Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah telefon pintar yang bernama Samsung.

Aku dihasilkan di sebuah kilang yang


terletak di Shah Alam. Badanku berwarna hitam dan mempunyai kuasa bateri mesra alam .
Setelah siap dipasang dan diuji , aku dan rakan-rakan dibungkus oleh seorang pekerja
menggunakan kotak yang berkualiti. Selepas itu , aku dan rakan-rakan dikirim ke sebuah
kedai elektronik bernama Samsung yang terletak di Pulau Pinang . Apabila sampai di
destinasi , aku dan rakan-rakan dipamerkan dengan berhati-hati di dalam almari berkaca lut
sinar oleh seorang pekerja yang bertopi . Aku dilabelkan dengan harga RM5000 . Hargaku
berpatutan seperti alah membeli menang memakai.
Setiap hari , aku akan berbual-bual dengan mesranya bersama rakan-rakan . Kami
berbincang bahawa siapakah yang akan dibeli dahulu. Akan tetapi , aku berasa sakit hati
kerana rakan-rakanku telah meninggalkan aku satu demi satu. Pada suatu hari , seorang
wanita yang bertopi masuk ke dalam kedai elektronik Samsung. Beliau ingin membeli sebuah
telefon pintar untuk anaknya .Dengan kehairanan, beliau membelek-belek badanku
manakala pekerja juga memperkenalkan fungsi dan kelebihan aku kepadanya. Akhirnya ,
beliau tidak melepaskan peluang emas untuk membeli aku . Seorang pekerja juga membalut
saya dengan kertas pembalut yang berwarna-warni.
Rupa-rupanya, aku dijadikan sebagai hadiah kepada anak perempuannya sempena
hari jadi yang ke-10. Sejak hari itu, aku mempunyai tuan baharu. Tuan aku bernama Siti. Siti
seorang budak yang ringan tulang. Setiap hari, Siti akan menggunakan aku untuk mencari
maklumat melalui aku. Tuan hanya perlu menekan perkataan pada papan kekunci. Aku akan
memberi pelbagai info dengan aplikasi Google. . Kadangkala, tuan akan merakam gambar
atau video lalu berkongsi dengan rakan-rakannya . Setiap malam, beliau juga akan
berhubung dengan saudara-maranya yang berada di luar negara . Jika tuan hendak pergi ke
mana-mana , dia akan menggunakan aplikasi penunjuk arah untuk sampai di destinasi.
Aku berasa besar hati kerana mempunyai seorang tuan yang baik lagi bijaksana. Aku
berharap dapat berkhidmat kepada tuan aku sehingga tamat Riwayat hidupku.

Anda mungkin juga menyukai