Anda di halaman 1dari 1

Aku sepasang kasut sekolah. Aku bernama Pallas.

Aku
dihasilkan di sebuah kilang di Johor Bahru, Johor. Aku
berwarna hitam. Aku diperbuat daripada kain kanvas.
Setelah siap dibuat,aku dimasukkan ke dalam kotak.
Aku dihantar ke kedai kasut di Taman Perling. Aku
dipamerkan di atas rak. Di sana, aku dapat berkenalan
dengan kawan-kawan berjenama lain seperti Nike, Asadi,
Puma dan lain-lain.
Pada suatu hari, seorang wanita dan anaknya berkunjung
ke kedai. Beliau ingin membeli kasut. Beliau membelek-belek
aku dan kawan-kawanku. Akhirnya, beliau mengambil
keputusan membeliku untuk anaknya.
Anak wanita itu memakai aku ke sekolah. Aku sangat
tahan lasak. Badanku ada span yang lembut untuk melindungi
kaki. Tuanku juga memakaiku untuk bermain bola.
Aku dijaga rapi oleh tuanku bagai menatang minyak yang
penuh. Pada hujung minggu, tuanku akan mencuci aku dengan
bersih. Jika aku basah, tuanku menjemur badanku di bawah
cahaya matahari.
Aku berasa gembira kerana mempunyai tuan yang baik.
Aku berjanji akan berkhidmat hingga akhir hayatku.

Anda mungkin juga menyukai