Anda di halaman 1dari 2

Sebab-Sebab Perlunya Mematuhi Peraturan Sekolah

Setiap pelajar diwajibkan mematuhi undang- undang dan peraturan yang


terdapat di sekolah. Peraturan dan undang- undang sangat penting kepada
semua pelajar. Kegagalan mematuhi peraturan dan undang- undang
membawa banyak kesan negatif terhadap pelajar- pelajar.

Antara sebab perlunya peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar adalah untuk
membentuk generasi yang dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam
gejala sosial. Jika tidak ada peraturan dan undang- undang, tentulah pelajar-
pelajar akan melibatkan diri mereka dalam gejala sosial seperti merokok,
mencuri dan sebagainya. Ini akan melahirkan pelajar yang tidak berakhlak.
Jelaslah bahawa peraturan dan undang- undang sekolah harus dipatuhi
supaya dapat mengelakkan pelajar daripada terjebak dalam gejala sosial
dalam peringkat awal lagi, bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada
mengubati”.

Selain itu, peraturan dan undang- undang juga dapat melahirkan seorang
pelajar yang berdisiplin. Pelbagai peraturan seperti menepati masa,
menyiapkan kerja rumah, dan lain- lain perlu diamalkan. Dengan ini, pelajar
dapat belajar bersungguh- sungguh dan menumpukan perhatian dalam
pelajaran. Selanjutnya, mereka dapat memperolehi keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Bak kata pepatah, “sambil menyelam  minum
air” murid dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dan disiplin diri
mereka dapat ditingkatkan lagi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, peraturan
dan undang- undang dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin.

Selanjutnya, peraturan dan undang- undang sekolah perlu dipatuhi oleh


pelajar untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Misalnya, pelajar harus
mematuhi peraturan yang terdapat di kantin, kelas, makmal sains, bengkel
dan sebagainya. Jika pelajar tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan
tentulah pelajar akan ditimpa kemalangan. Ini juga akan mewujudkan
masalah- masalah yang tidak diingini. Pendek kata, peraturan dan undang-
undang dapat mengelakkan kemalangan.

Di samping itu, peraturan dan undang- undang juga dapat meningkatkan imej
sekolah dan mutu pendidikan sekolah. Misalnya, murid- murid berada dalam
keadaan yang senyap ketika belajar dapat memperolehi keputusan yang
cemerlang sekaligus ini akan meningkatkan imej sekolah.

Kesimpulannya, peraturan dan undang- undang sekolah perlu dipatuhi oleh


pelajar kerana peraturan ini dapat memberi banyak kebaikan. Pihak sekolah
harus berganding bahu, dan melakukan perkara yang sepatutnya untuk
memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah.
Selamat pagi dan selamat sejahtera

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berusaha Encik Hasri Bin Yong,Guru Besar SK Pengkalan Pegoh

Yang dihormati barisan Pentadbir Sekolah

• En. Ahmad Ansary B. Musa, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

• En. Mohd. Rizalme B. AKSani, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

• Pn. Rozana BT. Mohd.Said, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

• Pn. KN Selvi A/P Nadarajah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang dihormati, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat sejahtera dan selamat pagi…

Selamat datang dan Selamat Kembali ke sekolah buat semua murid dan guru sesi 2023/2024.

Pada minggu pertama ini iaitu mulai dari hari ini, 20 MAC 2023 hingga Jumaat 24 MAC 2023

Kumpulan saya bertugas yg terdiri daripada saya, Cikgu Kumar, Pn. Mira Elanni, Cik Suriyani, Pn. Nur
Azzati dan Pn.Victoria.

Seperti biasa, murid boleh merujuk guru bertugas jika terdapat sebarang masalah dan perkara yang
perlu dibantu…..

Anda mungkin juga menyukai