Anda di halaman 1dari 20

Ab lib (i)bn 'Abd al-Mualib) (549-619) adalah ketua puak Bani Hasyim.

Dia telah berkahwin dengan Fatimah binti Asad dan merupakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Nama sebenarnya adalah Imran ( )tetapi lebih dikenali sebagai Abu Talib kerana anak lelaki sulungnya bernama Talib. Abu Talib membesarkan dan menyokong Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu Baginda masih muda remaja, selepas kematian datuknya Abdul Muttalib.

Abu Talib bin Abdul Muttalib (Arab:

KELUARGA
Abu Talib merupakan anak kepada Shaiba ibn Hashim ('Abdul

Muttalib) dan Fatimah binti Amr. Adik-beradiknya adalah: Harith ibn Abdul Muttalib Abu Lahab ibn Abdul Muttalib Az-Zubayr ibn Abdul Muttalib Abdullah bin Abdul Muthalib (bapa Nabi Muhammad) Hamzah bin Abdul Muttalib Muqum ibn 'Abdul Muttalib Hijl ibn 'Abdul Muttalib Saffiyah bint Abdul Muttalib Abbas bin Abdul Muttalib `Zarrar ibn `Abdul Muttalib

Abu Talib mempunyai empat orang anak lelaki Talib ibn Abi Talib Ja'far bin Abi Thalib Ali bin Abi Talib Aqil ibn Abi Thalib dan dua orang anak perempuan: Fakhitah binti Abi Talib Jumanah binti Abi Talib (Umm Hani)

ERA PRA-ISLAM
Abu Talib merupakan abang kepada bapa Nabi

Muhammad Abdullah bin Abdul Muthalib, yang meninggal dunia sebelum kelahiran baginda. Dia adalah seorang keturunan pada puak Bani Hashim yang mulia. oleh itu, dia memegang kedudukan dan mendapat kehormatan di kalangan penduduk Makkah, dan memiliki sebuah perniagaan kafilah perdagangan. Selepas kematian ibu Muhammad Aminah binti Wahab, baginda berada dalam penjagaan Abdul Muttalib (bapa Abu Talib, datuk Muhammad). Apabila Muhammad mencapai usia 8 tahun, Abu Talib mewarisi penjagaannya sebagai ketua Banu Hashim disebabkan kematian Abdul Muttalib.

Abu Talib melayani Muhammad sebagai anaknya

sendiri, dan membesarkan Muhammad yang muda dengan penuh kasih sayang. Apabila Muhammad telah dewasa, dia mula untuk bekerja untuk bapa saudaranya, dan mengambil tanggungjawab untuk anak Abu Talib Ali bin Abi Talib. Ali adalah antara golongan pertama yang menerima seruan Islam. Bakat perniagaan yang ditunjukkan Muhammad semasa bekerja untuk Abu Talib adalah salah satu pendorong minat isterinya Khadijah binti Khuwaylid (seorang wanita pedagang kaya) terhadap baginda.

ERA MUHAMMAD 570-632


Selepas Muhammad bermula menyebarkan

ajaran Islam, lebih banyak ahli-ahli puak Quraisy lain merasa tergugat oleh Muhammad. Dalam percubaan untuk mendiamkannya, mereka menyuruh Ab Talib untuk mendiamkan anak buah lelakinya atau mengawalnya. Walaupun ditekan, Abu Talib tidak melakukan apa-apa tetapi menyokong Muhammad dan mempertahankannya dari ketuaketua Quraisy lain. Muhammad berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana dia dipaksa untuk meninggalkan tempat asalnya. Dia berhijrah ke Madinah pada 622 M dan meninggal dunia pada 632 M.

KEMATIAN
Abu Talib meninggal dunia pada 619 atau 623 [1], pada

waktu yang sama dengan isteri Nabi Muhammad, Khadijah. Tahun ini adalah tahun paling dukacita pada kehidupan nabi, Tahun Dukacita.

PENGALAMAN NABI BERSAMA ABU TALIB


Jatuh miskin Namun pada suatu ketika, Abu Talib benar-benar jatuh miskin yang boleh menggugat kemampuannya untuk terus membantu para jemaah itu. Namun bapa saudara Nabi ini tidak sanggup meninggalkan kemuliaan tugas itu hanya kerana kemiskinan. Demi meneruskan usaha bapanya, Abu Talib kemudiannya menemui saudaranya yang yang lebih kaya dan berharta, iaitu al Abbas. Tanpa segan Abu Talib meminjam wang 10,000 dirham daripada saudaranya itu bagi membolehkan beliau terus menunaikan kewajipannya kepada para jemaah.

Pada satu ketika Mekah benar-benar ditimpa musibah

yang amat perit untuk ditanggung oleh para penduduknya apabila berhari-hari tidak hujan menyebabkan berlakunya musim kemarau yang paling buruk. Ibnu Assakir dalam satu riwayat daripada Julhamah bin Arthafah yang menceritakan Julhamah yang datang ke Mekah yang mendapati penduduk di situ begitu sengsara. Seorang daripada penduduk berkata; "Marilah kita bersandar (memohon pertolongan) kepada Lata dan Uzza (berhala)!" Sementara seorang lagi pula berkata: "Marilah kita bersandar kepada Manat (berhala)," Namun seorang lagi pula berkata: "Mengapa kalian menjadi lemah akal, sementara di tengah-tengah kalian masih ada yang mewarisi keturunan Ibrahim (Nabi) dan Ismail (Nabi?)!"

Lalu mereka berkata; "Nampaknya, orang yang kamu

maksudkan adalah Abu Talib!". "Benar!" jawab si polan yang ketiga tadi. Lalu mereka terus menuju ke rumah Abu Talib dan berkata; "Wahai Abu Talib, tanaman yang ada telah mengering, tanah serta ladang semakin gersang. Oleh kerana itu, mintakanlah supaya hujan turun supaya kami dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala!" Sambil tersenyum tanda sedia membantu, Abu Talib pun keluar dari rumahnya dengan membawa seorang kanak-kanak, iaitu anak saudaranya, Nabi Muhammad.

Awan gelap Sejurus mereka melangkah keluar awan yang tebal dan

gelap terus berkumpul di langit yang sebelum ini begitu cerah tanpa segumpal awan pun. Setibanya mereka di Kaabah, Abu Talib pun merapatkan badan anak saudaranya itu ke dinding Rumah Allah itu dan mereka bersama-sama memohon kepada Allah supaya bumi yang gersang itu akhirnya dibasahi hujan. Ditakdirkan Allah, tidak lama kemudian hujan pun turun dengan mencurah-curah sebagaimana yang diminta oleh penduduk Mekah itu. Lembah Mekah pun kembali subur dan tiada lagi keperitan untuk ditanggung.

Peristiwa ini seperti yang disebut oleh Abi Talib dalam

syairnya; Si Putih yang diminta hujan dengan berkat wajahnya Ketua anak-anak yatim dan pelindung balu-balu! Kejadian ini juga menyuntik lagi kekuatan kepada Abu Talib untuk menjaga anak saudaranya itu kerana kini semakin nampak mengenai kedudukan Nabi Muhammad sebagaimana yang sering diucapkan oleh bapanya sebelum ini. Keperibadian Nabi Muhammad benar-benar tidak sebagaimana anak-anak yang lazimnya.

Namun dalam satu peristiwa lain, Abu Talib pernah

cuba hendak meninggalkan Nabi Muhammad dalam jagaan orang lain. Ini semata-mata beliau tidak mahu anak saudaranya itu terdedah kepada sebarang ancaman keselamatan ketika beliau bersama beberapa pedagang Quraisy yang ingin memulakan perjalanan untuk berniaga di Syam (Syria). Namun ketika kafilah-kafilah yang membawa pelbagai dagangan itu hendak mulakan perjalanan yang jauh itu, Abu Talib memalingkan muka dan alangkah terkejutnya beliau apabila melihat dengan jelas anak saudaranya itu sedang menyapu air mata yang jatuh membasahi pipi. Rupa-rupanya Nabi Muhammad sangat sedih untuk berpisah dengan dengan bapa saudaranya itu.

"Pakcik, kepada siapakah kau hendak tinggalkan aku

sementara ketiadaanmu di sini? Sedangkan aku tidak mempunyai baik ayah mahupun ibu," kata si anak saudara dalam sedu dan sedan. Wajah sedih dan kata-kata Nabi Muhammad itu membangkitkan rasa hiba Abu Talib dan tidak semena-mena beliau sendiri merasakan tidak sanggup meninggalkan anak saudaranya itu. Lalu dipeluknya anak saudaranya yang ketika itu dikatakan dalam usia 12 tahun sambil berkata; "Demi Allah, aku akan membawa kau pergi bersamaku. Kau tidak akan berpisah dengan aku dan aku tidak akan meninggalkan engkau lagi wahai anak saudaraku!"

Berdagang Nabi Muhammad yang dalam tanggungan bapa saudaranya itu kemudiannya turut dibawa untuk berdagang ke Syam itu. Satu perjalanan getir lebih-lebih lagi terpaksa menempuh padang pasir yang kering dan kontang yang tentunya tidak sesuai untuk anak yang semuda Nabi itu. Namun Abu Talib mendapati bahawa perjalanan kali ini berbeza, tidak ada kepayahan kecuali yang menyenangkan tanpa sebarang ancaman yang boleh mengganggu perjalanan mereka. Mereka berjaya melewati Madian, Lembah Qura, negeri Tsamud sehinggalah daripada jauh mereka dapat menyaksikan keindahan matahari yang sedang terbit dari arah Syria. Sungguh indah sehinggakan mereka semakin bersemangat untuk sampai ke negeri itu walaupun telah berhari dan berbulan dalam perjalanan ini.

Namun telah menjadi kebiasaan kepada mana-mana

kafilah yang hendak mengunjungi Syam, mereka mesti terlebih dahulu singgah di Busra. Ini kerana di tempat itu, semua kafilah-kafilah dagang yang berhenti mesti mengunjungi sebuah biara yang padanya terdapat seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira. Mereka mesti bertemu Buhaira untuk mendapatkan barakah! Namun sesetengah riwayat menyebut bahawa Busra sekadar destinasi kepada kafilah untuk mereka berhenti untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Syria.

Tinggal Bersama Bapa Saudaranya Abu Talib


Setelah kewafatan Abdul Muttalib Nabi saw

telah diambil oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Sebelum kewafatan datuknya Abdul Muttalib, Abu Talib ada menerima amanah dari Abdul Muttalib, iaitu mengambil Nabi saw sebagai anak peliharaannya. Perkara itu telah di beritahu kepadanya kerana dia adalah saudara seibu sebapa dengan bapa Nabi saw iaitu Abdullah, jadi mereka lebih rapat. Setelah meninggal Abdul Muttalib bermula lah penghidupan baru Nabi bersama penjaga barunya iaitu Abu Talib.

Disebabkan Nabi saw adalah kanak-kanak yang sangat baik dan baik budi pekertinya maka tidak hairanlah jika sesiapa yang mendapat tanggungjawab untuk menjaga Nabi saw menerima dengan senang hati. Bagitu juga halnya dengan Abu Talib, dia meletakkan Nabi sebagai insan yang sangat istimewa dihatinya, dia melayani Nabi saw tidak seperti dia melayani anak-anaknya sendiri. Dia selalu membawa Nabi kemana-mana sahaja dia pergi. Jarang dia meninggalkan Nabi di rumah seorang diri.

Oleh kerana kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa

saudaranya tidak berbelah bagi, Nabi saw yang memahami keadaan itu berusaha untuk membalas jasa baik dan kasih sayang Abu Talib dengan mengambil upah menjaga kambing orang-oarang kaya Mekah. Nabi diberi upah untuk kerjanya itu dan upahnya itu sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi keluarga Abu Talib yang ketika itu mempunyai jumlah ahli keluarga yang besar. Mengikut riwayat upah yang di bayar kepada Nabi saw adalah dalam bentuk 'kararit' Jika diikutkan dari sumber sejarah ia bermaksud wang emas atau dari satu riwayat lagi ia adalah kurma Hindi. Upah atau Kararit ini dibayar sebaik saja selesai Nabi saw menjaga kambing iaitu setiap petang atau senja Nabi akan dibayar untuk kerja yang dilakukan hari itu.

KESAN PENGALAMAN NABI BERSAMA BAPA SAUDARANYA


Baginda memahami erti keperitan dan ujian dalam

kehidupan Mempunyai sifat yang mulia, akhlak yang baik, bencikan kemungkaran , berani dan menerima segala kebaikan Mempunyai daya juang dan jati diri yang utuh Baginda lebih suka hidup berdikari berbanding dengan mengharapkan bantuan orang lain. Baginda berminat dalam bidang perniagaan dan menternak kambing Baginda berminat menambah ilmu pengetahuan terutama pidato, syair dan sajak.

Anda mungkin juga menyukai