Anda di halaman 1dari 18

Peringkat –peringkat perkembangan kanak-kanak hingga remaja berdasarkan teori teori

perkembangan

Implikasi perbezaan individu daripada pelbagai aspek terhadap pengajaran dan pembelajaran

TEORI PERKEMBANGAN
Teori perkembangan Erik Erikson

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam


jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan
asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap
keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson
percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak
menjejaskan perkembangan kanak-kanak.
0-1½ TAHUN ( KEPERCAYAAN vs KETIDAK PERCAYAAN)
-Membina rasa kepercayaan secara berperingkat
-Hubungan yang erat dan rapat dengan ibu bapa
-Jika gagal ketidakpercayaan akan timbul
-Ketidakpercayaan boleh membentuk tingkah laku negatif

Implikasinya
-Kepercayaan akan dipupuk sekiranya keperluan seseorang bayi dapat dipenuhi.
-Kepercayaan akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat, disayangi
serta diberi perhatian oleh ibu bapanya.

1½- 3 TAHUN ( AUTONOMI vs KERAGUAN)


-Banyak tertumpu pada perkembangan fizikal
-Memerlukan sokongan insan terdekat
-Jika berjaya dapat sokongan, timbul rasa percaya pada keupayaan diri.
-Jika gagal mereka akan ragu-ragu pada keupayaan diri mereka

Implikasinya
-Jika seseorang kanak-kanak merasakan dirinya kurang cekap, dia akan berasa malu dan mula
meragui kebolehan dirinya.
-Tingkah laku kanak-kanak yang sentiasa diterima dan dipuji akan menyebabkan dia berasa
lebih yakin lagi.
-Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal dan yang diingini dipuji

4 - 5 TAHUN ( INISIATIF vs RASA BERSALAH)


-Cuba berdikari
-Ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri
-Jika berjaya timbul rasa yakin pada keupayaan diri.
-Jika gagal membawa kepada rasa bersalah
-Perlukan ibu bapa sebagai sokongan

Implikasinya
-Melalui galakan yang diberi kepada kanak-kanak untuk meneroka dan mencuba, mereka
akan menyedari keupayaan serta potensi mereka.
-Mereka juga akan mula mengetahui yang mereka itu boleh mengarahkan diri sendiri untuk
mencapai sesuatu yang berfaedah.

6 - 11 TAHUN ( RAJIN / IDUSTRI vs RASA RENDAH DIRI)


-Membentuk nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya
-Membentuk kemahiran-kemahiran tertentu
-Kegagalan membentuk kemahiran akan membawa kepada rasa rendah diri atau tiada
keupayaan
-Masih perlukan ibu bapa sebagai sokongan

Implikasinya
Sekiranya keinginan untuk menjalankan suatu aktiviti dihalang, maka perasaan rendah diri
dan kurang yakin akan terbentuk.

Jean Piaget

Jean Piaget dilahirkan di Switzerland pada tahun 1896. Beliau terkenal dengan gelaran
bapa psikologi kanak-kanak. Dalam menyatakan perkembangan kognitif, beliau banyak
membuat penyelidikan mengenai perkembangan bayi dan kanak-kanak belajar sendiri
melalui interaksi dengan persekitarannya. Beliau merumuskan semua pengetahuan kanak-
kanak berasal daripada aksi dengan persekitaran dan memberi interpretasi tentang aksi
tersebut. Terdapat empat peringkat perkembangan intelek dalam teori yang dikemukakan
Piaget.

PERINGKAT SENSORI MOTOR ( lahir hingga ke umur dua tahun )


Ø Perkembangan peringkat awal ( peringkat bayi ) belajar interaksi deria dengan
persekitarannya
Ø Contoh : Bayi belajar dengan mengangkat benda,memainkan-mainkannya,merasa dan
menggigit. Dapat memerhatikan benda melalui penglihatan dan pendengaran bunyi
Ø Umur dua tahun- bayi memperoleh kepercayaan tentang pengekalan objek, iaitu dia sedar
objek itu akan terus wujud walaupun tidak dapat disentuh atau lihat.
Ø Dapat melakukan tindakan ulangan , mengulangi sesuatu tingkah laku secara pelaziman,
misalnya menghisap ibu jari.
Ø Mula meniru tindakan yang mereka tidak pernah lakukan sebelum ini.
Ø Belajar melalui pemerhatian terhadap pelakuan orang lain
Ø Pembelajaran bayi bergantung kepada pengalamn sensori dan motor (menggenggam,
menghisap, mendengar dan lain-lain. )

PERINGKAT PRAOPERASI ( Umur dua hingga tujuh tahun )


Maksud praoperasi – kanak-kanak mula berfikir secara logik tapi belum dapat menguasai
kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logic.
Ø Mula mempratikkan kemahiran yang baru diperoleh dengan menggunakan simbol untuk
mewakili objek
Ø Dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan
egosentrik.
Ø Aktiviti pemikiran symbol misalnya lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup.Cth :
kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak, berlagak memandu kereta atau berlagak
sebagai doktor.
Ø Peringkat ini kanak-kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa
Ø Tapi belum dapat bezakan antara sifat-sifat benda hidup dan benda bukan hidup
Ø Kanak-kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok boleh befikir
seperti manusia. Piaget menyebut keadaan ini animisme.
Ø Kanak-kanak masih belum dapat membezakan pandangan orang lain dengan diri sendiri
(egosentrisme )
Ø Memusat kepada kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain
Ø Kanak-kanak menghadapi kesukaran mengoperasi konsep,misalnya walaupun boleh
mengira secara urutan, mereka tidak memahami operasi bilangan seperti ( 1+1 ) adalah sama
dengan (2-1 )

PERINGKAT OPERASI YANG KONKRIT (tujuh tahun hingga 11 tahun )


Ø Peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak menjadi fleksibel, dapat berfikir
mengikut peraturan-peraturan logik atau melakukan operasi mental secara tersusun.
Ø Namun begitu di peringkat ini kanak-kanak hanya berjaya melaksanakan kebolehan logik
ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud.
Ø Dapat dilihat apabila kanak-kanak memperoleh konsep keabadian atas kuantiti sesuatu
bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara

PERINGKAT OPERASI FORMAL ( dari umur 12 tahun ke atas )


Ø Pada peringkat ini , mereka bukan lagi kanak-kanak tetapi dikenali sebagai remaja
Ø Piaget berpendapat mereka sebenarnya dapat berfikir secara logik ,termasuk pemikiran
abstrak,perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup membuat hipotesis
Ø Pemikiran hipotesis membolehkan kanak-kanak itu meramalkan “apa yang mungkin
berlaku “ daripada “apa yang akan berlaku”
Ø Oleh kerana pemikir operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu
kemungkinan ,ia telah sedia membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,sedia
membuat eksperimen menguju idea, kebenaran dan pemikiran saintifik.
Ø Menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan
,pengalaman dan kemahiran.

************************************************************************
Teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg

Teori yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg ialah lanjutan daripada teori Jean Piaget
(ahli psikologi Swiss) dan ahli falsafah John Dewey. Menurut Kohlberg, pada tahap
perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah.
Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral
dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat.

Tahap 1 ialah Pra-Konvensional. Merupakan tahap yang paling bawah dalam


penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang
akan diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat 1 merupakan orientasi kepatuhan dan
hukuman. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan
dendaan. Peringkat 2 pula ialah Orientasi ganjaran peribadi. Peringkat ini lebih
menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau
jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka.
Tahap 2 ialah Konvensional. Ia merupakan tahap pertengahan di dalam teori
perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, individu sudah mula mengaplikasi
peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap
ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem
sosial. Peringkat 3 merupakan Orientasi perlakuan baik. Individu pada tahap ini menolong
orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Peringkat 4 pula ialah akur kepada
sistem sosial dan etika peraturan. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang
di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula
memperjuangkannya.

Tahap 3 ialah Pos-Konvensional. Tahap penaakulan moral ini adalah yang paling
tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini, individu rnula meneroka
pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral. Mereka mula mempunyai
kod moral dan etika yang tersendiri. Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika
kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat. Peringkat 5 merupakan Etika
kontrak sosial dan hak individu. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan
sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini
menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk
kesejahteraan umat atau manusia. Peringkat 6 pula ialah Etika prinsip sejagat. Pada
peringkat ini, individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran
kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat
tertinggi. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan
rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

Implementasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Peringkat awal kanak-kanak


Dalam usaha bagi mengaplikasikan teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg pada
peringkat awal kanak-kanak, guru perlu lebih bersifat mendidik mereka, bukannya bersifat
menghukum. Hal ini kerana, mereka perlu dididik untuk bersifat dengan akhlak yang baik
kerana hanya dengan didikan yang betul daripada guru, kanak-kanak akan berusaha untuk
berkelakuan baik. Sebagai contoh, jika mereka melakukan kesalahan, guru hendaklah tidak
bersikap terburu-buru dengan memberikan hukuman kepada mereka. Sebaliknya, guru perlu
mendengar penjelasan daripada mereka dahulu. Jika mereka didapati bersalah, guru perlu
menjelaskan dengan memberi sebab mengapa sesuatu perkara tidak boleh dilakukan. Dengan
cara ini, perkara ini secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam memperkembang
tingkah laku mereka ke tahap yang baik dengan bantuan dan sokongan moral daripada guru.

Peringkat pertengahan kanak-kanak


Pada peringkat ini, guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai murni terutamanya melalui
kurikulum dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, unsur seperti nilai-nilai murni sangat penting bagi membantu mereka dalam
menterjemah tingkah laku mereka berasaskan nilai-nilai murni yang dipelajari
disekolah. Sebagai contoh, murid yang mempelajari adab terhadap jiran dalam subjek
pendidikan Islam semasa di sekolah dapat menterjemah kefahaman mereka melalui
penerapan nilai-nilai murni yang dipelajari di sekolah dengan sentiasa berbuat baik terhadap
jiran mereka. Dalam peringkat ini, guru perlulah mendidik murid dengan kasih sayang
supaya mereka rasa dihargai. Perkara ini sangat penting kerana ia membantu dalam
mengubah tingkah laku mereka ke arah yang lebih baik kerana mereka sedar ada guru yang
sentiasa mengambil berat terhadap diri mereka

************************************************************************

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


1.0 PENGENALAN

Kepentingan dalam bidang perkembangan kanak-kanak mula muncul pada awal abad ke-20.
Pelbagai teori perkembangan kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh pelbagai tokoh telah
menjadi asas kepada perkembangan pendidikan awal kanak-kanak kini. Dalam konteks
kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang
serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja
yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di
ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang
(Department of Education and Science, 1990).
Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia ,
dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada
pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi dan wawasan negara.
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian
dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan
pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan
sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Pelbagai teori telah dijadikan dirujukan untuk membentuk kurikulum, dasar dan juga program
dalam pendidikan kanak-kanak di negara kita. Selain itu, perkembangan pendidikan kanak-
kanak di negara kita juga banyak dipengaruhi oleh teori-teori perkembangan kanak-kanak
seperti teori perkembangan kognitif Jean Piaget, teori perkembangan psikososial Eric Ericson
dan teori perkembangan fizikal Robert Havighurst.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Terdapat pelbagai teori yang telah diutarakan oleh pelbagai tokoh berkaitan dengan
perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, moral, fizikal dan kognitif.

2.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF - JEAN PIAGET


Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur
Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula
bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat
tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1981 ketika
berusia 84 tahun.
Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua
puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi
setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa
bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan
oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean,
pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses
pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori
yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk
memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses
pemikiran individu.
· Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik.
· Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk
memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang didapati.
· Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu
dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.
· Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan
oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.
Menurut Piaget (1960), semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara positif
untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Kita sentiasa cenderung untuk memahami
sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa
sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak
dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau
keseimbangan.
Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-
pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil
skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema
ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang
memerlukan penyelesaian. Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu
dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada
skema yang lebih kompleks. Contohnya, bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu
objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema
untuk mengenal huruf. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan
dengan situasi yang baru. Contohnya, kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan
dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataanDalam
situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah. Mereka perlu
mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi.
Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi
berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan
pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada. Contohnya, dalam mengenal
huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan ‘d’ sebagai ‘b’ apabila diperkenalkan. Melalui
pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini
dengan skema lama yang telah ada. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar
skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara
pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema
baru. Di dalam contoh tersebut, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan
membezakan ‘d’ daripada ‘b’. Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengamilasi dan
mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan.
Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

2.1.1 Peringkat Perkembangan Kognitif Teori Piaget


Peringkat Sensori Motor ( 0 hingga 2 tahun )
Pada peringkat umur bayi, mereka belajar melalui interaksi deria dengan persekitarannya.
Sebagai contoh, bayi akan mengangkat benda, memain-mainkannya, merasa dan
menggigitnya. Di samping itu, mereka memerhatikan benda itu melalui penglihatan dan
pendengaran bunyi. Di peringkat umur dua tahun, bayi memperoleh kepercayaan tentang
pengekalan objek, iaitu objek itu akan terus wujud walaupun objek tersebut tidak dapat
dilihat dan disentuh. Selain itu, mereka dapat melakukan tindakan ulangan seperti menghisap
ibu jari. Pada peringkat ini juga, mereka mula meniru perlakuan yang tidak pernah mereka
lakukan sebelum ini. Mereka mempelajari perlakuan ini melalui pemerhatian terhadap orang
lain atau melalui objek yang dapat dilihat dan disentuhnya. Kesimpulannya, pembelajaran
kanak-kanak pada tahap ini bergantung kepada pengalaman sensori dan motor iaitu dengan
menggenggam, menghisap dan lain-lain.
Peringkat Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun )
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula berfikir secara lojik tetapi belum boleh menguasai
kebolehan memproses kemahiran berfikir mengikut peraturan-peraturan yang lojik. Namun
begitu, kanak-kanak mula mempraktikkan kemahiran yang baru diperoleh dengan
menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik
melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Salah satu aktiviti pemikiran simbol
ialah lakonan drama yang menjadi pengalaman hidup. Berdasarkan pengalaman, kanak-kanak
pada peringkat ini suka bermain masak-masak, berlagak menjadi doktor, dan berlagak
sebagai penjual dan pembeli. Lakonan ini juga adalah permainan olok-olok. Penggunaan
bahasa kanak-kanak pada peringkat ini berkembang maju. Kanak-kanak masih belum mampu
membezakan antara benda bernyawa dan tidak bernyawa yang mana mereka percaya bahawa
benda tidak bernyawa seperti pokok boleh bercakap seperti manusia. Piaget menyebut
keadaan ini sebagai animisme.
Pada permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak mempunyai kesukaran
mengoperasi konsep, misalnya mereka tidak dapat mengira mengikut urutan dari satu hingga
sepuluh. Oleh itu, pada peringkat ini pengajaran kanak-kanak hendaklah sesuai dengan tahap
mereka.
Peringkat Operasi yang Konkrit ( 7 hingga 11 tahun )
Pada peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak lebih fleksibel, dapat berfikir melalui
peraturan lojik atau melakukan operasi mental dengan tersusun. Kanak-kanak hanya boleh
melaksanakan pemikiran lojik dalam keadaan yang konkrit atau menggunakan bahan
maujud.
Peringkat Operasi Formal ( 11 hingga 15 tahun )
Pada peringkat ini, mereka tidak lagi dikenali sebagai kanak-kanak tetapi remaja. Piaget
berpendapat mereka dapat berfikir secara lojik, termasuk pemikiran abstrak dan membuat
hipotesis. Mereka juga berupaya menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak dengan
penguasaan kebolehan penyelesaian masalah yang dikombinasikan pengetahuan,
pengalamnan dan kemahiran. Pendekatanpengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah
lisan yang lebih banyak. Pelajar di sekolah menengah digalakkan mendengar, membaca dan
berbincang, kemudian melakukan latihan.

2.3 Implikasi teori perkembangan kepada guru


Memahami perkembangan seseorang kanak amat penting bagi seorang guru. Hal ini berlaku
kerana setiap peringkat kanak-kanak mempunyai fikiran, emosi, jasmani, perkembangan dan
sebagainya adalah berbeza. Oleh itu, guru mestilah memahami apa kemahuan dan aktiviti
yang perlu dilaksanakan pada usia tertentu. Contohnya, kita jangan menyuruh pelajar tahun
satu main bola tampar kerana dari segi psikomotor mereka adalah tidak sesuai dan akan
membawa kesan kepada otot mereka. Oleh itu, kita mestilah menyediakan aktiviti yang
sesuai untuk mereka seperti menyuruh mereka melambung bola baling bersaiz kecil.
Selain daripada itu, ia juga membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku
sedemikian. Setiap tingkah laku yang telah dilaksanakan oleh kanak mesti mempunyai tujuan
atau sebabnya. Contohnya, murid yang nakal dalam kelas bertujuan menarik perhatian
daripada guru dan guru mestilah memikir cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah
mereka.
Di samping itu, guru-guru juga boleh membantu pelajar memahami diri mereka sendiri.
Selepas belajar tentang teori perkembangan kanak-kanak, ia juga akan menolong guru
merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dan merumus langkah supaya
pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan. Contohnya,
semasa guru mengajar sesuatu topik, guru mestilah mengajar asas baru kepada topik yang
lebih mendalam dan pelbagai cara perlu disediakan kepada pelajar yang berbeza.
Seterusnya, guru juga boleh mengimplikasikan teori ini untuk meramal tingkah laku,
kegemaran dan apa yang tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu, merancang
peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar,
merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.
Guru jangan menyediakan latihan yang senang kepada kelas unggul atau soalan yang susah
kepada pelajar-pelajar. Hal ini berlaku sebab jika soalan itu terlalu senang akan menyebabkan
pelajar berasa bosan manakala terlalu sukar akan menyebabkan mereka hilang keyakinan.
Oleh itu, semasa memilih latihan atau aktiviti mestilah memikir latar belakang pelajar.
Walaubagaimanapun, prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar amat penting bagi
seorang guru. Guru mestilah mempunyai kesabaran semasa mengajar pelajar yang kurang
pandai kerana mungkin beberapa kali penjelasan akan diberikan kepada pelajar tersebut.
Akhuirnya, guru-guru boleh membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran
pelajar dan boleh berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yang perlu dilakukan untuk
sama-sama mengatasi masalah pelajar. Berbincangan boleh dilakukan secara langsung atau
secara tidak langsung.

***************************************************************************

3.0 PERKEMBANGAN MORAL

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap


nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi interpersonal yang melibatkan
regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi
sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku, perasaa dan personaliti
seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang individu.

3.1 Teori Perkembangan Moral Piaget


Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan memberi hujah terhadap
persoalan melibatkan moral.

Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama pemikiran moral:

(a) Umur 4 hingga 7 tahun.


Peringkat moral Heteronomus,
Peringkat pertama perkembangan moral, Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu
yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu tindakan melalui
akibat. Contoh: Mereka mengemaskan barang mainan sebab takut dimarahi, Mereka sukar
mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu
perbuatan.

(b) Umur 7 hingga 10 tahun.


Peringkat transisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada
ciri-ciri peringkat seterusnya.

(c) Umur 10 tahun ke atas.


Peringkat Moral Autonomus
Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oieh manusia dan bukan sesuatu
yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat. Boleh
mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat,
perasaan, keadilan dan tingkahlaku.

3.2 Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah
dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau
ialah lanjutan dari teori Jean Piaget (ahli psikologi Swiss) dan ahli falsafah John Dewey.
Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa
yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan,
kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui
maksud moral yang sebenar.
Selain itu, beliau memperoleh maklumat yang menjadi asas kepada teori
perkembangan moral melalui kajian yang bertanyakan sesuatu nilai betul-salah tentang
sesuatu situasi. Subjek-subjek dalam kajian beliau yang terdiri daripada golongan kanak-
kanak dan remaja daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat dan umur dikehendaki menilai
sesuatu cerita yang mempunyai ciri-ciri dilema moral. Tiap-tiap satu cerita itu mempunyai
satu bentuk penilaian yang relatif, oleh itu ia tidak ada bentuk yang betul dalam semua aspek.
Beliau ingin melihat tahap operasi pemikiran serta tahap perkembangan moral yang ada pada
tiap-tiap tahap perkembangan manusia. Berikut adalah satu daripada pernyataan yang beliau
gunakan:

"Di Eropah, seorang wanita sedang menghadapi maut kerana sakit tenat. Para doktor
mengesahkan bahawa hanya terdapat satu ubat sahaja yang dapat menyembuhkan
penyakitnya itu. Ubat itu ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal dalam bandar yang sama.
Kos untuk membuat ubat tersebut ialah $200 tetapi lelaki tersebut menjual hanya sedikit
sahaja ubat itu dengan harga $2 000 Heinz, suami wanita yang sakit itu cuba meminjam wang
yang secukupnya untuk membeli ubat berkenaan. Beliau berjumpa dengan semua orang yang
dikenalinya untuk meminjam wang. Tetapi, beliau hanya dapat setengah daripada jumlah
yang diperlukan. Beliau kemudian berjumpa dengan lelaki yang membuat ubat itu dan
mengatakan bahawa isterinya sedang sakit tenat lalu meminta supaya ubat itu dijual dengan
harga murah sedikit ataupun membenarkannya membayar harga ubat itu kemudian. Tetapi
lelaki tersebut mengatakan tidak, saya telah membuat ubat ini dan saya akan mendapatkan
wang daripadanya. Oleh itu, Heinz memecah masuk ke dalam kedai lelaki tersebut dan
mencuri ubat itu". (Sumber: Atkinson et. al., 1983, hlm 81)

Setelah memberi pernyataan seperti yang tercatat di atas, Kohlberg bertanyakan sama ada
subjek (Heinz) di dalam pernyataan itu bersalah atau tidak. Kohlberg tidak hanya ingin
mengetahui jawapan persoalannya, tetapi ingin mengesan proses bagaimana subjeknya
menjawab soalan yang berunsur dilema moral. Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983)
menyarankan tiga tahap utama perkembangan moral dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan
kepada dua peringkat (rujuk jadual di bawah).

Tahap 1: Pra – Konvensional (0-9 tahun)


Peringkat 1: Orientasi Kepatuhun dan Hukuman
Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi
Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun)
Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik
Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan
Tahap 3: Pos –Konvensional ( >20 tahun)
Peringkai 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak individu
Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat

Jadual 1.3 : Paringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1: Pra-Konvensional

Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai
berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam
tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan
peringkat orientasi jangkaan individu.

Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.

Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh
kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka.
Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka
belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu
kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah
merujuk kepada harapan masyarakat.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.

Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu
perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas
mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah
yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara
atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit
oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif.

Tahap 2: Konvensional
Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, inividu
sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa,
guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan
akur kepada sistem sosial.

Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik

Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau
lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau
menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang
supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap
ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada
undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas
rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula
memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini
menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa
bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.

Tahap 3: Pos - Konvensional

Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada
tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan
moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yang
terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat,

Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu

Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta
tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah
berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat.
Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-
undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.
Peringkat 6: Etika prinsip sejagat

Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran
kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi.
Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan
kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip
etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang
dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

***************************************************************************

4.3 Implikasi strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori ekologikal


Bronfenbrenner
• Memahami secara komprehensif perkembangan potensi kanak-kanak, guru bukan sahaja
memberi perhatian kepada teori pembelajaran tetapi juga teori ekologikal. Ia akan membawa
kebaikan kepada semua guru jika mereka memahami teori ekologikal dan lebih berkesan
semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
• Untuk memahami murid-murid dengan lebih sempurna, guru harus berkomunikasi
dengan keluarga murid mereka secara formal dan informal. Melalui berkomunikasi ini, guru
akan lebih memahami murid itu dan mereka boleh menggunakan langkah yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah jika pelajar itu mempunyai masalah tingkah laku.
• Mengenal pasti peranan-peranan komuniti dan sosiobudaya serta kedudukan
sosioekonomi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, demi merancang pelajaran
berdasarkan perkembangan potensi yang khusus sesuai untuk murid-murid mereka. Ini
merangkumi peranan-peranan yang dimainkan oleh keluarga, rakan sebaya, massa media,
agama dan budaya. Hal ini berlaku adalah disebabkan setiap individu mempunyai kecerdasan
masing-masing. Oleh itu, guru perlulah memberi prihatin dan tumpuan terhadap kanak-kanak
tersebut dan memcungkil kebakatan kanak-kanak dan membina insan yang lebih berkualiti
lagi.

5.0 Pandangan saya terhadap kepentingan mempelajari teori-teori perkembangan


kanak-kanak
Sebenarnya, setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangannya. Oleh itu, sebagai
seorang ibu bapa atau guru-guru, maka kita mestilah memahami perkembangan anak-anak
dan murid-murid kita. Melalui pembelajaran psikologi ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu
yang bermanfaat kepada saya dan ia akan membawa kesan baik kepada saya sehingga seumur
hidup. Jika kita ingin mendidik anak bangsa kita menjadi seorang insan yang berketrampilan
dan berakhlak mulia, maka kita mestilah memahami teori perkembangan kanak-kanak.
Sebelum saya mengambil subjek ini, saya langsung tidak memahami kenapa anak murid saya
membuat tingkah laku demikian pada masa saya menjadi seorang guru sandaran tidak
terlatih. Sekarang, barulah saya sedar bahawa sesuatu tingkah laku yang mereka lakukan
mestilah adalah alasan mereka dan kita mestilah memahami tahap perkembangan mereka dan
fikiran mereka. Barulah kita boleh menyelesaikan masalah mereka dan memudahkan
pengajaran dan pembelajaran kita.
Akhirnya, saya berasa sangat bertuah kerana dapat mengambil subjek ini dan mempunyai
seorang pensyarah yang begitu berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang psikologi
ini mengajar kita. Sekarang, saya akan lebih yakin pada diri sendiri untuk menyelesaikan
masalah pelajar pada masa yang akan datang.

***********************************************************88

Bibliografi

Azizi Hj.Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon & Halimah Ma’alip ( 2008 April). Pembentuk
tingkah laku remaja. Retrived July 25, 2012, from
thehttp://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp23.pdf

Ar-rifke (2012). Perkembangan kanak-kanak. Retrived July 25, 2012, from


the http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-faktor-faktor-perkembangan-kanak.html

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.


Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn
Bhd.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2 Sekolah Rendah
Psikologi Pendidikan & pedagogi). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan


pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zainuddin Abu Bakar. Teori-teori Perkembangan. Retrived Ogos 1, 2012, from


the http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

Psikologi perkembangan awal kanak-kanak. Retrived Ogos 1, 2012, from the


http://www.scribd.com/doc/13950186/Teori-Kematangan-Arnold-Gesell

New World Encylopedia. Urie Bronfenner. Retrived Ogos 3, 2012, from


thehttp://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrenner

Teori perkembangan kanak-kanak. Retrived Ogos 7, 2012, from


thehttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kanak-kanak.html

Psikologi Pendidikan. Retrived Ogos 7, 2012, from


thehttp://www.docstoc.com/docs/105271688/Psikologi-Pendidikan

Disediakan Oleh: Chin Lee Mei

Anda mungkin juga menyukai