Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

Bengkel Teknik
Menjawab Soalan Sains Upsr
2018

ANJURAN
SJK (T) TANAH RATA
1.0 TAJUK PROGRAM

Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2018

2.0 PENGENALAN

Dalam meningkatkan prestasi murid dari segi akademik, kita perlu


sedar bahawa murid-murid adalah golongan yang mempunyai peranan yang
besar dalam mencorakkan masa hadapan negara. Mereka perlu dibimbing
sebaik-baiknya, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani,
emosi dan jasmani seperti yang terhasrat dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Bengkel menjawab kertas peperiksaan UPSR ini adalah merupakan


satu program usahasama yang dijalankan antara 7 buah SJK(T) dalam
Daerah Cameron Highlands untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki
peperiksaan UPSR pada bulan September 2018.

Justeru , satu pendekatan khusus yang lebih sistematik dan terancang


perlu segera diambil pada peringkat awal ini bagi memberi peluang kepada
murid meningkatkan lagi potensi dan keazaman diri dan seterusnya
membantu murid meningkatkan keyakinan dan kesungguhan bagi mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2018 ini.

3.0 MATLAMAT

 Meningkatkan tahap kefahaman murid tentang teknik menjawab yang


berkesan dan efektif.

 Setiap pelajar didedahkan dengan kemahiran menjawab dengan cara yang


betul dan efektif.

 Meningkatkan cara pengurusan sebagai calon UPSR

4.0 OBJEKTIF

 Bagi meningkatkan pencapaian pangkat A dan kualiti bagi setiap mata


pelajaran yang diambil melalui teknik menjawab yang betul.

 Membantu murid meningkatkan kemahiran belajar dan kefahaman murid


tentang cara belajar yang berkesan.
 Bagi membina semangat berlumba-lumba bagi meningkatkan prestasi
akademik.

 Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan


mengendalikan pengurusan masa yang betul bagi seorang pelajar.

 Membina keyakinan pelajar bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dalam


pelajaran serta menjadi individu, pelajar dan pemimpin yang cemerlang.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 6 dari 8 buah sekolah iaitu:

SJK ( T ) Tamil Tanah Rata : 5 orang murid

SJK ( T ) Tamil Ringlet : 5 orang murid

SJK ( T ) Tamil Shum Yip Leong : 5 orang murid

SJK ( T ) Tamil Ladang Boh 2 : 1 orang murid

SJK ( T ) Tamil Sungai Pallas : 2 orang murid

SJK ( T ) Tamil Kuala Terla : 9 orang murid

SJK ( T ) Tamil Blue Valley : 5 orang murid

Jumlah Murid : 32 Orang Murid

6.0 TARIKH DAN MASA YANG DICADANGKAN

Tarikh : 14 Julai 2018


Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

7.0 TEMPAT YANG DICADANGKAN

Bilik Darjah Tahun 5 & 6 , SJK(T) Tanah Rata


8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
.

Pengerusi : En. P. Balan


Guru Besar SJKT Sungai Pallas

Naib Pengerusi : En. R. Richard


Guru Besar SJKT Tanah Rata

Setiausaha : Pn. S. Thamil Selvi


Penyelaras Program Teknik Menjawab Soalan UPSR

Bendahari : Pn. Selvarenee

AJK : Guru-Guru Mata Pelajaran Tahun 6

SJK(T) Ladang Boh 2

SJK(T) Shum Yip Leong

SJK(T) Blue Valley

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM

 Pihak sekolah bermesyuarat untuk memutuskan penceramah


yang bakal dijemput untuk mengisi slot Bengkel
Kecemerlangan UPSR.

 Bengkel ini akan diadakan selama satu hari pada waktu pagi
hingga petang Jadual perlaksanaan bengkel ini akan diadakan
pada bulan Julai seperti di bawah :

Tarikh & Guru Mata Pelajaran


Mata Pelajaran Penceramah
Masa Tahun 6
14 Julai
2018 En. Panner Selvam
Pn. Nithiavani
8.00 am – Sains Pn.C .Vasuki Pn.Letchumy
4.30 pm Pn. Selvaranee
Pn. Puspa
 Guru mata pelajaran Sains Tahun 6 diwajibkan hadir bersama pada
hari bengkel dijalankan dan berperanan untuk membantu
penceramah untuk mengendalikan LCD sekiranya diperlukan
sewaktu bengkel tersebut berlangsung.

 Semua guru mata pelajaran sains adalah digalakkan untuk hadir


bersama sewaktu bengkel ini dijalankan bagi meningkatkan
kemahiran guru dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN



Jumlah
Bil Perkara
(RM)

Bayaran Penceramah
1 1x RM300 300.00

2 Bahan Fotostat 20.00

3 Makanan
32 x RM20 640.00
Jumlah Keseluruhan 960.00

12.0 PENUTUP

Semoga bengkel menjawab kertas peperiksaan UPSR 2018 ini dapat


dijalankan dengan jayanya serta dapat mencapai objektif seperti yang
diinginkan. Disamping itu, ia juga turut diharapkan dapat meningkatkan lagi
keyakinan diri murid untuk menghadapi UPSR yang akan datang. Kerjasama
antara ahli jawatankuasa, kakitangan sekolah dan murid-murid adalah sangat
dialu-alukan dalam menjayakan program ini.

\
Disediakan oleh,

(PN.S.THAMIL SELVI)

Penyelaras Program Bengkel


SJK(T) TANAH RAT

Anda mungkin juga menyukai