Anda di halaman 1dari 12

29 JULAI 1993…

Pada malam hari, aku dilahirkan.Teriakan tangisanku bergema di


seluruh wad bersalin Hospital Butterworth, Pulau Pinang. Aku
dibawa pergi oleh jururawat.Bye mak..huhu. Rupanya, jururawat
itu membersihkan badanku dan membalut badanku dengan sehelai
selimut kecil. Kelahirkanku memberikan seribu kegembiraan
kepada mak,abah dan kakakku. Kedengaran di cuping telingaku
seruan azan daripada abah yang mendukungku yang pada itu
seberat 4 kg lebih.

TAHUN 1994…

Sudah setahun rupanya hidupku. Patutlah aku sudah pandai


merangkak..hehe..Benda yang paling aku suka waktu ni ialah susu
ibu la..hehe. Di mana aku?? Oo..aku tinggal di sebuah rumah di
Permatang Pak Elong, Kepala Batas, Pulau Pinang. Umur setahun
masa untuk menangis dan ketawa, sebab aku tak tau apa-apa lagi.
Nak bercakap pun tak reti lagi. Tak dapat apa yang aku nak,
menangis la dari pagi sampai malam. Dapat apa yang aku nak,
tersengih sepanjang hari. 

TAHUN 1995...
Umurku sudah mencecah 2 tahun..hehe. Waktu ni aku dan keluarga
pindah ke Kuartes TUDM Butterworth. Mak aku kata, pindah sini
untuk mudahkan abah pergi kerja. Sewaktu aku dalam kandungan,
keluarga aku(mak, abah dan ayong), tinggal di Kuartes TUDM
Kinrara, Selangor. Selepas beberapa bulan, mak dan abah beli
sebuah rumah di Taman Rhu, dan kami pun berpindah ke rumah
baru. Bestnya!! Mak buat kenduri kesyukuran. Ramai jiran-jiran
datang bertandang. Happening gila suasana. Semua orang yang
datang, mesti main-main pipi aku. Aku tau la aku ni comel (hehe)
tambah pula badan montel, tapi sakit ooo. Tolong!!!  Abah pergi
Singapura dan bawa balik banyak ole-ole untuk kami..Best!!!

TAHUN 1996…

Pertama kali jejakkan kaki ke Lapangan Terbang Labuan. Wah,


bestnya kat tempat baru!! Abah tolak troli bagasi, mak pulak
pimpin aku dengan Ayong, takut hilang kot..hehe.Tahun ni, sekali
lagi kau berpindah. Tapi kali ni pindah tempat jauh pulak, kat
Pulau Labuan sebab abah ditukarkan ke TUDM Labuan. Biasa la
tentera…hehe.Aku dan famili tinggal kat kuartes. Kami tinggal di
sebuah rumah flet (Blok GK, Tingkat 4A). Blok ni, satu tingkat ada
4 buah rumah. Pastu, ada ruang kat tengah untuk aku dan kawan-
kawan main..budak-budak la katakan. Pada 21 November, adikku
lahir di Hospital Besar Labuan. Gembira rasanya sebab dapat adik
baru. Aku dengan Ayong panggil adik baru “ikan lumba-lumba”
sebab rambut dia macam ikan lumba-lumba..hehe. Nama adik baru
kami, Adibah Husna.

TAHUN 1997…
Dah 4 tahun umurku. Hari-hari, aku main, makan, tidur, tengok tv
dan banyak lagi la aktiviti kanak-kanak ni..Aku dapat ramai
kawan. Hareez, Hazeeq, Ain, Aina, Shasha ialah antara nama yang
aku ingat. Tapi, sebenarnya ramai lagi, jiran sebelah rumah dan
depan aku, Cuma tak ingat la. Tahun ni abah selalu tak de sebab
selalu pergi kursus. Ada la beberapa bulan abah tinggal kami sebab
kena kerja kat Korat, Thailand. Pernah sekali, mak dengan abah tak
de. Abah pergi kursus kat KL kot, mak plak pergi Brunei rasanya.
Mak pergi dengan persatuan dia, BAKAT. So, mak dengan abah
hantar aku dengan Ayong kat rumah Hazeeq dan Hareez (adik-
beradik). Aku tak la sedih sangat masa ni, sebab seronok sangat
main dengan kawan-kawan aku. Cik Lijah(mak Hazeeq dan
Hareez) pun layan kami macam anak dia sendiri sebab dia takde
anak perempuan.

TAHUN 1998…

Mak dengan abah hantar belajar kat Tadika Kemas Garison


Labuan. Dekat je, belakang blok yang kami tinggal. Best oo masuk
tadika!! Boleh main macam-macam game sebab banyak barang
mainan kat tadika. Hari pertama, aku tak bagi mak aku hantar
sebab aku takut kawan-kawan ejek aku anak manja. Lagipun, jarak
rumah dengan tadika dekat sangat. Mak kata mak kena ikut untuk
bayar yuran dan sebagainya. Hari seterusnya, aku pergi sekolah
sendiri, seperti apa yang aku mahu. Mak dan abah puji sebab kecil-
kecil lagi dah pandai berdikari..hehe. Waku tadika umur 5 tahun ni,
aku dah mula tunjukkan prestasi yang membanggakan dalam
pelajaran. Setiap peperiksaan, aku mesti dapat nombor 1.
Penghujung tahun, aku dinobatkan sebagai “Pelajar Terbaik”.
Terima kasih kepada Cikgu Suzie yang ajar aku. Aku dah ada
banyak koleksi plak dan trofi yang aku dapat atas kejayaan aku.
Bangganya!!!
TAHUN 1999…

Tahun kedua di Tadika Kemas Garison Labuan. Umurku 6 tahun


sekarang. Hari-hari bertambah seronok. Setiap pagi di tadika,
Cikgu Zaiton akan bagi sebiji vitamin Champs macam tahun lepas.
Aku teruskan lagi kejayaanku. Penghujung tahun, ada majlis
(macam graduasi la) untuk maraikan tamatnya persekolahan di
Tadika Kemas. Majlis ni besar, buak-budak Tadika Kemas seluruh
Labuan semua berhimpun kat dewan berhampiran Hospital Besar
Labuan. Aku salah satu murid yang dipanggil naik ke pentas untuk
menerima hadiah kecemerlangan akademik.
Mak dan abah buat sambutan hari lahir untuk aku dengan
Ayong serentak. Ramai kawan-kawan aku denagn Ayong datang
dengan mak ayah mereka. “Birthday party” kami ni kira besar dan
gilang-gemilang juga la..hehe. Selesai majlis ni, kami pun buka
hadiah yang kami dapat. Banyak hadiah yang kami
dapat..Gembiranya…

TAHUN 2000…

Tahun ni genaplah usiaku 7 tahun. Dah cukup syarat untuk masuk


sekolah rendah. Abah dan mak daftar aku kat SK Pekan Satu.
Maknanya, aku satu sekolah dengan Ayong la. Aku jadi ahli kelas 1
Rajin.. memang aku rain, hehe..Masuk sekolah baru, dapat kawan
baru dan cikgu baru. Classmates aku antaranya: Andy Malvin, Sari,
Luqman dan rami lagi la. Schoolmates aku pulak: Siti, Phylsila,
Shasha, Ain, Aina, Hareez, Hazeeq (yang aku kenal la). Guru kelas
aku Cikgu Siti Hawa. Peperiksaan penggal 1, aku dapat nombor 1.
Tapi, peperiksaan penggal 2 dapat nombor 8…Keputusan jatuh
sebab aku banyak main…aku tau.
Mak dengan abah pun hantar aku belajar di Sekolah Rendah
Agama Islam Darul Ulum Membedai pada sebelah petang. Sama
macam Ayong lagi. Aku masuk Kelas 1B. Antara mata pelajaran
yang aku belajar di sini: Bahasa Arab, Tajwid, Sirah, Fekah, ejaan
Jawi, Imlak, Tauhid dan banyak lagi.
Doktor gigi datang la..Takutnya!!!Doktor gigi tu buang apa
entah dalam mulu aku. Mula-mula dia ambil jarum suntik, pastu
dia suntik gusi aku, Sakit tau!!  Dia buat macam-macam la.
Kesian dekat abah kena tunggu aku lama. Abah datang
tandatangan rekd kemajuan, pastu nak bawa aku balik rumah la..
Tahun ni aku dan keluarga berpindah rumah lagi. Kami
pindah blok depan je..Blok GJ-1A. Maknanya, aku tinggal kat
tingkat satu pulak la..tak penat la nak panjat anak tangga.
Mak pergi Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan
lanjut pasal kandunga. Mak pergi dengan Dibah. Tinggal aku,
Ayong dan abah dekat rumah..huhu..Rindu kat mak!!!

TAHUN 2001...

Masuk ke Darjah 2, maknanya, umurku sudah 8 tahun. Tahun ni


belajar di kelas 2 Bestari pulak. Guru kelasnya Cikgu Bona
Blasius. Anak Cikgu Bona pun masuk kelas ni jugak. Nama dia
Melissa Aku ke sekolah seperti biasa, menaiki trak tentera(special
kan??) sebab Kementerian Pertahanan suruh buat macam tu kot
untuk kesenangan para anak tentera. Hari Jumaat pulak selalunya
abah yang hantar pergi sekolah sebab dia nak pergi sembahyang
Jumaat dekat Masjid Labuan(depan sekolah aku ja). Kadang-
kadang, kawan aku ada yang tumpang kereta aku. Selalunya hari
Jumaat mak tak bagi wang saku sebab aku mesti singgah kat satu
kedai ni, beli roti..hehe..
Pembelajaran agama tetap diteruskan di Kelas 2A. Ada satu
petang, aku main dengan Ayong dekat taman kuartes kami. Aku
main satu permainan ni, dan suruh Ayong tolak aku dari permulaan
sampai tiba di penghujungnya. Aku suruh Ayong tolak aku kuat-
kuat. Tiba-tiba, aku hilang kawalan dan apabila tiba di penghujung,
aku terus terpelanting jauh. Mulut aku berdarah. Mak dan abah
terus bawa aku ke Klinik Kesihatan Membedai.
Keesokan harinya, aku pergi sekolah agama untuk
menghadapi peperiksaan. Semua cikgu dengan kawan aku Tanya
pasal mulut aku. Tension !! dah la mulut aku sakit gila!!!
Adik aku lahir tahun ni, 19 September. Dia lahir kat Hospital
Besar Labuan. Waktu dia lahir, opah aku datang rumah. Nama adik
baruku, Mohd. Faiz Hafizuddin. Yahoo!!!dapat juga adik
lelaki..hehe

TAHUN 2002...

Aku pindah sekolah ke SK Membedai, dekat dengan rumah


aku. Sekolah ni baru lagi. Dulu, sekolah ni sebenarnya sekolah
menengah, SMK Membedai. Tapi, sekolah tu dah berpindah ke
mana entah. Aku masuk kelas 3 Intelek. Guru kelas, Cikgu Awang
Jahri. Cikgu ni ajar aku Matematik.Dalam bulan Februari, aku
terlibat dengan pertandingan kawat kaki. Training banyak kali, tapi
tak menang pun. Pertandingan ni diadakan di Stadium Labuan.
Aku nampak kontinjen sekolah lama aku. Semua senyum
kepadaku..hehe Masuk bulan Mei, abah bagitau kami kena pindah
Semenanjung Malaysia. Abah nak kembali bekerja di TUDM
Butterworth. Huhu..sedih tak terkata, tapi sempat lagi bergembira.
Sebulan sebelum pindah, kami sekeluarga pergi melancong
ke Kota Kinabalu. Seminggu juga la kami di sana. Best!! Kami
menginap di sebuah hotel(lupa la nama dia). Kami pergi Muzium
Sabah, Pasar Filipina, dan bayak lagi la. Banyak barangan dan
cenderahati yang kami beli. Waktu malam, kami bersiar-siar
menikmati keindahan Bandar Kota Kinabalu. Sebelum pulang ke
Labuan, kami sempat membeli-belah di sebuah kompleks beli-
belah. Mak dan abah belikan kami sehelai baju dan sehelai seluar
untuk dipakai semasa balik ke Labuan. Malamnya, kami bertolak
ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Lamanya tunggu untuk nak
naik kapal terbang. Kerana kebosanan, aku ajak keluarga aku pergi
ke sebuah kedai cenderahati. Selepas pengumuman dibuat, kami
bergerak ke balai berlepas dan selamat berada di atas kapal terbang
MAS. Kapal terbang ni sama saiz dengan kapal terbang yang aku
naik masa di Lapangan Terbang Labuan. Kecil juga la. Perjalanan
di udara hanya memakan masa 15 minit sahaja. Cepat betul!!
Akhirnya kami tiba ke Lapangan Terbang Labuan.
Masa yang tidak diingini telah tiba. Aku terpaksa berpindah
hari ni. Waktu persekolahan berjalan sepeti biasa. Kawan-kawan
dan guru-guru semua ucap selamat tinggal masa persekolahan
tamat. Sedih  Kami bertolak ke Lapangan Terbang Labuan pada
waktu petang (2 pm). Bersama lambaian terakhir, kami menaiki
kapal terbang dan terus berlepas. Perjalan untuk ke Lapangan
Terbang Subang memakan masa lebih kurang 5 jam. Aku suka naik
kapal terbang sebab dapat makanan yang sedap-sedap. Pastu, kita
boleh lihat awan. Pramugari dan pramugara pun baik-baik belaka.
Pilot dia, Handsome tak terkata..hihi!!
Tiba d Lapangan Terbang Subang, terus ke Puduraya untuk
menaiki bas dan teruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Tepat jam 6
pagi, kami tiba di Pulau Pinang dan terus ke rumah nenek aku di
Kepala Batas, Seberang Perai Utara.
Kami tinggal di rumah nenek aku sementara menunggu
barangan dari Labuan tiba. Mula-mula, aku tak betah tinggal di
sini, walaupun 2 tahun sekali aku balik sini. Sebabnya, budaya di
sini berbeza. Loghat pun lain. Tapi, mak suruh sabar dan belajar
perlahan-lahan.
Selepas dua minggu, mak dan abah daftar aku dan Ayong di
SK Bumbong Lima. Aku belajar di kelas 3 Cemerlang. Ramai
kawan baru. Best la!! Peperiksaan penggal 1 dapat nombor 4,
penggal 2 pula nombor 2. Dapat hadiah masa hari Anugerah
Cemerlang.

TAHUN 2003…

Genaplah umurku 10 tahun dan kini aku berada dalam Darjah 4.


Aku belajar dalam kelas 4 Bestari. Aku dilantik menjadi pengawas
sekolah.
Hari Sukan Tahunan, aku mewakili Rumah Kuning dalam
acara lari 60 m. Puas hati, dapat gangsa. Acara lontar peluru,
lompat jauh dan lompat tinggi tidak memberikan tuah kepadaku.
Peperiksaan penggal 1 dan 2 aku mendapat keputusan
cemerlang, iaitu nombor 2, dalam kelas dan dalam darjah. Dapat
lagi hadiah dalam Hari Anugerah Cemerlang.

TAHUN 2004..

Masuk Darjah 5, masih dalam kelas Bestari, 5 Bestari. Terus


menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah.
Aku dan keluarga berpindah ke rumah lama kami di Taman
Rhu selepas pengubahsuaian rumah dilakukan.
Aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
story telling dalam Minggu Bahasa Inggeris. Sekolahku menjadi
tuan rumah. Aku mendpata sokongan padu daripada semua rakan.
Tajuk ceritaku, “Prince Mustaffa and His Magic Mirror”. Yang
bestnya, aku dapat pakai kostum baju Malayu beserta sampin.
Fuiyoo..hero Malaya tu.
Aku juga terlibat dengan pasukan bola jaring dan bola baling
sekolahku. Aku telah miss satu perlawanan bola jaring sebab waktu
latihan, kakiki telah terseliuh. Aduh!!tak dapat la pergi main.
Keputusan akademik pun boleh dibanggakan. Peperiksaan
penggal 1 dan 2 sekali lagi melihat aku memduduki ranking kedua.
Seronok  Dapat lagi anugerah semasa Hari Anugerah Cemerlang.
Aku juga mewakili sekolah dan mewakili kelompok R15
dalam Pertandingan Reka Cipta. Aku bersama ahli kumpulanku,
Fetty, Pipah dan Amir bersama bantuan guru penasihat, Cikgu
Rahimi telah bersetuju mencipta penyapu sawang elektrik yang
diberi nama “Penyapu Sawang Elektrik B5”.

TAHUN 2005…

Tahun yang paling menakutkan kerana aku bakal menghadapi


UPSR. Pembelajaran berjalan seperti biasa. Aku juga sibuk dengan
sukan dan ko-kurikulum. Banyak perlawan bola jaring dan bola
baling yang perlu dihadapi. Aku juga mewakili sekolah dalam
pertandingan Public Speaking yang diadakan di SK Pinang
Tunggal. Pertandingan nasyid yang akan diadakan di SK Kepala
Batas juga membuatku bertambah sibuk dan sibuk dan sibuk.
Penggal 2, penglibatanku berkurang dalam bidang ko-
kurikulum untuk menumpukan kepada pelajaran. Aku banyak
meghadiri program motivasi. Lebih kurang 10 program yang telah
aku hadiri yang diadakan di merata-rata temapat. Aku juga
meghadiri kelas tambahan di sebuah pusat tuisyen, Tuisyen Sri
Pinang. Kelas tambahan ni, aku telah hadiri sejak awal tahun lagi.
Kalau ada masa lapang dan kalau aku rajin..hehe..aku pergi kelas
tambahan yang diadakan oleh pihak sekolahku pula.
Sekali lagi aku dapat nombor dalam peeperiksaan penggal 1
dan 2  Aku lebih berkeyakinan untuk meghadapi peperiksaan
UPSR.
Pada 5-8 September, aku meghadapi peperiksaan UPSR. Aku
telah berusaha besungguh-sungguh dan selebihnya aku berserah
kepada Allah.
Ahirnya, aku telah diumumkan sebagai salah seorang murid
cemerlang dalam UPSR di sekolahku kerana aku telah Berjaya
dengan jayanya memperolehi 5A. Mak dengan abah yang turut
bersamaku juga gembira..hehehehe. Syukur Alhamdulillah.

TAHUN 2006…

Pertama kali menjejakkan kaki di SMK(P) St. George yang terletak


di Jalan Macalister, Pulau Pinang. Tergamam aku tatkala melihat
sekolahku ini kerana sekolahku begitu besar..Fuiyooo!!tak terkata.
Aku dikehendaki tinggal di asrama kerana jarak rumahku dari
sekolah jauh. Aku tinggal di seberang, sekolahku pula di pulau.
Penat la kalau berulang-alik setiap hari..fuh!! Aku belajar dalam
Tingkatan 1 Nilam. Bahasa pengantar di seklah ni ialah Bahasa
Inggeris, so,aku kena speaking la. Entah betul entah tidak apa yang
aku cakapkan. Aku dapat kawan baru : Cheng Yee, Kah Yoke,
Izzati. Nabila, Rose, Syuhada, Fatin, Nazirah, dan ramai lagi la.
Aku telah mendaftar sebagai ahli Kadet Alam Sekitar dan Kelab
Pancaragam. Aku juga terlibat dengan latihan rumah sukan
memandangkan Hari Sukan akan diadakan tidak lama lagi. Aku
menjadi ahli Rumah Mahsuri(ungu). Ada 5 buah rukah
kesemuanya, iaitu Mahsuri, Nightingale, Fry, Datin Zubaidah dan
1 lagi terlupa da…hehe.Aku sempat berlatih acara lari, rejam
lembing, rejam lembing dan lompat tinggi. Aku telah terpilih
dalam acara lari 100m. Aku juga terpilih sebagai Pengawas
Asrama.
Pada bulan Februari, aku telah menerima tawaran untuk
belajar di MRSM Pendang. Aku menerima tawaran tersebut dan
terpaksa berhenti sekolah di SGGS. Sebelum berhenti, aku sempat
menyertai sebuah jamuan kebudayaan yang diadakan mengikut
kelas. Pada jamuan ini, kami dikehendaki memakai pakaian
tradisional masing-masing. Aku menggayakan sepasang baju
kurung berwarna merah.
14 Februari, aku menjejakkan kaki ke MRSM Pendang. Ku
lihat ramai orang. Perasaan pertamaku, gembira kerana sekolahku
begitu cantik seperti sebuah universiti..hehe..Aku juga tinggal di
asrama dan belajar dalam kelas 1 Barium.
Dalam peperiksaan Semester1, aku telah berjaya menggapai
pointer 3.68. Seronok!Gembira!Bersyukur..semua bercampur
menjadi satu.
Aku hanya mendapat pointer 3.05 dalam peperiksaan
Semester 2 kerana aku tidak menduduki Final Exam di atas
masalah kesihatanku.
Di penghujung tahun, aku dan keluarga telah melancong ke
Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Seronok tak terkata!!!

TAHUN 2007...
Awal-awal tahun lagi, aku sudah menghadapi peperiksaan ulangan
untuk semester 2 tahun 2006. Keputusan keseluruhannya, aku
mendapat 3.05. Apapun, aku tetap bersyukur. Aku kini belajar
dalam kelas 2 Vision 3. Kemudian, diikuti pula dengan Ujian
Selaras 1, Ujian Selaras 2 dan Final Exam. Keputusanku amat
memberangsangkan kerana aku berjaya mendapat 3.75. Majlis
Anugerah Cemerlang telah diadakan untuk meraikan pelajar-
pelajar yang berjaya dalam peperiksaan Semester 1. Selain
mendapat Anugerah Penghormatan Pengetua, aku juga mendapat
Anugerah Lompatan Saujana, kedudukan pertama dalam Kelas
2V3 dan anugerah kecemerlangan subjek dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu. Alhamdulillah, kejayaan berganda
buatku. Gembira tak terkata apabila mak dan abah turut mnghadiri
hari kejayaanku. 
Aku bertukar ke kelas 2 Elite 3 semasa Semester 2.
Pembelajaran seperti biasa. Aku menghadapi Ujian Selaras 1 dan 2
sebelum Final Exam. Keputusan peperiksaan Semester 2 telah
dikeluarkan di internet pada bulan Disember. Alku telah mendapat
3.56 dan sekali lagi mendapat Anugerah Penghormatan Pengetua.

TAHUN 2008...

Berdebarnya!! Takutnya!! Tahun ni tahun penting sebab aku


akan menghadapi peperiksaan PMR. Maktabku telah menerima
seorang pengetua baru iaitu Tuan Haji Saari bin Sawa.
Aku telah meghadiri jamuan makan yang diadakan di KFC
Gurun untuk meraikan pelajar Anugerah Pengetua. Ini
meningkatkan semangatku untuk lebih berjaya dalam pelajaran.
Hari Sukan telah diadakan dengan gilang-gemilang sekali.
Rumah Ruby telah menggondol gelaran juara keseluruhan diikuti
Emerald, Sapphire dan rumahku, Topaz.
Aku dan rakan-rakan juga telah melawat Muzium Padi. Kami
ke sana kerana ingin melakukan kajian untuk subjek Geografi.
Ujian Selaras 1 juga telah kuhadapi. Alhamdulillah,
keputusannya agak memuaskan, cuma keputusan Matematik aku
sangat teruk. So, mesti beri tumpuan yang lebih kepada Matematik.
Nasib baik dapat cikgu baru, Cikgu Ayu menggantikan Cikgu
Bazli. Ada harapan la untuk meningkat.
Aku dan kumpulan thesisku, Mimi, Ida and Amni, telah ke
Kajang. Kami ke kilang Oren Kajang untuk menjalankan kjian
tentang tajuk thesis kami, “Bicarbonate Drink”. Kami menetap di
rumah Mimi di Putrajaya.
Minggu Aktiviti berjalan dengan biasa-biasa saja. Aktiviti
kalin ni tak begitu menarik la..huhu..
Aku pergi ladang kambing untuk barbeque. Kawan-kawan
aku yang dapat A dalam Geogafi dan Sejarah semua pergi
termasuklah aku…Kami memancing ikan dan melihat kambing
beranak di samping main pelbagai aktiviti yang tak kurang
hebatnya.
Pembelajaran tetap diteruskan untuk meggapai 8A dalam
PMR. Chaiyo!!Chaiyo!!

Anda mungkin juga menyukai