Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Televisyen

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen


Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan
kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada
plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia
menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun,
mereka sering menggunakan aku untuk berhibur. Oleh itu,
ramai manusia ingin memiliki aku untuk berhibur semasa
mereka di rumah, di warung-warung dan sebagainya.

Setelah aku dan rakan-rakan selesai dipasang dan


diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak yang selesa
untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia.
Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis,
Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca
di kedai tersebut.

Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka


pasti akan melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya tentang
harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan
kecanggihan aku. Walau bagaimanapun, mereka tidak
membeli ku kerana harga ku agak mahal.

Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki


muda. Dia sangat meminati ku lalu cuba tawar-menawar
dengan tuan kedai untuk membeli ku. Akhirnya dia
bersetuju membeli ku dengan harga RM3600.00.

Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di


Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu
rumahnya. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat
gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering
digunakan oleh mereka tanpa mengira waktu.
Walaupun aku berasa sangat penat, namun aku
terpaksa menunaikan tanggungjawab ku menghiburkan
mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang walaupun
pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar. Aku
berasa sedih kerana mereka tidak mempedulikan akan
keselamatan diriku.

Pada suatu malam, aku terpadam secara tiba-tiba


akibat disambar petir semasa mereka asyik menonton ku.
Aku telah dibawa ke kedai untuk dibaiki namun tidak
berjaya kerana perutku telah hangus terbakar. Akhirnya
aku dibuang ke tempat perlupusan sampah. Aku berasa
amat sedih tetapi aku tetap berasa bangga kerana dapat
juga aku membuat bakti menghiburkan keluarga tuan aku
sepanjang kehidupan aku di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai