Anda di halaman 1dari 1

Autobiografi : Seorang Askar

Semua orang mempunyai cita-cita. Sebagai seorang murid, saya juga mempunyai cita-
cita.
Sungguhpun menjadi tentera bukanlah suatu pekerjaan yang mudah tetapi pada hemat
saya, pekerjaan ini sangat mulia. Tugas seorang tentera bukan sahaja menjaga keselamatan
bahkan memastikan tidak ada pihak musuh yang cuba mengganggu keamanan negara. Saya
akan menjaga negara yang saya cintai dengan sepenuh jiwa.

Selain itu juga, pakaian seragam yang saya pakai akan menaikkan semangat
perjuangan yang tinggi kepada saya. Latihan ketenteraan yang saya ikuti membentuk disiplin
diri saya. Saya sanggup berjuang di mana-mana tempat dan waktu.

Setelah tamat latihan, saya telah dihantar oleh pihak tentera untuk menjaga pintu
masuk negara di sebelah utara iaitu di Padang Besar. Setiap hari, saya dan tiga orang rakan
bergilir-gilir menjalankan tugas.

Setiap kali sedang bertugas, saya bertekad jika saya mati di perbatasan, saya akan
berasa gembira kerana telah berbakti kepada negara yang tercinta. Saya bangga kerana telah
menjadi seorang tentera.

Anda mungkin juga menyukai