Anda di halaman 1dari 7

PERANAN SEORANG PENGAWAS

Mengawal disiplin pelajar.


Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik
kepada pelajar dan pengawas junior.
Menjaga imej dan nama baik sekolah.
Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi
penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
Memimpin rakan-rakan pelajar.
Mencegah kes jenayah di sekolah.
Menghormati guru.
Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas,
sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang
dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan
cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk
memperbaiki keadaan.
Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan
cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.

Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan


teguran kepada mereka yang bersalah.
Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai
panduan masa hadapan.
Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke
tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di
kantin.

Insya Allah, Jumaat ini saya bertolak ke Kuantan, Pahang. Pada 12


Feb 2011 saya dijemput untuk menyampaikan ceramah
Kepimpinan kepada pengawas Sekolah Kebangsaan Ubai, di
Pekan. Pengawas di sekolah ibarat polis di tengah jalan raya.
Memantau, memberi nasihat, menegur, cuma tidak boleh
menyaman. Kebanyakkan sekolah mempunyai banyak kategori
pengawas. Namun ramai guru yang tidak mengambil tahu apa
masalah yang dihadapi oleh pengawas. Mungkin kesibukan guru
atau guru sesama guru saling mengharap siapa yang lebih
memberi perhatian kepada pengawas. ANTARA masalah
pengawas ialah Bidang tugas pengawas, arah tuju tugasan
mereka dan ke mana hendak mengadu jika menghadapi
masalah. Dan selepas mereka bertindak mengikut lunas-lunas
peraturan sekolah, mencatat nama murid yang melanggar
peraturan, siapa sebenarnya yang berperanan untuk
mengambil tindakan lanjut? Disini kebanyakkan sekolah hari ini,

tidak sempat memberi tumpuan atau perhatian. Dengan itu, tidak


hairan jika mood seorang pengawas asalnya rajin, gigih akhirnya
menjadi hambar dan pudar. Kerana mereka merasakan tugasan
mereka tidak ke mana, tiapa siapa yang ambil tahu dan ke mana
hendak dibawa nama-nama yang sudah ada dalam buku catatan
mereka. Oleh itu, guru-guru perlu sesekali mengumpul pengawas,
untuk memberi suntikan semangat baru, bertanya masalah yang
dihadapi dan memberi reaksi yang sepatutnya sebagai tindakan
lanjut. Anda mungkin juga meminati:

CONTOH IKRAR PENGAWAS


KAMI /
PENGAWAS-PENGAWAS /
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU
SERTING /
DENGAN INI BERIKRAR: BAHAWA KAMI /
AKAN MENJALANKAN SEGALA TUGAS KAMI /
DENGAN ADIL / JUJUR / DAN IKHLAS.
KAMI BERJANJI /
AKAN PATUH KEPADA /
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA /
KAMI JUGA BERJANJI /
AKAN SENTIASA MEMATUHI /
SEGALA PERATURAN SEKOLAH /
DAN ARAHAN GURU-GURU KAMI.
KAMI JUGA /AKAN SENTIASA BEKERJASAMA /
DENGAN GURU-GURU /
UNTUK MEWUJUDKAN DISIPLIN YANG BAIK DI SEKOLAH
INI.
KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH /
UNTUK MENJAMIN DISIPLIN SEKOLAH INI /
DIPATUHI OLEH SEMUA PELAJAR.

KAMI JUGA AKAN SENTIASA BERUSAHA /


MENINGGIKAN MUTU PELAJARAN KAMI /
DEMI MENJAGA NAMA BAIK /
IBU BAPA, GURU-GURU DAN SEKOLAH KAMI

IKRAR LEMBAGA PENGAWAS


Bahawa kami pengawas-pengawas Sekolah Menengah
Kebangsan Seksyen 19 berikrar akan menumpukan sepenuh
taat setia kami terhadap lembaga pengawas dan sekolah ini
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsipprinsip rukun Negara
Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi dan
bertanggungjawab
Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada
sekolah
Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik

Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah

Ikrar rasmi Sekolah Menengah Sains Pokok


Sena
Bahawasanya kami,
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,
Dengan ini,
Berikrar dan berjanji,
Akan melaksanakan kewajipan kami,
Sebagai pelajar yang peka,
Dengan kehendak dan harapan,
Ibubapa, guru dan negara,
Untuk menjadi,
Insan yang berilmu,
Beriman dan bertakwa,
Serta beramal soleh.
Kami bertekad dan berazam,
Untuk belajar bersungguh-sungguh,
Sehingga tercapai kecemerlangan,
Kami berjanji,
Akan mengambil bahagian cergas,

Dalam kegiatan-kegiatan sekolah,


Dan akan sentiasa mengharumkan,
Memelihara dan meninggikan,
Nama baik sekolah.
Kami juga,
Akan mematuhi peraturan sekolah dan asrama,
Serta,
Menjadi pelajar yang berakhlak mulia,
Yang sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T

CONTOH IKRAR SEKOLAH


Maka kami
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Iskandar Shah
berikrar akan mematuhi semua peraturan
sekolah
dan sentiasa menjayakan visi sekolah
Iaitu menjadikan SMK Iskandar Shah
sekolah gemilang negeri Melaka
menjelang tahun 2015

Ikrar Pelajar
Bahawasanya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Permas Jaya,
berjanji akan menjaga dan memantapkan nama baik sekolah
selaras dengan kehendak-kehendak pendidikan dan rukun

negara.
Maka dengan ini, Kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Permas Jaya, berikrar :Akan meningkatkan pencapaian, di dalam bidang akademik.
Akan meningkatkan pencapaian, di dalam bidang ko kurikulum.
Akan menjaga nama baik sekolah
Akan meningkatkan displin diri.
Akan meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai