Anda di halaman 1dari 10

KERJA KURSUS 2 : PENULISAN

Merujuk pada keratin akhbar atau berita mengenai isu aqidah dan masalah akhlak
dikalangan masyarakat.Pelajar dikehendaki menghurai secara kritis tentang peranan guru
Muslim dalam menangani isu tersebut.

1. Memberikan pandangan pada isu akidah dan masalah akhlak dalam masyarakat.

2. Memberikan pandangan guru Muslim dalam menangani masalah tersebut.

3. Mengaitkan peranan guru muslim sebagai Muallim,Mudarris,Muaddib,Murabbi dan


Mursyid.
BAHAN: Slot Bicara Agama ,Akhbar Utusan Malaysia

TAJUK : Remaja dan isu akidah

Oleh: NURUL IZZAR SIDEK

ARKIB : 20/10/2011 © Utusan Melayu (M) Bhd

Isu akidah adalah perkara pokok bagi remaja Islam. Di tengah-tengah simpang siur
aliran pemikiran yang pelbagai, landasan akidah adalah amat penting bagi remaja. Akidah
diambil daripada akar kata aqa'id iaitu tautan atau ikatan diri terhadap Allah.Akidah tauhid
memberi landasan ikatan kepada Allah yang satu. Terdapat banyak aliran ideologi yang
berkembang dalam hidup manusia sejak dahulu sehingga kini. Terdapat juga pemikiran
falsafah dan silang budaya yang terkait dengan isu akidah.

Fahaman liberal dan pluralis umpamanya mempunyai kesan langsung kepada isu
akidah.Usaha-usaha agama lain terutama Kristian melakukan pemurtadan adalah sesuatu
yang bercanggah dengan akidah tauhid.Akidah bukan sekadar pernyataan mengesakan
Allah dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya. Sebaliknya, yang amat
penting adalah pemahaman dan aplikasi terhadap Allah yang satu dalam keyakinan, kata-
kata, amalan dan juga manifestasi ilmu.

Para remaja tidak sahaja menjadi penganut Islam berasaskan warisan keturunan
tetapi hendaklah memahami ilmu tentang akidah tauhid, mengukuhkan ibadah, memahami
jalur syariah dan fikah di samping memiliki akhlak yang mulia.Asas ini sangat penting bagi
remaja kerana keyakinan tanpa pemahaman boleh membawa jiwa remaja kepada
kekosongan. Keyakinan tanpa didukung oleh ilmu tidak akan memberi kekuatan, memahami
hakikat kewujudan dan kaitan dengan penciptaan.

Memahami Islam bukan sekadar memahami hal-hal yang nyata dan tampak, tetapi ia
terhubung dengan faktor-faktor ghaibiyat. Di sini pentingnya para remaja memahami al-
Quran sebagai sumber petunjuk kepada yang nyata dan kaitannya dengan yang ghaib.
Sekiranya para remaja diberi fahaman Islam dan tauhid secara ilmu, ia bakal memantapkan
lagi keyakinan remaja terhadap perkara tauhid.

Berlakunya kelonggaran dan ketidakfahaman remaja terhadap isu akidah ini adalah
akibat daripada kekosongan ilmu dan kelompangan keyakinan yang menyebabkan anutan
terhadap agama menjadi tidak teguh dan kukuh.
Keteguhan dan kekukuhan akidah bersumberkan pemahaman yang jelas terhadap pencipta
dan juga pemahaman yang nyata terhadap kaitan wahyu Allah dengan penciptaan-Nya
sebagai contoh.

Al-Quran memberikan asas yang sangat jelas tentang faktor ghaibiyat yang
terhubung dengan faktor yang nyata supaya keyakinan kita terhadap wujudnya Allah dan
kaitannya dengan alam ini menjadi teguh.Dalam surah Al-Alaq, Allah menyebutkan khalaqal
insanamin alaq... membawa makna bahawa kejadian manusia itu bermula daripada seketul
darah beku.

Dalam surah Al-Mukminun pula, Allah menyatakan bahawa punca kejadian manusia
adalah daripada sari pati tanah. Apakah kaitannya sari pati tanah dengan pokok-pokok dan
buah-buahan yang menyumbang terhadap kejadian air mani?.Ia adalah sesuatu yang
saintifik. Apabila kromosom X dan kromosom Y bertemu, ia menghasilkan zigot. Ia disebut
dalam bahasa al-Quran sebagai nutfah.Apabila proses pembenihan itu subur menghasilkan
susuk dan bentuk, Allah tiupkan roh ke dalam embrio tersebut. Ia menghasilkan manusia
dalam rahim yang mempunyai kekuatan. Roh walaupun tidak nampak, tetapi bagi yang
hidup merasakan ia ada.

Al-Quran menyebutkan roh itu adalah milik Allah dan yang diketahui oleh manusia
hanyalah sedikit sekali. Adanya roh (yang ghaib) menyebabkan akal berfikir, hati merasa
dan daya melakukan amal. Tanpa roh, seluruh jasad dan potensi yang ada pada manusia
akan kaku dan tidak boleh berbuat apa-apa.

Asas berfikir seperti ini boleh menanamkan landasan akidah yang teguh di kalangan
remaja. Mengkaji benda dan fenomena tidak terputus dengan hakikat Penciptaan.
Daripadanya lahir hikmah yang tinggi memahami yang nyata dengan ghaib.Pertimbangan
saintifik tidak hanya dalam batas akal, uji kaji dan hasil tetapi merentasi terhadap hikmah di
sebalik kejadian dan manfaatnya kepada manusia.

Kelemahan akidah remaja, kelonggaran pemahaman ilmu, kealpaan melakukan


reflektif terhadap kekuatan tamadun silam menyebabkan para remaja mudah terpengaruh
dengan fahaman popular Barat yang menyesatkan.Apabila kekaguman terhadap Barat
sifatnya melampaui, pemahaman secara ritual dan berkala terhadap Islam tidak boleh
menyebabkan para remaja memiliki kekentalan akidah tauhid.

Keadaan seperti ini mendedahkan remaja kepada kerosakan akhlak, kemuflisan ilmu
Islami dan akhirnya mudah terjebak kepada fahaman hedonisme (berpoya-poya),
melupakan agama, terjebak dengan ajaran sesat dan juga boleh menjadi murtad.
Ilmu dan amal

Oleh itu, amat penting para remaja Islam memahami agamanya secara ilmu dan
amal. Kadangkala para remaja memiliki kekuatan rohani yang tinggi, tetapi lemah dalam
amal Islamnya. Islam sebagai sistem kepercayaan perlu diperlihatkan dengan kekuatan
amal.

Keindahan Islam sejak dahulu zaman tamadunnya hingga kini terlihat daripada
pekerti dan amal manusia. Ini yang menyebabkan orang lain tertarik dengan Islam bukan
sahaja kerana kebenaran yang terdapat dalam al-Quran dan agama ini, tetapi keindahan
peribadi pemeluknya memiliki daya tarik yang tinggi.Cabaran yang mendatangi zaman ini
memerlukan remaja untuk sentiasa mencari jalan mempertingkatkan ilmu dan pemantapan
iman di samping keupayaan diri untuk memenuhi keperluan semasa dan masa
hadapan.Pelbagai pergolakan serta perubahan yang berlaku dalam masyarakat ada kalanya
menguji tahap ketahanan diri. Tanpa asas serta pemahaman yang betul terhadap akidah
tauhid, remaja boleh terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat
agama.

Justeru, para remaja harus bertitik tolak dengan pemahaman akidah yang mantap
atas dokongan ilmu yang benar dan akhirnya bakal mampu menjadi agen perubahan
terhadap kebaikan dan kesejahteraan umat manusia.Menjadi pengagum kepada kemajuan
Barat adalah tidak salah sekiranya remaja sendiri berusaha untuk menghasilkan sesuatu
yang bermanfaat untuk umat Islam dan manusia.

Di Barat sendiri, krisis agama menjadi suatu yang meruncing. Fahaman liberal,
pluralis serta fahaman tidak beragama juga menjadi pegangan hidup masyarakat
Barat.Hampir 700 tahun Barat membina tamadun kebendaan, ia memikat umat Islam dan
setengahnya menjadi penciplak setia tanpa melihat keperluan manfaat berbanding.Ada di
kalangan umat membeku dalam lingkungan tradisi dan hilang keupayaan untuk melakukan
perubahan yang mampu merintis perubahan dalam kerangka Islam.Malah, wujud secara
rakus melulu dalam menciplak Barat sehingga faktor jati diri tidak menjadi pertimbangan
lagi.Inilah krisis mendepani umat yang memerlukan kepemimpinan berkualiti, responsif dan
kreatif pada segenap lapangan.

Remaja sewajarnya reflektif terhadap puncak kepemimpinan Islam tatkala Tamadun


Andalusia berkembang di Sepanyol, di mana orang Kristian dan Yahudi berasa terlindung di
bawah kepemimpinan Islam yang berasaskan kepada akidah tauhid.
Islam tidak hanya dilihat sebagai suatu agama, tetapi digarap hasilnya sebagai sumber
tamadun. Islam mendukung risalah alamiah yang tidak saja menjadikan Islam dan umatnya
sejahtera, tetapi pada masa sama memberi erti mengenai kemanusiaan itu sendiri.

Pemikiran dan tradisi keilmuan umat Islam menyumbang kepada kebangkitan Barat
dan Eropah.Justeru, para remaja dalam berfikir tidak harus berfikir secara ringan dan mudah
terhadap Islam. Sebaliknya, pemikiran Islam harus ditunjangi dengan kefahaman ilmu Islami
dan tamadunnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz57Syqac
fR
© Utusan Melayu (M) Bhd
1. Pandangan pada isu akidah dan masalah akhlak dalam masyarakat.

Isu akidah merupakah isu yang sangat penting dalam masyarakat.Isu yang tidak
sesekali boleh diambil mudah kerana kesannya begitu besar kepada pegangan aqidah
anggota masyarakat.Setiap ahli masyarakat terlibat sama ada kanak-kanak,remaja,orang
dewasa atau pun siapa sahaja dan pastinya isu ini sangat merbahaya.Lihat saja golongan
remaja dan belia sekarang.

Golongan ini dari peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti turut terlibat
dalam gejala sosial yang serius. Masalah ini seringkali dikupas di dada-dada akhbar
mahupun di kaca televisyen tetapi kupasannya tidak mendalam. Jika ditelusuri, pokok
permasalahan ini bukan hanya melibatkan institusi-institusi kekeluargaan, pendidikan,
kerajaan atau undang-undang tetapi persoalan aqidah dalam diri individu terbabit yang perlu
dipersoalkan. Masakan pegangan aqidah yang mantap mampu diterobos oleh gangguan-
gangguan luar yang bersifat duniawi dan semestinya melalaikan.

Budaya hedonisma (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan


keseronokan atau kesenangan hidup) kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja dan
belia. Pemikiran dan tindakan mereka akan dipengaruhi dan hasilnya, lahirlah golongan
yang hidup seakan bertuhankan dunia dan nafsu.Negara kita juga pernah dikejutkan dengan
pendedahan oleh media masa tentang segelintir peminat fanatik musik Black Metal ini yang
terlalu taksub apabila mereka melakukan perbuatan seperti memijak Al Quran. Jelas sekali
perbuatan mereka ini menghina agama dan memesongkan aqidah. Kumpulan kecil Black
Metal yang ekstrim ini bukan hanya menghina agama Islam, malah mereka ini menghina
semua agama samawi, dimana ada yang memakai salib dengan diterbalikkan, dan mereka
memuja syaitan.Ini merupakan satu gejala yang sudah jelas bertentangan dengan aqidah
dan sekaligus boleh membatalkan iman.

Oleh itu perkara sebegini harus ditangani dari terus menular dalam
masyarakat.Semua pihak mesti mengambil bahagian dalam mengatasi permasalahan
keruntuhan aqidah umat Islam ini dari sekecil-kecil peranan yang boleh dilakukan secara
individu sehinggalah usaha yang dilakukan secara keseluruhan. Ingin juga ditekankan
bahawa bukan golongan remaja dan belia sahaja yang terlibat kerana usaha yang besar
bermula dari langkah awal dan pastinya bermula dengan jiwa yang besar dalam ruang
lingkup kehidupan yang berbeza, sebagai seorang anak, mahasiswa, golongan bekerjaya,
ilmuan, ibu, bapa dan sebagainya. Aqidah atau iman di dalam diri sentiasa perlu dibajai,
dijaga dan dipagar agar diri tidak terjerumus ke lembah-lembah kehinaan mahupun dikuasai
oleh anasir-anasir luar yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan umat Islam.
2. Guru Muslim dalam menangani masalah tersebut.

Generasi muda merupakan generasi yang mencorakkan warna kehidupan sesebuah


masyarakat sama ada terdiri daripada golongan yang beragama, berakhlak ataupun
golongan yang berilmu. Ini adalah kerana tiap-tiap system ataupun organisasi kehidupan
manusia walau apa pun coraknya tidak akan menjadi sempurna dan lengkap sekiranya tidak
wujud pendidik atau pendakwah serta penyeru di kalangan mereka.

Oleh itu peranan guru Muslim sebagai pendidik dan pendakwah amat sesuai sekali
sekiranya dipraktik pada peringkat awal lagi. Pada hakikatnya seorang pendidik seharusnya
membimbing dalam hal amal ibadat seperti melakukan sembahyang, mengeluarkan zakat,
menunaikan haji dan sebagainya yang telah menjadi kewajipan umat Islam
mengerjakannya.Dalam erti kata yang lain,peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah
ialah menyeru atau mendorong generasi muda (murid-murid) dan juga masyarakat setempat
untuk melakukuan ibadat atau perkar yang disuruh oleh Allah.

Pelajaran tentang perkembangan asas beribadat serta yang ada kaitan dengan
keagamaan Islam perlu didedahkan dan diserapkan di kalangan murid-murid dan juga
masyarakat sekeliling. Tugas utama seorang guru sebagai pendakwah yang perlu
membangkitkan atau mewujudkan rasa keinsafan atau kesedaran tentang kepentingan ilmu
pengetahuan mahupun pendidikan sama ada untuk kesenangan duniawi atau hari akhirat
kelak. Kesedaran ini amat penting untuk meninggikan lagi taraf sosial, ekonomi dan lebih-
lebih lagi pengetahuan mengenai ilmu-ilmu yang ada di muka bumi ini supaya umat Islam
disegani dan dihormati oleh uamt lain. Pendek kata seseorang guru itu mestilah
mempertingkatkan segala potensi sama ada dari segi akal, fizikal dan rohani atau
jasmaninya.
3. Peranan guru muslim sebagai Muallim,Mudarris,Muaddib,Murabbi dan Mursyid.

Dalam usaha membentuk individu, walaupun tugas ini ialah tugas selurah anggota
masyarakat, tetapi yang lebih berperanan dan lebih bertanggungjawab ialah para pendidik.
Ini disebabkan para pendidik terlibat secara langsung daalm pembinaan dan pembekalan
nilai-nilai luhur terhadap generasi sekarang dan akan datang.

Guru merupakan pendidik yang memikul tugas mulia dan sentiasa diyakini sebagai
orang yang memiliki ketinggian ilmu, baik akhlak dan tingkah laku, mempunyai jiwa yang
suci bersih, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang.

Secara umumnya para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa ciri pendidik
unggul. Adalah menjadi kewajipan kepada semua pendidik untuk berusaha memenuhi
kesemua ciri ini dan seterusnya mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuwataala pada
setiap perkara yang dilakukan. Ciri-ciri ini dapat disimpulkan seperti berikut:-

Pertama, guru sebagai ,Mudaris iaitu bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang


ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan
juga sosial. Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah
sebahagian daripada amal soleh. Manakala enggan menyampaikannya adalah merupakan
satu kesalahan.

Keduanya guru sebagai mualim iaitu yang bertanggungjawab mengajar atau


menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping
berusaha menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai rasa belas kasihan kepada
pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah
Subhanahuwataala dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan
daripada pelajar.

Ketiga,guru sebagai Murabbi.Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan


mentadbir. Pendidik sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam
pembentukan syahsiyah mereka. Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya
yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.

Keempat,guru sebagai Muaddib iaitu bermaksud mendidik ke arah memperelokkan


lagi akhlak pelajar. Pendidik yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan
melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap
peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka
dalam akhlak dan adab yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan
ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Pendidik mendidik pelajar melalui akhlak
yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja.
Kelima,guru yang mursyid bermaksud sebagai penuntun jalan hidup yang benar dan
betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah
Subhanahuwataala dan khalifahNya dimuka bumi. Mursyid menunjukkan kepada jalan yang
benar dari sudut ilmu kesufian dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Pendidik
mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau
fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan. Syarat untuk
menajdi pendidik yang mursyid ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin
ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di
dalam hati pelajar.

Kesemua ciri-ciri seorang pendidik unggul seperti di atas perlulah diamalkan secara
berterusan dan dengan penuh iltizam. Pendidik perlu ada sifat mendidik pelajar kerana
Allah, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah
pengajaran dan bersifat kasih sayang. Bukan itu sahaja ciri-ciri ini perlu diamalkan dan
diserlahkan dari semua aspek termasuk kepimpinan, profesionalisme, tingkahlaku,
pembudayaan kualiti dan khidmat masyarakat.
Abdul’al Salim Makram, Aqidah Membina Peribadi Mukmin Sebenar, Pustaka Ilmi 1995,
halaman 3

Drs. Syahrin Nasution, Peranan Ibu Bapa Terhadap Anak, Darul Nu’man 1995

Nor ‘Arifah Sabhan, Sifat 20 Panduan Lengkap Menuju Aqidah Yang Benar, Jasmin
Enterprise, halaman 26.

http://sklima.blogspot.com/2013/02/peranan-guru-sebagai-muallim-murabbi.html

Anda mungkin juga menyukai