Anda di halaman 1dari 5

SJKC TAPAH

Kertas Kerja Pertandingan Mengarang 2020


Anjuran Panitia Bahasa Malaysia

1.0 PENDAHULUAN
Sempena minggu Bahasa Malaysia SJKC Tapah yang bermula pada 12 Oktober
hingga 16 Oktober 2020, panitia Bahasa Malaysia telah bercadang mengadakan
pertandingan mengarang bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6.

2.0 TARIKH / MASA


14 Oktober 2020 (Rabu)
Jam 0700 hingga 0800

3.0 TEMPAT
Kantin Sekolah, SJKC Tapah

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memupuk minat mempelajari Bahasa Malaysia.

4.2 Melatih murid menggunakan Bahasa Malaysia dalam penulisan dengan


lebih yakin dan bermakna.

4.4 Mencungkil bakat murid dalam bidang mengarang cerita.

4.5 Memperkukuhkan pengalaman dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam


kalangan murid.

4.6 Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap
positif, dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Malaysia.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Sekurang-kurangnya 10 peserta dari kelas Jujur dan 5 peserta dari kelas Yakin
yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN
Penasihat : En. Chung Phin Phin ( Guru Besar SJKC Tapah)
Pengerusi : En. Tan Jip Chin
Penyelaras : Puan Lucy Jiew Lee Pin
Setiausaha : Pn, Tian Fui Chuan
Penyediaan Bahan Karangan : 1. Pn. Chin Ai Ling
2. Pn. Chin Kui Lan
Hakim dan Penyemak Tahun 4 : 1. En Chang Kim Chian
2. En. Voon Joon Sing
Hakim dan Penyemak Tahun 5 : 1. Puan Lucy Jiew Lee Pin
2. Cik Rohsalinakhastuti
Hakim dan Penyemak Tahun 6 : 1. Pn. Tian Fui Chuan
2. En. Thian Boi Jung
Penjumlahan Markah : Pn. Tian Fui Chuan
Penyediaan Tempat : En Chang Kim Chian, En. Thian Boi Jung
Hadiah : Pn. Chin Kui Lan, Pn. Chin Ai Ling

Jurugambar : En. Tan Jip Chin

7.0 PETUNJUK PRESTASI UTAMA(KPI)


7.1 Output
Sekurang-kurangnya 45 orang peserta yang mengambil bahagian dalam
pertandingan mengarang.
7.2 Outcome
6 peserta dari setiap tahun (4, 5 dan 6) yang memperoleh markah yang
tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
8.1 Anggaran Perbelanjaan
Bil Item Kuantit Kos per unit Kos
i / Unit
1 Piala (Johan) 3 11.90 RM35.70
2 Piala (Naib Johan) 3 10.90 RM32.70
3 Piala (Tempat Ketiga) 3 9.90 RM29.70
4 Alat tulis (Sagu hati ) 6 5.00 RM30.00
Jumlah RM128.10

8.2 Sumber Kewangan


Peruntukan Kokurikulum

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


9.1 Pertandingan mengikut kategori
9.2 Melengkapkan cerita dalam masa 40 minit bagi Tahun 4 dan Tahun 5
9.3 Menulis permulaan cerita dalam masa 40 minit bagi Tahun 6
9.4 Cara penghakiman
9.4.1 Setiap darjah akan disemak oleh dua orang hakim.

9.4.2 Pemarkahan pertandingan mengarang cerita adalah seperti berikut:


PERINGKAT Isi-isi KRITERIA
i. Idea menepati tugasan.
CEMERLANG 3 atau 4 isi yang ii. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian
(20-25 menepati yang jelas, tersusun dan menarik.
markah) kehendak soalan iii. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta
bertepatan dengan tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas
serta sesuai dengan tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
i. Idea menepati tugasan.
BAIK 2 atau 3 isi yang ii. Pengolahan idea yang baik dengan
(14-19 menepati penyampaian yang jelas dan menarik.
markah) kehendak soalan iii. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis serta
bertepatan dengan tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta
sesuai dengan tugasan.
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda
baca.

i. Idea masih menepati tugasan.


MEMUASKAN 1 atau 2 isi yang ii. Pengolahan idea yang ringkas dan mudah
(8-13 markah) menepati dengan penyampaian yang kurang menarik.
kehendak soalan iii. Penggunaan ayat yang kurang gramatis tetapi
berkaitan dengan tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang
sederhana.
v. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda
baca.
PENCAPAIAN i. Idea kurang menpati/tidak menepati tugasan.
TAHAP 1 atau tiada isi ii. Pengolahan idea yang tidak jelas/tidak
MINIMUM yang menepati tepat/tidak berkaitan dengan tugasan dan
(0-7 markah) kehendak soalan penyampaian yang kurang menarik.
iii. Penggunaan ayat tidak gramatis/tidak menepati
tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.
v. Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan
dan tanda baca.

9.4.3 Keputusan hakim merupakan keputusan muktamad.

10.0 PENGISIAN PROGRAM


10.1 Taklimat Pengurusan Pertandingan disampaikan oleh Ketua Panitia
BM, Encik Tan Jip Chin.

11.0 JADUAL (Rujuk Lampiran)


11.1 Jadual Aturcara

12.0 KAEDAH PEMANTAUAN


Hasil karangan bagi setiap peserta disimpan dalam satu fail untuk tujuan
rujukan pemantauan.

13.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO


BIL RISIKO TINDAKAN PENCEGAHAN
.
1. Penyusunan tempat duduk Guru yang bertanggungjawab akan
yang mengikut SOP menyusun tempat duduk dengan
penjarakan sosial 1 meter.

14.0 PENUTUP
Diharap pertandingan mengarang berjaya dilaksanakan dan seterusnya dapat

memberi kesan dan manfaat yang nyata dalam kalangan murid untuk

meningkatkan minat mempelajari dan menguasai Bahasa Malaysia.

Disediakan oleh:

____________________
(LUCY JIEW LEE PIN)
Penyelaras AJK Pengelola
Tarikh :

Disemak dan disokong oleh:

____________________
(TAN JIP CHIN)
Pengerusi AJK Pengelola
Tarikh :

Disemak dan disokong oleh:

____________________
(CHUNG PHIN PHIN)
Guru Besar
SJKC Tapah
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai