Anda di halaman 1dari 2

Cerita Hantu

Zoe dan Chloe merupakan rakan sekerja. Pada suatu hari, syarikat mereka
menghantar mereka berdua ke Tanah Tinggi Cameron untuk menghadiri
kursus. Oleh sebab mereka berdua berkawan baik maka mereka pun tinggal
sebilik. Bilik mereka merupakan bilik terakhir di tingkat ketiga belas. Apabila
mereka membuka pintu bilik itu, keadaannya amat seram. Tanpa berfikir
panjang, mereka pun meletakkan bagasi mereka lalu pergi menghadiri kursus.

Selepas berkursus, Chloe dan Zoe pun pulang ke bilik untuk berehat.
Apabila mereka membuka pintu, mereka dapati bahawa lampu bilik mereka
telah rosak. Oleh itu, mereka pun menghubungi juruteknik. Selepas seketika,
juruteknik pun sampai ke bilik Chloe dan Zoe. Juruteknik itu kelihatan takut.
Zoe dan Chloe berasa hairan. Selepas membaiki lampu, juruteknik itu pun
beredar. Chloe pergi mandi manakala Zoe menonton televisyen di dalam bilik.
Oleh sebab terlalu letih, mereka tidur dengan nyenyak pada malam itu.

Pada malam kedua, seperti biasa, Chloe dan Zoe pun berehat di dalam
bilik selepas berkursus. Zoe pergi mandi manakala Chole menonton televisyen
di dalam bilik. Selepas selesai mandi, Zoe dapati bahawa Chloe tertidur di atas
katilnya. Zoe tidak mengejutkan Chloe lalu menggantung tualanya di dalam
almari. Zoe dapati bahawa salah satu pintu almari itu telah tersekat. Zoe cuba
mengintai ke dalam almari itu tetapi keadaannya gelap-gelita. Selepas itu, Zoe
pun menonton televisyen di dalam bilik berseorangan.

Pada pukul dua belas tengah malam, Zoe pun menutup lampu lalu pergi
tidur. Keadaan amat sunyi. Sebelum Zoe melelapkan matanya, Zoe terdengar
bunyi ketukan keluar dari almari. Zoe berasa hairan lalu memandang ke arah
almari itu. Zoe ternampak pintu alamari yang tersekat itu buka secara
perlahan-lahan. Zoe berasa sangat takut kerana dia tahu ada sesuatu yang
tidak kena. Pada ketika itu, sebuah bayang-bayang hitam terbang keluar dari
almari lalu menerpa ke arah Zoe. Zoe terbaring di atas katilnya dan tidak dapat
bergerak.
Zoe ternampak bayang-bayang itu bermata merah dan mempunyai
rambut yang kusut-masai. Bayang-bayang itu mengeluarkan lidah yang panjang
untuk menjilat muka Zoe. Zoe cuba melawan tetapi badannya tidak dapat
bergerak. Selepas menjilat muka Zoe, bayang-bayang itu membelit leher Zoe
dengan lidahnya. Zoe menolak bayang-bayang itu dengan sekuat tenaganya.
Bayang-bayang itu terbang ke dalam almari semula lalu pintu almari itu pun
tertutup. Zoe segera mengejutkan Chloe lalu pergi ke kaunter pertanyaan.

Zoe dan Chloe menanya jurukaunter itu apa yang pernah berlaku di
dalam bilik itu. Jurukaunter itu berkata bahawa seorang wanita pernah mati di
dalam bilik itu. Mayat wanita itu kemudian dikerat dan kepalanya dimasukkan
ke dalam laci almari itu. Selepas mendengar penjelasan jurukaunter itu, Zoe
dan Chloe segera daftar keluar dari hotel itu.

Anda mungkin juga menyukai