Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2

Pada masa ini, iklan yang berunsurkan peringatan dan nasihat yang disiarkan dalam
bentuk animasi oleh saluran televisyen semakin meluas. Iklan yang berbentuk animasi juga
mempunyai kelebihan dan mempunyai kekurangan.Oleh itu, iklan menggalakan pengguna
untuk memahami sesuatu yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Kebanyakan iklan
animasi juga bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak malah ia juga dapat menarik
minat di dalam kalangan remaja,dewasa dan orang tua. (63 p.p)

Iklan yang berbentuk animasi dapat bertahan dengan lebih lama. Iklan yang berbentuk
animasi juga dapat dihasilkan secara yang lebih evergreen berbanding dengan iklan yang
memaparkan watak manusia dan latar belakang persekitaran yang biasa. Iklan yang
mempunyai grafik yang menarik akan minat masyarakat untuk mengingatinya. Iklan ini
menghasilkan tarikan yang tersendiri membolehkan masyarakat dapat mengingatinya.
Sebagai contoh iklan yang berkaitan dengan penggunaan dadah dan iklan yang berkaitan
dengan alam sekitar. Dengan ini, bentuk animasi yang diselitkan secara kreatif dan menarik
dapat membolehkan ia bertahan dengan lebih lama.(86p.p)

Kelebihan iklan yang berbentuk animasi mempunyai kos yang murah. Hal ini kerana
tiada bayaran yang harus dibayar kepada watak-watak iklan yang terlibat. Untuk mencipta
iklan animasi, pencipta iklan menggunakan teknologi CGI (Computer Generated Image).
Selain itu, kos untuk mendapatkan penyiaran tidaklah begitu tinggi kerana ia melibatkan
animasi yang mudah diaplikasikan. Animasi yang dicipta menggunakan CGI mempunyai
kos yang rendah untuk di peruntukkan. Pihak yang menerbitkan iklan tersebut tidak perlu
mengeluarkan sejumlah kos yang banyak untuk memperuntukan iklan yang akan
ditayangkan.(79p.p)

Iklan yang berbentuk animasi juga lebih menarik dan kreatif. Iklan yang berbentuk
animasi lebih menarik dan menonjolkan kreativiti, organisasi dan kemahiran perekanya
terhadap pengiklanan tersebut membuatkan ia sedemikian. Kemunculan iklan jenis ini juga
sebenarnya membuka ruang perniagaan atau kerjaya baharu kepada golongan muda dan
remaja. Golongan remaja yang meminati bidang perfileman atau pengiklanan akan
menceburi bidang ini kerana mereka akan menonjolkan kreativiti dan bakat mereka. Iklan
yang berbentuk animasi dapat membolehkan mereka mempelajari jenis animasi yang bakal
direka.(74p.p)

Iklan yang berbentuk animasi turut lebih mudah difahami oleh setiap lapisan
masyarakat khususnya kanak-kanak. Animasi yang menarik dan memaparkan watak kartun
membolehkan kanak-kanak tertarik dengan iklan tersebut. Iklan berbentuk animasi juga
bukan saja menarik minat kanak-kanak malah menarik minat dalam golongan orang dewasa,
orang tua dan masyarakat luar. Selain itu, melalui tayangan iklan yang berbentuk animasi
ini, masyarakat bukan saja memahami mesej yang ingin disampaikan tetapi mereka boleh
menghayatinya. Jadi iklan sedemikian dapat menyampaikan nasihat dan peringatan dengan
lebih jelas.(80p.p)

Iklan yang berbentuk animasi juga mempunyai kelemahan yang tersendiri iaitu iklan
animasi mungkin tidak berkesan. Jika dibandingkan dengan watak manusia, iklan yang
berbentuk watak-watak animasi secara umumnya sukar dipaparkan dengan mimik muka dan
emosi yang jelas. Hal ini kerana, ia tidak memperlihatkan watak sebenar seperti yang
ditunjukkan oleh manusia. Watak animasi selalunya tidak realistik dan hanya
mengambarkan suasana dan mimik muka yang tidak setanding dengan manusia. Dengan ini,
iklan animasi mungkin tidak menarik dan tidak berkesan untuk menyampaikan sesuatu
mesej.(79p.p)

Iklan yang berbentuk animasi tidak dapat menggambarkan keadaan persekitaran dan
sosiobudaya masyarakat tempatan secara realistik juga merupakan kelemahan iklan yang
berunsurkan animasi. Penonton gagal menghayati persekitaran yang cuba disampaikan
dalam iklan. Hal ini kerana, iklan yang ditayangkan tidak mempunyai mesej yang dapat
disampaikan dan menyedarkan masyarakat. Persekitaran tayangan iklan animasi yang
ditayangkan bersifat dan kaku dan terlampau berimaginasi. Oleh yang demikian, iklan yang
berbentuk animasi tersebut agak membosankan dan tidak meninggalkan kesan yang
mendalam kepada para penonton. (78p.p)

Kesimpulannya, iklan animasi memberi pelbagai kesan sama ada positif mahupun
negatif. Iklan animasi memberi impak yang amat mendalam kepada masyarakat yang
menontonnya. Justeru, pihak yang berkaitan dengan agensi pengiklanan haruslah mengambil
berat tentang isu ini. Hal ini kerana iklan merupakan saluran yang amat penting untuk
mempengaruhi minda masyarakat. (48p.p)


(587patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai