Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Merajuk

Maksud : Bahasa merajuk ialah bahasa orang yang berasa kecewa dan berkecil hati disebabkan perkara-perkara tertentu yang menyinggung perasaannya. Contoh : Orang tak sudi singgah, apa nak buat. Maklumlah pondok kita tak ada hawa dingin. maksud : menunjukkan bahawa tuan rumah menggunakan bahasa merajuk kerana untuk menarik perhatian tetamu atau sahabat lamanya supaya singgah ke terataknya. Hal ini telah menyebabkan dia menggunakan bahasa yang menunjukkan rasa rendah diri supaya sahabatnya sudi untuk singgah sebentar di kediamannya. Kebiasaannya, bahasa merajuk sering digunakan oleh kanak-kanak, warga emas atau saudara yang mempunyai hubungan rapat.

Bahasa Tempelak
Maksud : Bahasa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang secara tepat dan langsung dengan menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan atau kesalahan orang tertentu. Contoh : Dulu telah saya katakan, jangan buat begini. Sekarang kita semua yang susah. Maksud: Apabila menghadapi kesusahan atau ditimpa sesuatu akibat kesalahan sendiri. Itulah waktu duit masuk, kau tak beringat untuk menyimpan. Sekarang apa dah jadi? Duit sudah habis, apa yang kau hendak makan? Maksud : Apabila seorang anak ingin meminta duit belanja daripada abangnya selepas kehabisan duit akibat boros berbelanja.

Bahasa Herdik Maksud : Bahasa herdik ialah bahasa seakan-akan tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya pada masa lalu. Bahasa ini juga mempunyai persamaan dengan maki dan tengking. Namun begitu, bahasa ini digunakan bertujuan untuk kebaikan dan bukannya untuk memalukan orang lain. Contoh: Hei, tak ada kerja ke! Asyik nak tidur sahaja. Maksud : Menunjukkan bahawa, seorang abang menggunakan bahasa herdik apabilla melihat adiknya yang pemalas dan sering tidur pada waktu lapang. Keadaan ini menyebabkan dirinya diherdik oleh abangnya kerana sikapnya yang pemalas dan tidak bergaul dengan orang lain. Herdikan abangnya adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada dirinya supaya kurangkan tabiat tidur agar lebih aktif dan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah.

Bahasa Besar/Melampau Maksud : Bahasa yang digunakan untuk membesar-besarkan dan melebih-lebihkan daripada perkara atau kedudukan yang sebenarnya dan banyak digunakan dalam penulisan kesusasteraan. Contoh : dia menangis mengalah hujan musim tengkujuh maksud : menggambarkan tentang kesedihan

Anda mungkin juga menyukai