Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebatang Pen. Aku sebatang pen berjenama Pilot.

Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot yang terkenal di negeri Melaka. Badanku berwarna merah gelap. Darahku berwarna hitam. Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan sekeping plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku telah berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang baru yang berlainan jenama iaitu seperti Kilometrico, Faber Castell, Luna, Pappermate dan sebagainya. Sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku terus dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di dalam almari kaca bersama-sama dengan pen-pen yang berjenama daripada luar negara. Disitu, aku telah berkenalan lagi dengan kawan baru. Pada suatu hari seorang murid bernama Siew Chin datang membeliku. Siew Chin selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menulis. Siew Chin seorang murid yang murah hati. Apabila rakan sekelasnya memerlukan pen, Siew Chin akan meminjamkan aku kepada mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah hitamku yang terang dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Siew Chin. Dia sangat menyukai aku dan menjaga aku dengan baik. Setiap kali selepas aku digunakan, aku akan disimpan dengan baik. Lama-kelamaan darahku mulai kering. Aku tidak dapat bekerja lagi. Siew Chin berasa sedih kerana aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau bagaimanapun,Siew Chin telah menyimpan aku dengan baik di dalam sebuah bekas pensel. Aku berasa bangga mempunyai tuan yang baik hati seperti Siew Chin. Kini tuanku Siew Chin telah mempunyai pen yang baru.

Anda mungkin juga menyukai