Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah telefon pintar.

 Aku bernama Oppo Reno. Badan aku berwarna


hitam dan diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi.  

            Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak  di  Shah Alam. Setelah
siap dipasang, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai menjual
telefon pintar di Skudai. Di sana, kami dipamerkan di dalam almari kaca
untuk dijual kepada para pelanggan.

            Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedai itu untuk membeli
sebuah telefon pintar yang baharu. Selepas membuat pilihan, pemuda itu
tertarik dengan kecantikanku. Akhirnya, dia membeliku dengan harga RM
2300.

            Selepas itu, pemuda itu membawa aku pulang ke rumahnya. Rupa-


rupanya, tuan aku bernama Jia Jie. Setiap hari, tuan aku membawa aku pergi
ke tempat kerjanya. Tuan aku menggunakan aku untuk menghubungi kawan-
kawan dan keluarganya. Kawan-kawannya memuji aku sangat cantik dan
canggih.

             Tuan aku akan mengelap badanku setiap hari. Oleh itu, aku sentiasa
kelihatan bersih dan berkilat. Selepas dibersihkan, badanku berasa sangat
selesa. Tuan aku sangat sayang akan diriku.

              Aku berasa sangat bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang


tuan yang baik hati dan bertanggungjawab. Aku berjanji akan berkhidmat
untuk tuan aku buat selama-lamanya. Aku juga berharap agar tuan aku
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Anda mungkin juga menyukai