Anda di halaman 1dari 3

SJK (C) CHIN HUN

KUALA SANGLANG
PERLIS

LAPORAN AKTIVITI
Tajuk
Pertandingan Nyanyian-The Voice of Chin Hun

Tarikh 10 Nov 2017 Tempat Dewan SJK(C) Chin Hun


Masa (8.00 am- 10.00 am)
Persediaan Guru menyediakan Komputer riba,ampire, mikrofon dan 27 buah
Bahan muzik lagu berversi karaoke.

Impak i. Mencungkil bakat peserta dalam bidang nyanyian solo.


ii. Menanamkan nilai berunsur sihat dan positif dalam diri murid
menggunakan pendekatan seni.
iii. Mengasah pengetahuan murid dalam bidang seni suara.

Pertandingan nyanyian ini adalah di bawah kelolaan Panitia Pendidikan


Muzik dan melibatkan 27 orang murid daripada tahun 1 hingga 6.
Pertandingan ini diuruskan oleh Ketua Panitia Pendidikan Muzik dan Penolong Kanan
Kokurikulum. Beberapa orang guru berkecuali dijemput untuk menjadi juri.

Kebaikan:
Persembahan pelajar dinilai pada ton suara, kemahiran nyanyian, pemilihan
lagu, gaya persembahan (termasuk pakaian yang bersesuaian dengan tema lagu),
sebutan dan tempo atau rentak nyanyian yang mengiring sebuah lagu.
Sebelum pertandingan nyanyian dijalankan, para juri telah menyanyikan
sebuah lagu yang bernama “Qian Shou” dengan meriah dan mendapat tepukan
gemuruh daripada semua murid. Setelah pertandiangan ini dijalankan didapati
sebilangan murid membuat persediaan iaitu melatih nyanyi di rumah dan mereka dapat
menyanyi dengan penuh keyakinan iaitu murid dari tahun 4 yang bernama Chua Yi Li dan
Ng Rou Ying. Manakala murid dari tahun 3 yang bernama Toe Yu Zhang dan murid tahun
5 serta 6 yang bernama Chen Chia Le dan Sim Zu Qin turut menyanyi dengan suara yang
merdu.
SJK (C) CHIN HUN
KUALA SANGLANG
PERLIS
Semua yang terlibat dalam menjayakan program ini memberikan
kerjasama yang baik sepanjang ia berlangsung. Oleh itu, aktiviti ini dapat dijalankan
dengan lancar.
Kelemahan:
Manakala,ada sebilangan besar murid kurang persediaan dan tidak dapat
mengiringi tempo lagu tersebut untuk nyanyi bersama. Majoriti murid yang tiada
kreativiti persembahan dan dinyanyi dengan ton suara yang sangat rendah sehingga
tidak dapat mengikut “key” lagu tersebut.
Penambahbaikan:

Selepas pertandingan nyanyian dijalankan, didapati sebahagian besar murid


tidak mempunyai keyakinan diri, berasa malu dan dinyanyi dengan gaya yang
tegang(tiada gaya persembahan langsung). Pertandingan nyanyian ini boleh digantikan
dengan pertandingan nyanyian yang berpasangan agar murid dapat nyanyi dengan
perasaan yang lebih berani dan yakin. Selain itu, guru muzik juga perlu mengajar murid
memilih lagu yang sesuai dengan gayanya sendiri.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________ _______________
(Lim Chin Kean) (Lim Shew Yeen)
Setiausaha Pertandingan Nyanyian- Penolong Kanan
The Voice of Chin Hun Kokurikulum
SJKC Chin Hun

Disahkan Oleh,

_______________
(Leong Yong Siang)
Guru Besar
SJKC Chin Hun
SJK (C) CHIN HUN
KUALA SANGLANG
PERLIS

Anda mungkin juga menyukai