Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebatang Pen

Aku ialah sebatang pen. Aku diperbuat daripada plastik. Aku dilahirkan di
sebuah kilang yang terletak di Rawang. Selepas dilahirkan, aku dan pen-pen
yang lain diletakkan di dalam sebuah kotak dan dihantar ke kedai.

Di kedai, aku diletak di atas rak oleh tauke kedai itu. Setiap hari, terdapat
ramai orang datang membeli alat tulis di kedai itu. Semua pen yang lain telah
dibeli oleh orang dan hanya tinggal aku sahaja. Aku berharap tuan aku akan
muncul tidak lama lagi.

Pada suatu petang, seorang pemuda datang ke kedai itu untuk membeli pen.
Dia menghampiri aku lalu mengangkat aku. Dia amat suka akan aku dan
membawa aku ke kaunter untuk membeli aku. Selepas membayar wang, dia
pun membawa aku pulang ke rumah.

Tuan aku sangat menyayangi aku. Setiap hari dia akan membawa aku ke
sekolah. Semua kawan tuan aku juga memuji akau ialah sebatang pen yang
baik. Tuan aku berasa amat bangga apabila mendengar pujian itu. Aku juga
berasa amat gembira. Selain itu, tuan aku juga melayan aku dengan baik.

Selepas beberapa bulan, aku telah menjadi buruk. Tuan aku tidak lagi
menggunakan aku. Dia hanya meletakkan aku di dalam almari. Aku berasa
amat sedih. Inilah riwayat aku sebagai sebatang pen.

Anda mungkin juga menyukai