Anda di halaman 1dari 3

BORANG PEMERHATIAN (SJK T LADANG SENDAYAN)

Nama Ahli Kumpulan Lesson Study


Tarikh: 22 Jun 2017

Masa : 10.05 11.05 pagi 1) Pn. M. Muruganamal


2) Pn. D. Malliga
Mata Pelajaran: Bahasa Inggeris 3) Pn. T. Gracy

Tajuk: Tell Me A Story

Kemahiran : Language Arts Nama guru yang mengajar:

Pn. Gracy Thomas

Refleksi:

1. Penjelasan hasil pembelajaran PnP dalam RPH:

RPH disediakan dengan isi kandungan yang jelas dan mudah difahami.

2. Pemilihan Aktiviti:

Aktiviti yang dipilih adalah bersesuaian dengan tahap penguasaan murid.


Kaedah aktiviti kumpulan, nyanyian lagu sorak, penggunaan peta i-Think
dan ICT digunakan. Walaubagaimanapun, RPH dirancang dengan banyak
aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan dalam masa satu jam.

3. Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran dalam kalangan murid:

Murid-murid berpengetahuan dalam tajuk yang diajar.


4. Pencapaian hasil pembelajaran P & P:

Objektif P & P tercapai tetapi hanya 3 daripada 4 kriteria kejayaan tercapai. Ini kerana
semua aktiviti yang disediakan untuk murid tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang
diperuntukkan.

5. Penglibatan murid dalam P&P:

Murid-murid menunjukkan minat secara aktif sepanjang pembelajaran.

6. Adakah ciri-ciri berikut diperhatikan? ( sila tandakan / dalam )

/ Perbincangan antara rakan

/ Penglibatan aktif

/ Pemupukan kemahiran berfikir

/ Pembelajaran berpusatkan murid

Komen:

7. Sejauh manakah soalan yang dikemukakan oleh guru mampu


mencabar minda murid?

Soalan yang ditujukan mencungkil pengetahuan yang sedia ada dan juga menjadi asas
bagi murid untuk berfikir. Ada soalan yang perlu dipermudahkan untuk murid yang
sangat lemah.

8. Sejauh manakah penyoalan guru dapat mengukur kefahaman murid?

Murid-murid faham akan kehendak soalan guru dan jawapan yang diberikan
betul.
9. Sejauh manakah aktiviti penutup dapat merumus dan memperkukuhkan
P & P?

Melalui aktiviti penutup murid-murid dapat mengimbas semula tajuk yang dipelajari serta
merumus isi pembelajaran.

Secara Keseluruhan:

1. Apakah kekuatan P&P?


Penggunaan peta i-Think, peralatan ICT yang dapat menarik minat murid.
Guru memberi ganjaran kumpulan
Murid mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan

2. Apakah kelemahan P&P?

Aktiviti yang diberikan lebih dari apa yang diperlukan oleh murid dalam satu PdP. Guru
boleh mengurangkan aktiviti serta bilangan kriteria kejayaan agar murid-murid dapat
fokus serta mengingati perkara yang dipelajari dengan lebih kukuh.

3. Apakah yang perlu diubahsuaikan /diperbaiki dalam RPH?

Mengurangkan bilangan aktiviti dan kriteria kejayaan yang diberi .


Mengadakan aktiviti kolaborasi kumpulan.

DISEDIAKAN OLEH:

(PN. GRACY THOMAS)


(KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS)

Nota: Dapatan data ini akan digunakan sebagai panduan bahan perbincangan dalam sesi refleksi
kumpulan selepas pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai