Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebatang Pensil

Aku sebatang pensil yang berjenama Stabilo. Aku diperbuat oleh sebatang
kayu. Aku berasal dari sebuah kilang alat tulis.
Pada suatu hari, aku dihantar bersama rakan-rakanku ke sebuah kedai alat
tulis. Aku berasa sedih kerana rakan yang lain dihantar ke kedai yang berasingan.
Aku dijual dengann harga RM2.30 sebatang. Tiada sesiapa pun yang ingin membeli
aku.
Pada malam itu, seorang perempuan kaya yang baik hati telah membeli aku.
Aku bersyukur kerana ada orang yang sudi membeli aku.
Tuan aku bernama Faye. Pada suatu hari, tuan aku menghadapi peperiksaan
UPSR. Aku terkejut kerana tuan aku bercakap dengan aku, "Wahai, pensil
kesayanganku, yakinkanlah bahawa aku boleh lakukan yang terbaik".
Apabila keputusan keluar, tuan aku berasa gentar. Cikgu Chin mengumumkan
bahawa Faye mendapat 5A.
Tuan aku berasa gembira, dan aku pula disimpan di almari. Aku tidak
digunakan lagi. Tuan aku menggunakan pensil yang berjenama lain lagi. Aku berasa
sangat sedih.

Anda mungkin juga menyukai