Anda di halaman 1dari 25

Topik X

10

Penghubungkaitan,
Integrasi dan
Penilaian dalam
Seni

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menghuraikan pengertian penghubungkaitan dan integrasi;

2.

Menyatakan kelebihan penghubungkaitan dan integrasi dalam


pengajaran dan pembelajaran;

3.

Menjelaskan tujuan penghubungkaitan dan integrasi serta kaitannya


dengan berbagai aspek pengajaran dan pembelajaran;

4.

Menyatakan peranan penghubungkaitan dan integrasi dalam


pengajaran dan pembelajaran; dan

5.

Menyatakan peranan motivasi sebagai alat untuk pengajaran


pembelajaran.

PENGENALAN

Seni merupakan satu cabang yang berharga dan merupakan salah satu cara
untuk berkomunikasi yang amat tinggi nilainya. Penghubungkaitan dan
integrasi dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program
antara disiplin yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain.
Ia berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu
melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial
agar dapat membentuk insan yang akan terus dihormati. Ia juga menggalakkan
sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

W 205

diberi oleh guru serta bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti
dan kemahiran. Ia juga dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dari segala sudut akademik mahupun kokurikulum.
Seni juga secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah,
sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial
dengan meletakkan keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan yang
sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan
yang pelbagai bentuk walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan
taraf sosioekonomi yang berbeza dan yang mempunyai sebarang kekurangan.
Untuk itu, seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.

10.1 PENGHUBUNGKAITAN
Setiap insan tidak boleh hidup bersendirian. Tanpa adanya rakan, dia akan
sentiasa mencuba untuk berinteraksi atau mencari idea-idea baru untuk
menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Kebiasaannya, masalah itu
akan diselesaikan dengan pelbagai cara. Antara lain, dia akan cuba mengenal
pasti masalah, langkah-langkah membaik pulih atau penambahbaikan masalah
yang dihadapi dan seterusnya akan membuat kesimpulan sama ada masalah itu
telah diselesaikan atau tidak.

10.1.1 Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda


Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti sepasang tangan
dengan jejarinya yang dianggap sebagai pelajar, manakala, ibu jari sebagai
gurunya. Semua jejari pelajar ini boleh bergerak dan berfungsi dengan bebas
tanpa had mahupun sekatan untuk meneroka seberapa banyak mungkin ideaidea yang baru yang boleh didapati dari persekitarannya; sementara ibu jari
berperanan sebagai penyokong, pembimbing dan pembantu. Walaupun
seseorang itu tidak mempunyai ibu jari, tetapi dia masih lagi boleh
menggerakkan tangannya, akan tetapi, dia akan menghadapi masalah untuk
menggenggam sesuatu benda dengan erat. Pada masa inilah, ibu jari (guru) ke
hadapan untuk membantu jari jemari menggenggam sesuatu objek atau dari satu
sudut pandangan, guru membantu pelajar memahami sesuatu idea atau konsep.
Jari jemari ini akan tetap bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi.
Untuk itu, prinsip perpaduan adalah penting. Ini adalah disebabkan
penghubungkaitan merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia
sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa menimbulkan masalah.

206 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

10.1.2 Kelebihan Penghubungkaitan


Apabila keperluan asas manusia untuk kesepaduan, kepunyaan dan
kepercayaan dilengkapi, barulah kita dapat memulakan pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai guru, kita perlulah membantu sekolah untuk
mewujudkan pengalaman-pengalaman umum yang akan melahirkan perasaan
penghubungkaitan.
Keberkesanan
pelaksanaan
pengajaran
dan
pembelajaran
secara
penghubungkaitan bergantung pada tujuh kriteria asas yang boleh dihuraikan
seperti berikut:
(a)

Mempunyai semangat saling bergantung


Untuk itu, setiap pelajar perlulah mempercayai antara satu sama lain di
mana mereka perlu mempunyai semangat saling bergantung ke arah
mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri, malahan
bagi semua anggota dalam kumpulannya.

(b)

Kemahiran sosial yang penting untuk berkomunikasi


Pelajar perlu mempunyai kemahiran sosialisasi yang baik dengan tidak
mengira agama, bangsa, jantina dan budaya. Pelajar juga perlu berkongsi
kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan antara satu sama lain dan
menguruskan konflik.

(c)

Kesedaran akauntabiliti individu


Setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap
prestasi semua anggotanya.

(d)

Kelancaran aktiviti
Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan
kelancaran aktiviti.

(e)

Penggabungan perkara-perkara kecil


Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat
digabungkan dalam proses pembelajaran.

(f)

Suasana yang dinamik dan interaktif


Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu
proses pembelajaran pelajar.

(g)

Penyerapan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti


Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat
wujud sebagai satu mata pelajaran.

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

W 207

10.1.3 Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai Aspek


Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti
berikut:
(a)

Penghubungkaitan merupakan satu jaringan yang saling berkait antara


satu sama lain
Untuk meningkatkan tahap kefahaman dalam sesuatu mata pelajaran, satu
jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi
penghubungkaitan kemahiran-kemahiran dalam setiap mata pelajaran.
Contohnya seperti pada Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Penghubungkaitan antara mata pelajaran

(b)

Memudahkan pelajar untuk mengingat


Dengan menggunakan konsep penghubungkaitkan ini, pelajar akan
mengingat sesuatu mata pelajaran itu dengan lebih mudah. Untuk itu,
konsep yang terdapat dalam kemahiran berfikir boleh diaplikasikan seperti
penggunaan pengurusan grafik (Rajah 10.2).

Rajah 10.2: Contoh pengurusan grafik untuk memudahkan pelajar mengingat

208 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

(c)

Melatih minda pelajar supaya sentiasa kreatif dan aktif


Dengan adanya penghubungkaitan, minda pelajar akan digerakkan secara
aktif dan pelajar akan bertindak lebih kreatif.

(d)

Pembelajaran Berkesan
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila
pendekatan penghubungkaitan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek
berikut:
(i)

Pengajaran lebih terancang dan disusun rapi dengan penetapan


objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas serta
penggunaan bahan-bahan pembelajaran yang relevan;

(ii)

Kepelbagaian kaedah digunakan kerana pelajarnya terdiri daripada


pelbagai individu yang berbeza dari segi tahap mental, fizikal, emosi
dan sebagainya;

(iii) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar


adalah fokus utamanya;
(iv) Aktiviti serta isi pelajaran adalah bersifat kontekstual iaitu ada
hubung kait dengan kehidupan harian; and
(v)

Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara


merentasi kurikulum.

SEMAK KENDIRI 10.1


1.

Apakah penghubungkaitan?

2.

Nyatakan faedah penghubungkaitan dengan pelbagai mata


pelajaran.

3.

Jelaskan
peranan
guru
untuk
penghubungkaitan antara mata pelajaran.

4.

Apakah tujuan penghubungkaitan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran?

mempertingkatkan

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

W 209

10.2 PENGHUBUNGKAITAN SENI VISUAL,


MUZIK DAN PERGERAKAN DENGAN
MATA PELAJARAN LAIN
Penghubungkaitan antara mata pelajaran lain dengan mata pelajaran seni visual,
muzik dan pergerakan dapat dihuraikan seperti berikut di dalam Rajah 10.3.

Rajah 10.3: Penghubungkaitan antara seni visual, muzik dan pergerakan

Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa muzik, seni visual dan
pergerakan dapat dihubungkaitkan dengan mata pelajaran lain, iaitu dengan
berdasarkan kepada pelbagai disiplin ilmu yang terdapat di dalamnya.

10.2.1 Menghubung Kait Pengetahuan dalam


Berbagai Mata Pelajaran
Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan berbentuk
satu lingkaran atau bulatan dan setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk
mencapai satu matlamat seperti yang dapat dilihat di dalam Rajah 10.4.

210 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

Rajah 10.4: Menghubung kait pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran

10.2.2 Menghubung Kait Kemahiran dalam Berbagai


Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan, kemahiran dalam berbagai mata pelajaran
akan dapat menghubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan
kehidupan yang sebenar.

10.2.3 Hasil Pembelajaran


Hasil pembelajaran boleh diertikan sebagai matlamat pembelajaran atau objektif
yang perlu diperolehi secara eksplisit dan implisit. Hasil pembelajaran akibat
daripada penghubungkaitan itu membuatkan sesuatu pembelajaran itu menjadi
lebih berkesan. Lihat contoh sedutan ringkasan mengajar pendidikan seni visual
di dalam Jadual 10.1 berikut.

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

W 211

Jadual 10.1: Contoh Sedutan Ringkasan Mengajar Pendidikan Seni Visual


Tahun

4 Jingga

Bilangan pelajar

28 orang

Umur

10 tahun

Tarikh/ Hari

15/05/2006 (Isnin)

Masa

11.00  12.00 tgh

Pelajaran

Seni Visual

Perkara

Membentuk dan membuat binaan

Tajuk

Binaan  berbagai-bagai bentuk dan penggunaan ruang

Penggabungjalinan
kemahiran

1.

Membuat bentuk-bentuk daripada kertas

2.

Menyusun bentuk-bentuk

3.

Menggunting

Pengetahuan sedia ada

Pelajar
pernah melihat susunan bentuk-bentuk tiga
dimensi sama ada melalui pameran atau televisyen

Objektif eksplisit

Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat:

Objektif Implisit

1.

Menggunting dan melipat kertas untuk membuat


bentuk- bentuk tiga dimensi;

2.

Menyusun bentuk-bentuk untuk mencipta satu


binaan dengan kemas dan menarik; dan

3.

Menimbulkan sikap kerjasama untuk menghasilkan


ciptaan antara rakan sedarjah.

Menikmati hasil karya sebagai hiasan daripada bentukbentuk tiga dimensi.

AKTIVITI 10.1
Nyatakan peranan guru dalam melaksanakan satu pengajaran yang
berkesan. Bandingkan jawapan anda dengan rakan sekelas anda.

10.3 PELBAGAI PENGERTIAN INTEGRASI


Pendidikan integrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negara
khususnya di Amerika Syarikat yang telah dimulai pada tahun 1900an. Pada
ketika itu, penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikan
dengan mata pelajaran lain. Ini adalah kerana sains telah dianggap sebagai asas
dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudiannya, terdapat juga perkaraperkara dan mata pelajaran lain yang diintegrasikan ke dalam kurikulum di

212 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

sekolah-sekolah. Kesimpulannya, konsep integrasi dalam kurikulum telah


diamalkan secara meluas di kebanyakan sekolah di negara-negara maju.
Kebanyakan pendidik menggunakan konsep dan makna pengintegrasian dari
pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Integrasi dari
sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total. Ini bermaksud
bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar
yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
sentiasa berkait rapat dan saling bergantung di antara satu sama lain.
Dari sudut sosiologi, integrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama,
ia boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan personaliti
seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar yang lain, dan antara
pelajar dengan guru. Kedua, di dalam perhubungan antara individu dengan
pelbagai agensi masyarakat, perlulah ada rasa keinginan yang terjalin dan akhir
sekali, harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai institusi
masyarakat itu.
Dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang
meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan
bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan
menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

10.3.1 Pelbagai Jenis Integrasi


Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesan
sangat dititikberatkan bagi memastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar.
Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif pendidikan
kebangsaan, beberapa kaedah perlu diguna dalam proses pengajaran, antaranya
ialah, konsep integrasi. Dalam KBSR juga, konsep integrasi lebih dikenali sebagai
kesepaduan. Untuk itu, konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud
bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan
nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh. Ini kerana dalam
KBSR, pendidikan bertujuan untuk membangunkan individu insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu,
beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran KBSR yang mengandungi beberapa aspek seperti berikut:

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

(a)

W 213

Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran
bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui
strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu
pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam
satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta
menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang
menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
Penggabungjalinan yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu:
(i)

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran;

(ii)

Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam


sesuatu mata pelajaran; dan

(iii) Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum.

Rajah 10.5 ialah contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat


dalam mata pelajaran bahasa.

Rajah 10.5: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam


mata pelajaran bahasa

(b)

Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan
atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi
pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih
kepada
unsur
pengetahuan.
Penyerapan
merupakan
proses
mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih
mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata
pelajaran sains, guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi
aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan ini, pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa
mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. Lihat Rajah 10.6

214 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

sebagai contoh penyerapan unsur-unsur sains dan kajian tempatan dalam


Bahasa Melayu.

Rajah 10.6: Penyerapan unsur-unsur sains dan kajian tempatan dalam Bahasa Melayu

Berikut adalah ciri-ciri penyerapan:


(i)

Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada pelbagai


pelajaran;

(ii)

Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadu


dalam satu mata pelajaran;

(iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapan


adalah fleksibel;
(iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsur
utama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utama
tetap diberi penekanan yang lebih; dan
(v)

Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses


penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke
dalam aktiviti penggabungjalinan pelbagai kemahiran seperti
membaca, menulis dan mengira.

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

(c)

(d)

W 215

Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud satu proses menerapkan nilai-nilai
dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang
dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai
kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan
sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan,
iaitu:
(i)

Pendekatan Implisit
Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya,
apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan datang tepat
pada waktu, secara tidak langsung, segala perlakuan guru ini
diperhatikan oleh pelajar dan akan dihayati serta diikuti oleh mereka.
Tindakan guru menyokong dan memberi pujian kepada pelajar secara
tidak langsung menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai
yang positif.

(i)

Pendekatan Eksplisit
Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatu
peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang
sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.
Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk
menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambut hari
guru, hari kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokok dan
sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan
sesuatu nilai. Ini juga dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu,
penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan
cara pelaksanaannya serta penilaiannya adalah jelas.

Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu
khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan
aktiviti yang dirancangkan untuk membantu pelajar mengatasi masalah
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan
aktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk:
(i)

Tumpuan kepada kelemahan pelajar yang telah dikesan;

(ii)

Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan


mengikut keperluan kognitif pelajar;

216 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

(iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahan


bercetak dan bahan elektronik untuk membantu pelajar memahami
dan menguasai hasil pembelajaran; dan
(iv) Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian,
lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan
konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.
(e)

Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian
rendah atau lambat kadar penerimaannya. Oleh itu, pengayaan adalah
untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.
Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan pelajar
dengan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi pelajar yang
mencapai aras masteri 80 peratus dalam praujian. Pencapaian sedemikian
menunjukkan bahawa pelajar telah menguasai unit pembelajaran tertentu
dan kumpulan pelajar ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa
melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut.
Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi pelajar yang mencapai aras masteri
80 peratus dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan
pembelajaran unit pembelajaran tersebut.
Berikut adalah jenis-jenis pengayaan:
(i)

Pengayaan berbentuk pengukuhan


Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan
kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan
bukan sesuatu yang baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun Empat,
Tema: Menyiasat Alam Fizikal, di bawah Hasil Pembelajaran
Memahami Konsep Isi Padu, pelajar mempelajari konsep isi padu dan
mengukur isi padu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan,
pelajar diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isi padu yang
biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukur isi
padu air yang diminum oleh pelajar setiap hari dan mencari isi padu beg
sekolah pelajar untuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktiviti
sedemikian, pelajar dapat mengaplikasikan konsep isi padu dalam
konteks yang lebih relevan, dan seterusnya dapat mengukuhkan
pemahaman tentang konsep isi padu.

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

(ii)

W 217

Pengayaan berbentuk perkembangan


Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, mencabar dan
adalah pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit
pembelajaran dan berkait rapat dengan unit pembelajaran yang
dipelajari. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui
aktiviti ini boleh meliputi bidang yang lebih luas dan lebih
mendalam. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kadar kendiri dan
terarah kendiri.

(iii) Pendekatan Integrasi


Menurut Passe (1999), terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan
integrasi dalam kurikulum iaitu:
x

Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada


Pendekatan ini melihat hubungan antara mata pelajaran dan
seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Contohnya, antara
mata pelajaran seni visual dengan muzik dan pergerakan, mata
pelajaran kemahiran hidup dengan matematik serta antara sains
dengan pendidikan jasmani dan kesihatan. Adaptasi adalah
melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan.
Selain itu, unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsur patriotisme,
unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar boleh
diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini.

Membina kurikulum baru


Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan di mana ia
mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.
Contohnya, disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam mata
pelajaran pendidikan jasmani sehingga menjadi mata pelajaran
pendidikan jasmani dan kesihatan. Gabungan unsur sejarah,
geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata
pelajaran kajian tempatan.

10.3.2 Kelebihan Integrasi


Saranan mengintegrasikan Seni Dalam Pendidikan ke dalam bidang-bidang
kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antara kelebihan itu
adalah seperti berikut:
(a)

Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unitunit kerja


Apabila Seni Dalam Pendidikan diintegrasikan dalam unit-unit kerja, maka
bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Dengan ini, tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan

218 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka
telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu
dalam menyelesaikan masalah. Misalnya, jika sesebuah kelas sedang
mempelajari satu unit pelajaran berhubung dengan tajuk Kehidupan
Masyarakat Iban di Rumah Panjang, guru atau pelajar di dalam bilik
darjah itu akan menubuhkan unit-unit kumpulan kecil dan setiap unit itu
akan mengkaji satu aspek masyarakat orang Iban seperti apa yang
dilakukan oleh orang Iban untuk hidup, permainan dan rekreasi mereka,
upacara dan tarian-tarian adat resam mereka seperti ketika menyambut
Hari Gawai, perkahwinan dan pelbagai aspek lain lagi. Apa sahaja bahan
dan maklumat yang diperoleh oleh setiap kumpulan itu boleh
dipersembahkan  baik dalam bentuk penerangan lisan, pergerakan atau
bentuk aksi. Secara tidak langsung, aktiviti seperti ini akan
memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan.
(b)

Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti Seni Dalam


Pendidikan
Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin
untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak
langsung peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan dapat diwujudkan.

(c)

Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas


Apabila Seni Dalam Pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum
yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun
pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program
aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.

10.3.3 Isu dan Cabaran Integrasi


Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visual
atau muzik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yang
padat, sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi
jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang baru
diperkenalkan, beberapa langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolah untuk
memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual pembelajaran yang sedia
ada dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentu yang dianggap kurang
penting dari segi akedemiknya.
Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani di negara ini
merupakan satu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah
dikurangkan kepada dua dan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiap

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

W 219

waktu telah dikurangkan kepada 40 minit. Jalan penyelesaian terbaik dalam


menangani masalah ini ialah pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlulah
melaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta di mana mata pelajaran
pendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajaran teras yang lain,
ataupun kepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam
kurikulum.

10.3.4 Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan


Kesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh diintegrasikan
kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahan
dengan diadakan pengintegrasian, mata pelajaran ini akan memperkukuhkan dan
memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendak diajar.
Mari kita lihat integrasi dari sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi.
(a)

Aspek Psikologi
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologi
merangkumi personaliti pelajar secara menyeluruh. Ini secara tidak
langsung akan memberi impak kepada minda dan tubuh pelajar. Terdapat
teori metafizik berhubung dengan fungsi-fungsi tubuh dan mental yang
menyokong pernyataan ini. Pada dasarnya, teori-teori ini terjelma dari
kepercayaan tentang wujudnya persemadian antara tubuh dan minda.
Berdasarkan hakikat ini, kesan psikologi mempunyai pengaruh yang ketara
terhadap pelajar.
Pergerakan, pada dasarnya, merujuk kepada pembelajaran melalui aktiviti
pendidikan jasmani. Ramai di kalangan pendidik, malahan ahli-ahli
falsafah kontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubungan mindatubuh ini atau menggunakan istilah lain untuk menjelaskan kepaduan
psikomotor. Namun pelaksanaan prinsip ini masih jauh dari kebenarannya.
Ada juga dalam kes-kes tertentu, guru-guru pendidikan jasmani terlalu
menekankan aspek bukan fizikal sehingga mengabaikan aspek fizikal
seperti yang diperlukan. Kedua-dua keadaan yang melampau ini boleh
memberi kesan sampingan kepada pelajar terhadap pertumbuhan dan
perkembangan menyeluruh pelajar sehingga boleh menjejaskan
personalitinya.

(b)

Aspek Sosiologi
Dari segi sosiologi, terdapat tiga kategori integrasi, iaitu:
(i)

Integrasi antara personaliti;

(ii)

Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat; dan

220 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

(iii) Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.


Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yang
memberi tumpuan kepada hubungan antara personaliti dengan personaliti.
Dalam hubungan ini, Seni Dalam Pendidikan mempunyai peranan sebagai
agen integrasi.
Manusia, pada dasarnya, adalah makhluk sosial. Menerusi SDP, faktor ini
dapat dieksploitasikan dengan sebaik mungkin kerana kebanyakan aktiviti
seni dalam pendidikan atas sifat semula jadinya tidak dapat mengelak
daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti
berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara
bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama.
Oleh yang demikian, aktiviti SDP dengan sifatnya yang berkelompok,
mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. Dalam hubungan ini,
aksi-aksi yang terdapat dalam SDP yang merangkumi aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolak interaksi sosial yang
terjalin menerusi perhubungan deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini
mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang
membawa kepada konsep perpaduan.
Program yang terdapat dalam SDP bukan sahaja menyumbang kepada
pertumbuhan dan perkembangan pelajar, tetapi juga berupaya memenuhi
keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semua pelajar berpeluang
menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan
mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima
sebagai anggota kelompok.
Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untuk
ketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuah
kelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasih
sayang. Dalam kegiatan SDP, keperluan untuk belaian sekurangkurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi kepada
pelajar sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar yang
mesra mewujudkan suasana yang harmonis; ini akan menyebabkan pelajar
merasakan bahawa guru dan rakan-rakan mereka prihatin terhadap diri
dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasana yang sedemikian rupa
akan mencetuskan perhubungan mesra yang boleh diwujudkan menerusi
program yang terdapat dalam SDP.

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

(c)

W 221

Aspek Pedagogi
Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu:
(i)

Berkait dengan prosedur mengajar


Cara ini menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unit
kerja dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantu mengembangkan
konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unit itu.

(ii)

Melibatkan perhubungan antara dua atau lebih bidang pelajaran


Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi atau
kandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untuk
mempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang
bersangkutan. Dalam kebanyakan program di sekolah rendah, keduadua pendekatan ini dianggap sangat praktikal dan bermakna.
Dalam banyak hal pelajaran, SDP belum diiktiraf sebagai satu subjek
yang sah dalam kurikulum kerana penekanan terhadapnya berbeza
berbanding dengan penekanan yang diberikan kepada bidang-bidang
akademik yang lain.

SEMAK KENDIRI 10.2


1.

Apakah itu integrasi?

2.

Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperolehi berdasarkan


penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

AKTIVITI 10.2
Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran
SDP dengan menggunakan idea grafik integrasi antara SDP dengan
satu mata pelajaran di sekolah.

222 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

10.4 INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DAN


PERGERAKAN DENGAN MATA
PELAJARAN LAIN
Mari kita lihat contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata
pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dalam Rajah 10.7 dan 10.8:

Rajah 10.7: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran
seni visual, muzik dan pergerakan

Rajah 10.8: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran antara mata pelajaran misalnya


Matematik dan Bahasa Melayu

10.4.1 Matematik
Dalam pelajaran Matematik, konsep integrasi yang ditekankan adalah
berdasarkan cara penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitu
dengan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang akan diperolehi oleh
pelajar. Jika menggunakan proses penyerapan, ia dapat dirumuskan seperti di
dalam Rajah 10.9 dengan berdasarkan kepada SDP.

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

W 223

Rajah 10.9: Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik

10.4.2 Sains
Dalam mata pelajaran Sains, terdapat banyak aktiviti berkaitan seni visual seperti
melukis. Dengan ini, secara tidak langsung pelajar akan melukis gambar-gambar
yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dan diintegrasikan dengan seni visual.
Integrasi mata pelajaran ini juga dapat membolehkan dan meningkatkan lagi
pemahaman dan pengekalan ingatan mata pelajaran tersebut di dalam ingatan
minda pelajar dengan melukis peta minda. Di samping itu, muzik boleh
diintegrasikan dengan mata pelajaran Sains apabila guru dapat membantu
pelajar mengingati mata pelajaran tersebut dengan menyanyikan lagu
berdasarkan tajuk mata pelajaran dengan menggunakan melodi lagu-lagu masa
kini. Contohnya, lagu Deria.
Lirik lagu Deria (Ciptaan Zulkiply Yaakob)
Saya lihat dengan mata,
macam-macam warna
Biru, kuning, merah, unggu,
Indah mata ku.
Saya dengar dengan telinga,
Macam-macam benda,
Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bam
Riuh bunyinya.
Saya rasa dengan lidah,
Macam-macam rasa,

224 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

Pahit, masin, manis, kelat


Enak rasanya.
Saya sentuh dengan jari,
Macam-macam benda,
Kasar, kesat, lembut, nipis

Itu rasanya.

10.4.3 Kajian Sosial


Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran
muzik ke dalam mata pelajaran kajian sosial. Banyak lagu patriotik yang boleh
dinyanyikan untuk penghayatan semangat patriotisme di kalangan pelajar seperti
Jalur Gemilang, lagu Rukun Negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri dan
sebagainya. Lagu-lagu bertemakan motivasi diri, semangat kekeluargaan,
keamanan dan kemakmuran juga boleh disesuaikan dengan tajuk-tajuk
pengajaran guru dalam mata pelajaran kajian sosial.
Kemahiran daripada pendidikan seni visual juga boleh diintegrasikan dalam
mata pelajaran kajian sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster Hari
Kebangsaan atau Merdeka dan sebagainya.

10.4.4 Penilaian Pendekatan Integrasi


Penilaian ialah proses menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasi
tentang penguasaan, kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:
(a)

Penilaian Formatif
Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang berjalan. Ini kerana perkembangan pembelajaran
pelajar perlu dikesan dari semasa ke semasa pada kadar yang segera dalam
masa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga setiap kali
selepas pembelajaran. Hasilan penilaian ini akan diguna untuk
memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dialami oleh pelajar.
Berdasarkan maklumat ini, guru dapat memikirkan pelaksanaan strategi
pengajaran yang lebih baik dan berkesan di dalam bilik darjah sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

W 225

Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkaraperkara berikut, iaitu:


(i)

Aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru;

(ii)

Soal jawab secara lisan;

(iii) Perbincangan;
(iv) Pelaksanaan aktiviti; dan
(v)
(b)

Pentaksiran hasil kerja.

Penilaian Sumatif
Setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satu
semester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun, penilaian akan
dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang
lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktu
tertentu yang lebih panjang.
Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaian
pelajar secara keseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001), penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian
seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penilaian ini juga seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan bagi tujuan pengaliran,
penganugerahan dan sebagainya. Penilaian dilaksanakan secara rasmi di
peringkat sekolah dan kadangkala setara bagi seluruh daerah. Untuk SDP,
penilaian dijalankan dalam pelbagai bentuk iaitu mengikut kesesuaian
mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan.
(i)

Penilaian dalam Perkembangan Proses Pembelajaran


Rajah 10.10 merumuskan penilaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

226 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

Rajah 10.10: Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(ii)

Penilaian Serta-Merta
Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitu
melalui pemerhatian, tindak balas serta kerja harian pelajar. Guru
dapat menilai sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang
disampaikan atau tidak. Jika pelajar tidak dapat mencapai objektif
guru, maka guru perlu memikirkan akan perancangan lain yang lebih
berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat disampaikan.
Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan di
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Penilaian Kemajuan


Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satusatu unit pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaian
ini juga bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadap
kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. Proses penilaian
dilakukan secara formal iaitu secara terancang, bertulis dan
didokumentasikan mengikut format tertentu, atau secara tak formal
iaitu tiada kaedah khusus. Namun, maklum balas pencapaian akan
dicatat untuk dibuat penganalisisan untuk tujuan penyimpanan
rekod.

TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

W 227

(iv) Penilaian Pencapaian


Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajaran
disampaikan oleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada gred
untuk dicatatkan dalam rekod profil. Penilaian pencapaian biasanya
dijalankan pada setiap hujung semester.
(v)

Penilaian Kerja Amali


Penilaian kerja amali dilakukan ke atas kerja-kerja amali pelajar
seperti dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Ciri-cirinya ialah:
x

Secara formatif dan berterusan;

Dikendalikan oleh guru sekolah;

Dapat mengesan perkembangan pembelajaran;

Berasaskan kriteria;

Memberi fokus kepada perkembangan individu;

Menggalakkan refleksi kendiri;

Membolehkan tindakan susulan dibuat; dan

Mempunyai pelbagai kaedah.

Topik ini menegaskan kepentingan penghubungkaitan pada setiap mata


pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta membantu
memahami pengertian, tujuan dan peranan penghubungkaitan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Diharapkan dengan menggunakan penghubungkaitan ini, sahsiah, emosi


dan aspek jasmani dan fizikal seseorang pelajar dapat dibina dan
dibentuk supaya menjadi masyarakat yang berpekerti mulia.

Bestari

Pengukuhan

Meta kognisi

Refleksi

Motivasi

228 X TOPIK 10 PENGHUBUNGKAITAN, INTEGRASI DAN PENILAIAN DALAM SENI

Amabile, T. M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed.),


Frontiers of creativity research (223-254). NY: Bearly Ltd.
Ayob, S. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise
Sdn Bhd
Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open
University Press.
Choksy, L. (1991). Teaching music effectively In the elementary school. New
Jersey: Prentice-Hall Inc.
Choksy, L., Abramson, R. M., Gillespie A. E. & Woods, D. (1986). Teaching music
in the 20th Century. New Jersey: Prentice-Hall.
Gallahue, D. A. (1982). Developmental movement experiences for young
children. New York: Wiley.
Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd ed.). Illinois: Pearson Skylight
Publication.
Pautz, M. P. (1988). Creating the need for music inservices. Design for arts in
education, 89 (3), 28-30.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Swanwick, K. & Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A
study of childrens composition. British Journal of Music Education, 3, 305339.

Anda mungkin juga menyukai