Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN JENIS SYARAHAN

Syarahan faedah mematuhi peraturan sekolah

Yang dihormati saudara pengacara majlis, Tuan Guru Besar, Encik Kamal Affandi bin Abu Samah, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk Faedah Mematuhi Peraturan Sekolah.

Hadirin yang saya hormati,

Setiap sekolah pasti telah menetapkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar.
Peraturan ini dapat membentuk disiplin dalam diri pelajar. Pelajar yang akur terhadap peraturan sekolah
akan mencerminkan sahsiah yang tinggi serta akhlak yang terpuji. Sekolah kita juga telah melancarkan
Kempen Saya Akur Peraturan Sekolah pada minggu lepas.

Peraturan yang diwujudkan di sekolah bertujuan untuk menyemarakkan iklim belajar yang kondusif.
Apabila seseorang pelajar mematuhi segala peraturan sekolah, pembelajaran di sekolah akan berjalan
dengan lancar dan segala objektif pengajaran guru akan tercapai. Maka, pelajar akan dapat mengikuti
semua kemahiran pembelajaran dengan sempurna.

Hadirin yang saya muliakan,

Melalui pematuhan etika berpakaian di sekolah, imej-imej pelajar akan terjamin dan dapat ditingkatkan.
Amalan pemakaian juga mencerminkan peribadi seseorang. Sehubungan dengan itu, para pelajar akan
terhindar daripada gaya pemakaian yang mencolok mata.

Peraturan yang ditetapkan di sekolah akan mewujudkan suasana sekolah yang harmoni. Pada masa
yang sama, warga sekolah dapat berkomunikasi dalam suasana yang aman dan mesra. Tidak ada
sebarang syak dan perasaan yang kurang baik antara para pelajar dengan guru. Semua faedah yang
diperoleh ini akan menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam semua aspek termasuklah jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Para hadirin yang saya kasihi,

Akhir kata, bersama-samalah kita mematuhi peraturan sekolah. Minggu Zero Masalah Disiplin yang
dijalankan setiap bulan di sekolah kita menjadi agenda utama. Ingatlah wahai rakan-rakan saya bahawa
peraturan sekolah bukanlah sesuatu yang membebankan atau memudaratkan kita. Sebaliknya, peraturan
yang diwujudkan ini amat berperanan dalam membentuk akhlak kita. Akhlak terpuji, masyarakat
bermaruah. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai