Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK HERMANUS ASSAN, SEBAUH Kod Sekolah: YBB9107

1. Nama Guru Mohd Firdaus Bin Salasa

Pengurusan Keselamatan
3. Bidang: Pengetahuan dan
2. Judul Kebakaran Di Pejabat-Pejabat
Profesional
Kerajaan dan Swasta

4. Tarikh Pembentangan 1 April 2021 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan SK Hermanus Assan, Sebauh

7. Sinopsis

Pengarang : Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran


Penerbit : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Jumlah muka surat : 36 Halaman
Tahun terbit:  2006 (edisi pindaan)

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai,
kakitangan dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya
lebih mudah difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan
ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca
penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang
disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran,
kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak
boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan
atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan
(sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap
tebal boleh membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak dalam
beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga
kebakaran, iaitu  dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api.
Bahagian akhir buku menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan
bangunan, dan peruntukan undang-undang yang berkenaan.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains
kebakaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

( MOHD FIRDAUS BIN SALASA ) ( )

Anda mungkin juga menyukai