan meletakkan Hajar al-Aswad di atasnya. Lalu, kepada masingmasing ketua suku qabilah, beliau memerintahkan untuk memegang tiaptiap penjuru kain itu dan mengangkatnya. Sampai diatas, beliau lalu
mengangkat batu suci dengan tangannya sendiri, dan meletakkannya di
tempatnya semula. Dengan cara itu, seluruh kaum Quraisy merasa puas,
dan berseru: Kami rela atas keputusan yang dibuat oleh orang
yang dipercaya ini!

Sejak itu, Nabi Muhammad s.a.w. mendapat gelar Al-Amin, ertinya


Yang Dipercaya.

WAHYU YANG PERTAMA


Pada usia 40 tahun, Nabi Muhammad sering bertahanus atau
berkhalwah di Gua Hira. yaitu mendekatkan diri kepada Tuhan. Tepat pada
tanggal 1-17 madhan datanglah Malaikat Jibril membawa wahyu yang
pertama. Mula-mula Muhammad ketakutan, tubuhnya gemetar melihat
kedatangan Malaikat Jibril. Jibril kemudian merangkulnya, ia makin
ketakutan, tubuhnya menggigil. Sesudah dilepas Jibril berkata : bacalah!
Aka tidak pandai membaca!JawabMuhammad
Jawapan itu diulang hingga tiga kali. Akhirnya ia berkata kepada Jibril :
Apa yang kubaca?
Kemudian Jibril membacakan surah Al-Alaq dari ayat 1-5., Sesudah itu ia
pulang ke rumah dengan tubuh gemetar. la disambut Istrinya Khadijah
yang sangat setia dan memperhatikannya ia diselimuti oleh Khadijah dan
dihibur degan kata-kata yang menentramkan jiwanya.
lalu Khadijah pergi berkonsultasi dengan anak pamannya yang bernama
Waraqah bin Naufal. Warakah memberitahukan bahwa yang datang
kepada Muhammad itu adalah Jibril yang pernah datang kepada Musa.
Jadi Muhammad akan diangkat menjadi seorang Nabi dan Rasul.
PENGANIAYAAN TERHADAP RASULULLAH DAN PENGIKUTNYA
Melihat Rasulullah masih saja meneruskan dakwahnya dan terus
menghina sesembahan mereka berupa patung berhala yang tak boleh
gerak dan berbicara maka orang-orang kafir itu mulai tidak senang. Lebih
lagi setelah mereka dapati makin ramai para pengikut Nabi Muhammad
memeluk agama Islam. Maka mereka mulai menganiaya beliau.
Misalnya, ketika Nabi sedang solat dan bersujud. di Masjidil Haram, tibatiba saja Abu Jahal mengangkat batu besar dan hendak dtimpakan kepada
Nabi. Tetapi niatnya tak kesampaian kerana Nabi dilindungi Allah yang
mengirim malaikat Jibril. Tubuh Abu Jahal gemetar, ketakutan dan pucat
lesi.
Nabi juga pernah dilempar najis unta di atas badannya. Ketika nabi pulang
ke rumah ditaburi debu dan pasir pada mukanya. Yang keterlaluan adalah
perbuatan Uqbah bin Abi Muith, ketika nabi sedang solat di masjidil
Haram tiba-tiba orang kafir itu menjerat leher nabi dengan serbannya
sehingga nabi tidak berdaya untuk melepaskannya. Nasiblah pada ketika
itu muncul Abu Bakar.

Beberapa pengikut beliau Yang mendapat disiksa dari orang kafir antara
lain: Bilal bin Rabah, yaitu seorang hamba sahaya milik Ummayyah bin
khalaf. Bilal ditelentangkan di atas terik matahari padang pasir,
ditubuhnva ditindihkan batu besar. la dipaksa supaya meninggalkan Islam
namun is tetap teguh dan imannya bertambah tebal.
Bilal akhimya dibebaskan oleh Abu Bakar yang membelinya dari
Umayyah bin Khalaf.
Sahabat lain yang diseksa di luar batas perikemanusiaan adalah Amar
bin Yasir beserta kedua orang tuanya. Mereka diseksa pada waktu
Zuhur yaitu di saat teriknya matahari memanggang padang pasir. Ketika
Nabi berjumpa yasir dan berkata kepada mereka: Bersabarlah hai
keluarga Yasir, yang dijanjikan untuk kalian adalah syurga.
Sahabat Habab bin Arats juga di seksa lebih kejam, lagi. la ditusuk-tusuk
dengan besi panas pada punggungnya agar meninggalkan Islam, namun
ia tetap tabah dan memilih Islam sebagai agamanya.
TAHUN DUKA CITA
Hampir sepuluh tahun Islam tumbuh mekar di Mekkah. Baru saja kaum
Muslimin terlepas dari segala celaaan dan kekajalan.Kini datang lagi
dugaan berat dengan meninggalnya Khadijah dan disusuli
kemudian oleh Abu Tolib. Padahal kedua orang itu adalah orang kuat
pembela Islam.
Khadijah merupakan seorang isteri yang setia yang selalu mendampingi
Rasul dalam menyebarkan agama Islam. la salah seorang bangsawan
Quraisy yang disegani oleh kaumnya.
Demikian juga Abu Tolib, kewibawaanya dikalangan Quraisy sangat besar.
Kini setelah dua orang itu meninggal dunia pihak kafir Quraisy seperti
mendapat angin segar. Mereka tak segan-segan lagi mengadakan
gangguan terhadap Rasul dan para pengikutnya.
Kerana kehilangan dua orang yang sangat dikasihi itu, maka tahunnya
dinamakan Tahun Duka Cita.
HIJRAH KE YATSRIB (MADINAH)
Mekkah sudah tidak aman lagi bagi Rasulullah dan pengikutnya,
sementara orang-orang Yatsrib setiap hari semakin banyak yang masuk
islam dan merindukan beliau hadir di tengah-tengah mereka.
Maka Rasulullah memerintahkan para pengikutnya untuk hijrah ke Yatsrib.
Berangkatlah para pengikut Nabi, secara diam-diam ke yatsrib, mereka
ikhlas meninggalkan harta benda dan rumah-rumah mereka demi

memenuhi perintah Rasul. Sedang Rasulullah dan Abu Bakar akan


menyusul di belakang hari.
Kabar tentang hijrah itu segera tercium oleh kaum kafir Qurais mereka
sepakat untuk membunuh Rasulullah. Namun rencana mereka gagal. Allah
melindungi Rasul-Nya. Setelah melalui berbagai rintangan sampailah
Rasulullah di desa Quba yaitu sebuah tempat jaraknya 10 Kilometer dari
Yatsrib.
Di Quba beliau mendirikan masjid, maka hingga sekarang masjid tersebut
dinamakan Masjid Quba. Inilah masjid yang pertama kali di bangun umat
Islam.
Setelah empat hari beristirahat di Quba beliau meneruskan perjalanannya
ke Yatsrib. Di sana beliau disambut dengan hangat oleh para pengikutnya
yang telah lama merindukan kedatangannya.
KEMENANGAN UMAT ISLAM
Ternyata dari Yatsrib Inilah Rasulullah dapat menyusun kekuatan dan
membina masyarakat Islam dengan sempunna. Yastrib kemudian diubah
namanya menjadi Madinatun Nabawiatau kemudian disebut Madinah.
Di Madinah ini beliau membentuk angkatan perang dan membina strategi
perang. Sejarah kemudian mencatat bahwa Muhamad strategi perang.
hanya seorang Nabi dan Rasul tapi juga seorang Kepala Negara. ahli tata
masyarakat, Panglima Perang yang tangguh dan seorang ayah yang
pastas diteladani oleh putra-putrinya.
Sesudah terjadi Perang Badar, perang Uhud dan peperanglainnya. akhirya
Mekkah pun jatuh dalam kekuasaan beliau. Dengan jatuhnya Mekkah,
maka hampir dekatlah tugas kerasulan beliau.
Sesudah melaksanakan haji wada, pada tanggal 12 Maulud hari Senin
tahun 11 Hijriyah beliau wafat meninggalkan umatnya. Dalam
penanggalan Masehi bertepatan dengan tanggal 8 Juni 632 dalam usia 63
tahun.
Beliau dimakamkan di Madinah. Hingga sekarang makamnya selalu ramai
diziarahi umat Islam dari seluruh dunia ketika mereka melaksanakan
ibadah haji.
Beliua tidak meninggalkan warisan harta benda. Beliau hanya
meninggalkan dua perkara yaitu Al-Quran dan As-SUnnah. Siapa pun
umatnya jika tetap berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Hadits. maka
la tidak akin tersesat selama-lamanya.

PENAKLUKKAN KOTA MAKKAH


Setelah Islam menjadi besar di kota Madinah, Rasulullah s.a.w. bersama
sahabat-sahabat dan seluruh pengikutnya kembali ke kota Makkah, dan
merebut kembali kota itu dari tangan kaum kafir Quraisy. Kedatangan
kaum Muslimin di Makkah itu berte0atan dengan tanggal 10 Ramadhan
tahun 8 Hijriah. Ketika itu, turunlah firman Allah SWT kepada Nabi
Muhammad s.a.w. sebagaimana disebutkan di dalam Al-Quran:
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat
manusia masuk ke dalam agama Allah secara berbondong-bondong,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun
kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Menerima Tobat. (S. AnNashr: 1-3)
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersama para pengikutnya
menghancurkan berhala-berhala yang ada di seputar Kabah, sebagaimana firman Allah: Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan
yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu
yang pasti lenyap. (S. Al-Isra: 81)
Dua tahun setelah penaklukkan Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. beserta
kaum Muslimin melaksanakan ibadah haji, yang disebut Haji Wada (Haji
Perpisahan), karena setelah itu beliau meninggalkan umatnya untuk
selama-lamanya. Di dalam kesempatan terakhir itu, Rasulullah s.a.w.
mengucapkan pidato yang amat bernilai di hadapan seluruh kaum
Muslimin di Padang Arafah. Pada saat itu, turunlah wahyu Allah yang
terakhir, yang berbunyi:
Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah
Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah kurelakan Islam menjadi
agamamu. (S. Al- Maidah: 3)
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Khadijah Binti Khuwailid


Saudah Binti Zamah
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith

9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab


10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar Ummu Al-Masakin; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan gelaran Abu al-Qasim yang


bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki
anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama
Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
NABI MUHAMMAD WAFAT
Dengan penuh rasa syukur, Nabi Muhammad s.a.w. mengakhiri tugasnya
sebagai seorang Rasul, dengan mengislamkan seluruh penducluk Makkah,
Madinah, dan daerah-daerah lain di sekitar Jazirah Arabia. Setelah
menderita sakit selama beberapa hari, pada tanggal 12 Rabiul
Awwal tahun ke-11 Hijriyah, baginda berpulang ke rahmatullah dalam
usia 63 tahun. Nabi Muhammad s.a.w. dimakamkan di kota Madinah.
Sebelumnya, beliau sempat berpesan kepada keluarganya, para
sahabatnya, aan seluruh kaum Muslimin dengan sabdanya yang
termasyhur:
Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara yang apabila kalian
berpegang teguh kepadanya, niscaya tidak akan tersesat untuk
selama-lamanya, yakni: Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah RasulNya.
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ADAB MAKAN NABI

Baca doa sebelum makan


Maksudnya : "Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau
rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka."

Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan
tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda
berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak
boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang
menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat
tangannya ke mulut." (Hadith Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan
dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum
dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)

Makan garam secubit sebelum makan

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w


akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu
Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 Jenis enzim,
enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan proses pertama
penghadaman.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua sentuhan garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu
liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang
asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga
adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Dr, di
hospital-hospital, kaedah rawatan mula-mula bagi keracunan adalah

dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat


menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu
manusia.

Mula makan dari tepi .

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengahtengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan
makan dari tengah" (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Makan makanan yang paling hampir.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan makanlah dari apa-apa yang ada di


dekatmu." (Muttafaq 'alaih)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah
Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan
(ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak,
ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah
apa yang hampir denganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan
menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (Hadith
Riwayat Muslim)
Kunyah makanan banyak kali
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan
makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproses
makanan itu.

Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela
makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda
tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada
keluarganya, lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan
cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta
bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah
cuka." (Riwayat Muslim)

Makruh bersandar ketika makan

Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith
Riwayat Bukhari)
Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil
bersandar pada alas sandaran yang diletakkan di bawahnya." Katanya:
"Orang itu bukannya berkehendak akan duduk di atas alas sandaran atau
bantal-bantal seperti kelakuan orang yang menghendaki untuk
memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk tegak lurus dan tidak
bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan
oleh al-Khaththabi.
Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma
sambil duduk berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)
Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua punggungnya
ke bumi dan mendirikan kedua betisnya.
Dari Anas r.a dia berkata, "Aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w
duduk bertinggung sambil makan kurma." (Hadith Riwayat Muslim)
Maka diperbolehkan makan sambil duduk bertinggung.

Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil)
makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena
kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan
jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya
dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana
yang terdapat keberkatan" (Hadith Riwayat Muslim)

Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang
daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari
sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain
melakukannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan
dengan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu
menjilatinya." (Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati
jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua

tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu."


(Riwayat Muslim)

Membaca Doa selepas makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan
menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira
makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' " (Hadith
Riwayat Bukhari)



Maksudnya : "Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi
berkat, tiada yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang
paling kaya daripadaNya iaitu Tuhan kami."

Makan beramai-ramai

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan


untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk
tiga orang itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)
Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan
dua orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat
orang itu dapat mencukupi lapan orang." (Riwayat Muslim)

Galakan bercakap ( ttg perkara baik )

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, Dianjurkan berbicara ketika


makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan
oleh Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam Bab
memuji makanan. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya
mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal
yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih
dalam makanan. (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen
Sindo)
Menurut al-Hafidz dan Syeikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang
benar ialah Nabi s.a.w bercakap dan berbual semasa makan. Dalam
kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada
hari ini dan memuji menu tersebut (Hadith Riwayat Muslim: 2052), ada
kala Nabi s.a.w mengajar adab dan susila makan kepada kaum
keluarganya (Hadith Riwayat alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi
sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan
minuman (Hadith Riwayat alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja
makan menjadi tempat yang kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Tetapi, jangan sampai bercakap itu apabila makanan penuh di


dalam mulut.
ADAB MINUM RASULULLAH
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah
Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil
berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis
menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat
untuk penyakit
9. Jangan terus minum setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat
WARNA KESUKAAN RASULULLAH
Rasulullah tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna
untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda turut menyukai warna
hitam, putih (baidha), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan
biasa.
Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali
dalam Ihya Ulumiddin berkata : Yang amat disukai oleh Nabi
ialah warna putih.
Ketika beribadat Rasulullah juga suka berpakaian putih, dan dalam
urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan
kerendahan diri.
1. Daripada Jafar bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: Sesungguhnya
Rasulullah berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban
hitam.
2. Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: Aku pernah
melihat Nabi memakai serban hitam yang dipakainya pada hari
raya
.3. Annas bin Malik mengatakan, Warna yang paling disukai oleh
Rasulullah adalah hijau.

4. Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: Pada hari raya kami
disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih
utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya,
sesudah putih.
5. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : Pernah
Nabi keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna
kelabu.
6. Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : Pernah
Rasulullah berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan
pada hari Jumaat.
7. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad pernah memakai
pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.
8. Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah
melihat : Nabi menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorakcorak warnanya.

MUKJIZAT RASULULLAH
Mukjizat Nabi Muhammad SAW
Mukjizat Nabi Muhammad adalah kemampuan luar biasa yang diberikan
Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan
kenabiannya. Dalam Islam , mukjizat terjadi hanya kerana izin Allah.
Antara mukjizat Nabi Muhammad adalah Isra dan Miraj. Selain itu, Nabi
Muhammad SAW juga pernah membelah bulan pada masa penyebaran
Islam di Mekah, menerima wahyu dari Allah SWT dan sebagainya.
Irhas (Petanda)
Dalam Islam banyak menceritakan bahawa pada masa kelahiran dan
masa sebelum kenabian, Nabi Muhammad SAW sudah diliputi banyak
irhasat atau pun petanda.
Nabi Muhammad dilahirkan pada 22 April 570M dalam kalangan keluarga
bangsawan Arab, iaitu Bani Hasyim. Ibnu Hisyam, dalam Sirah Nabawiyah
menuliskan Nabi Muhammad memperoleh namanya daripada mimpi
ibunya, Aminah binti Wahab ketika mengandungkannya.
Aminah memperoleh mimpi bahawa beliau akan melahirkan
pemimpin umat. Mimpi itu juga yang menyuruhnya
mengucapkan, Aku meletakkan dirinya dalam lindungan Yang
Maha Esa dari segala kejahatan dan pendengki. Kisah Aminah

dan Abdul Muthalib juga menunjukkan bahawa sejak kecil


Muhammad adalah anak yang luar biasa.
Berikut ini adalah irhasat yang terjadi pada saat sebelum, sesudah
kelahiran dan masa kecil Nabi Muhammad :
Sebelum dan Sesudah Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Aminah binti Wahab , ibu Nabi Muhammad pada saat


mengandung Rasulullah tidak pernah merasa lelah seperti wanitawanita
lain pada umumnya,
Raja Khosrow ( Empayar Sassanid dari Parsi) dan para pendita
Majusi bermimpi yang menakutkan.

Dinding istana Raja Khosrow tiba-tiba retak dan empat belas


menara Dewan Empayarnya runtuh.

Padamnya api yang disembah penganut agama Majusi secara


tiba-tiba yakni api yang telah disembah bertahun-tahun
lamanya.

Terjadinya gempa yang merobohkan tempat ibadah di sekitar


kerajaan Rum.

Tasik mulai mengering.

Saat melahirkan Nabi Muhammad, Aminah binti Wahab tidak


merasa sakit seperti wanita-wanita lain.

Nabi Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan .

Lahir dengan tali pusat juga sudah terputus.

Nabi Muhammad SAW Ketika Kanak-kanak

Halimah binti Abi-Dhuaib , ibu susuan Nabi Muhammad dapat


menyusui kembali padahal sebelumnya air susunya telah pun
kering. Selama dengan Halimah, Nabi Muhammad hidup secara
nomad bersama Bani Saad di gurun Arab selama empat tahun.
Ternakan kambing Halimah menjadi gemuk-gemuk dan susunya
pun bertambah,

Pada usia baginda 5 bulan baginda sudah pandai berjalan, pada


usianya 9 bulan pula baginda sudah mampu bercakap dan pada
usia 2 tahun, baginda sudah mampu bersama anak-anak Halimah
yang lain untuk menggembala kambing.

Abdul Muthalib , datuk Nabi Muhammad menuturkan bahawa


berhala yang ada di Kaabah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan
bersujud saat kelahiran Muhammad.

Ketika Nabi Muhammad berusia empat tahun, baginda pernah


dibedah perutnya oleh malaikat. Sirah Nabawiyyah
memberikan gambaran bahawa malaikat membelah dadanya,
mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan
darah kotor darinya. Lalu malaikat mencuci jantung dan dadanya
dengan salji. Peristiwa yang sama turut berulang 50 tahun
kemudian ketika Nabi Muhammad di Israkan ke Baitulmuqaddis
lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekah.

Nabi Muhammad Ketika Remaja

Pendeta Bahira mengatakan bahawa beliau melihat tanda-tanda


kenabian pada diri Nabi Muhammad. Menurutnya, Nabi
Muhammad ketika itu berusia 12 tahun sedang berehat di wilayah
Bushra dari perjalanannya untuk berdagang bersama Abu
Talib ke Syiria.Pendeta Bahira itu menceritakan bahawa kedatangan
Nabi Muhammad saat itu diiringi dengan gumpalan awan yang
menutupinya dari cahaya matahari.

Tanah yang dilalui oleh unta Nabi Muhammad dipendekkan


jaraknya oleh Jibril AS, sebelah sisi kanan dijaga oleh Israfil dan
sisi kirinya dijaga oleh Mikail kemudian mendung menaunginya.

Mukjizat
Berikut adalah mukjizat-mukjizat yang diperoleh ketika Nabi Muhammad
telah menerima wahyu ketika ia berusia 40 tahun.
Kelebihan Nabi Muhammad SAW

Dapat melihat dengan jelas dalam keadaan gelap.


Wajah Nabi Muhammad memancarkan cahaya dikegelapan pada
waktu sahur.

Dua orang sahabat Nabi Muhammad dibimbing oleh dua cahaya,


setelah bertemu dengan baginda.

Peluh yang keluar dari tubuh Nabi Muhammad mengeluarkan bau


harum,
jika
Nabi
Muhammad
berjabat
tangan
dengan
seseorang maka aroma harum itu akan meninggalkan kesan selama
beberapa hari di tangan orang tersebut.

Tubuh Muhammad memancarkan petir ketika hendak dibunuh


oleh Syaibah bin Utsman pada Perang Hunain.

Nabi Muhammad yang sanggup menghancurkan batu besar


dengan tiga kali pukulan, ketika menjelang Perang Khandaq,
padahal ketika itu Nabi Muhammad belum makan selama 3 hari.

Karisma dan Kewibawaan Baginda

Renungan mata baginda Nabi Muhammad membuatkan Umar bin


Al-Khattab dan Abu Jahm lari lintang-pukang, ketika mereka
merancang untuk membunuh Nabi Muhammad pada malam hari.
Renungan mata baginda juga menggetarkan hati Ghaurats bin
Harits, iaitu seorang musuh yang pernah menghunus pedang ke
arah leher Muhammad.
Menjadikan tangan Abu Jahal kaku tidak bergerak.
Jin yang bernama Muhayr bin Habbar membantu dakwah
Muhammad, kemudian jin itu diganti namanya oleh Nabi
Muhammad menjadi Abdullah bin Abhar.

Mukjizat Nabi Muhammad Berkaitan Fenomena Alam


Menghentikan gempa yang terjadi di Makkah dan Madinah, dengan
cara menghentakkan kakinya dan memerintahkan bukit supaya
tenang.
Menurunkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau pada
tahun 6 Hijriah di Madinah yang ketika itu mengalami musim
kemarau .

Berbicara dengan gunung untuk mengeluarkan air bagi Uqail bin


Abi Thalib yang kehausan.
Menahan matahari daripada terbenam.

Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya kepada


penduduk Mekah.

Bumi menelan seorang Quraisy yang hendak membunuh Nabi


Muhammad dan sahabat baginda Abu Bakar pada saat hijrah.

Mukjizat Berkaitan Makanan dan Minuman


Paha kambing yang telah diracuni berbicara kepada Nabi
Muhammad setelah terjadi Perang Khaibar.
Makanan yang dimakan oleh Nabi Muhammad mengagungkan nama
Allah .

Makanan sedikit yang boleh dimakan sebanyak 800 orang pada


Perang Khandaq.

Roti sedikit cukup untuk orang yang ramai.

Sepotong hati kambing cukup untuk 130 orang.

Makanan yang dimakan tidak berkurang tetapi bertambah tiga kali


ganda.

Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan


kepada orang Badwi Arab tetap tidak berkurang selama berhari-hari.

Ikan al Anbar menjadi hidangan bagi 300 pasukan perang Nabi


Muhammad.

Air memancar dari celah-celah jari baginda. Kemudian air itu


digunakan untuk berwudhuk oleh 300 orang sahabat hanya dengan
semangkuk air.

Bekas selalu penuh dengan air, walau sudah dituangkan hingga


habis.

Mengeluarkan air dari telaga yang ada di tengah-tengah gurun


pasir, ketika Khalid bin Walid pada saat itu masih menjadi
musuhnya.

Mengeluarkan mata air baru untuk bapa saudaranya Abu Talib yang
sedang kehausan.

Semangkuk susu yang boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa


orang-orang Shuffah, Abu Hurairah dan Nabi Muhammad.

Susu dan kencing unta boleh menyembuhkan penyakit orang


Urainah.

Begitulah Allah SWT memelihara Nabi Muhammad SAW.


Menghidupkan Orang Mati

Menghidupkan
dikuburannya.

anak

perempuan

yang

telah

mati

lama

Hal Ghaib dan Rukyah

Mendapatkan bantuan dari Malaikat Jundallah ketika dalam


Perang Badar .

Mengetahui kejadian yang tidak dilihat olehnya.

Mengetahui apa yang telah terjadi, sedang terjadi, yang akan


terjadi.

Dapat melihat dan mendengar apa yang ada di langit dan di


bumi.

Dapat mengetahui isi hati sahabat dan lawannya.

Mengetahui yang apa terjadi di dalam kubur.

Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang diseksa dalam


kuburnya .

Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi bapa para


khalifah yang terbukti pada keturunah Abdullah bin Abbas yang
menjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun.
Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.

Mukjizat Terbesar Nabi Muhammad

Isra dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , lalu Miraj dari Baitul
Maqdis ke Sidratul Muntaha, untuk menerima perintah solat
dalam tempoh tidak sampai satu malam.

Menerima firman Allah SWT melalui wahyu yang kemudian


dijadikan naskah lengkap dengan nama Al-Quran .
Ujian
Kesakitan
Pada
Nabi
Muhammad
SAW
Walaupun baginda dikurnaikan Allah SWT dengan pelbagai mukjizat
namun baginda juga tetap mengalami kesakitan seperti manusia lain.
Keadaan-keadaan yang dialami oleh Nabi Muhammad seperti terluka
kerana pukulan, mata pedang, bahkan rasa sakit akibat demam atau pun
sakit kepala turut dirasai oleh baginda. Kesakitan baginda melebihi
daripada manusia lain.Ketika sakit kepala yang kuat, baginda Nabi
Muhammad SAW pernah membalut kepada dengan kain untuk
mengurangkan kesakitan yang dialaminya.
Dalam sejarah Islam, beberapa kali Nabi Muhammad terluka dan
mengalami kesakitan akibat peperangan dengan musuhnya, di antaranya
ketika terjadinya Perang Uhud. Dalam keadaan yang sangat kritikal itu,
Utbah bin Abi Waqqash membaling ke arah Nabi Muhammad dengan batu
sehingga baginda terjatuh, menyebabkan gigi dan bibir bawah mulut Nabi
Muhammad terluka.
Seterusnya, Abdullah bin Syihab Al Zuhry tiba-tiba mendekati Nabi
Muhammad dan memukul hingga keningnya terluka, tidak hanya itu saja
datang pula Abdullah bin Qamiah seorang penunggang kuda
mengayunkan pedang ke bahu Nabi Muhammad dengan pukulan yang
keras, walau bagaimana pun pukulan pedang itu tidak sampai menembus
dan merosakkan baju besi yang dipakai oleh baginda.
Marilah kita menanamkan rasa cinta dan sayang kita kepada Nabi
Muhammad SAW kerana baginda ialah kekasih Allah SWT, penghulu
segala Nabi-nabi dan Rasul yang wajib kita tinggikan darjatnya. Jom
sering-seringlah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Anda mungkin juga menyukai