1. Bahasa Sindiran
Contoh : Nampaknya mendung sahaja hari ini, hari pun dah lama tak hujan!
(ditujukan kepada seseorang yang berwajah muram atau masam sahaja.)
2. Bahasa Menggiat
- lebih kurang sama dengan bahasa sindiran tetapi tidak ada kiasan
- maksudnya hanya untuk mengusik atau bergurau.
- dipertuturkan untuk mengetahui reaksi daripada orang yang ditujukan.
3. Bahasa Mengejek
Bahasa yang mengata seseorang dengan perkataan yang tepat , tetapi dengan
gaya mengajukkan keburukannya serta mempermain-mainkannya sehingga
orang yang mendengar akan mentertawakannya. Kata-kata ini akan
menimbulkan perasaan marah orang yang ditujukannya itu.
Contoh : muka tak malu! belum lulus SPM sudah berangan nak kahwin.
(ditujukan kepada orang yang gatal bermain cinta walaupun belum dapat
berdikari atau lulus peperiksaan untuk menjamin masa depannya)
4. Bahasa Terbalik
Ditujukan kepada orang lain yang sebelumnya kena denda kerana membuat
bising. Tujuannya untuk memberi ingatan supaya jangan membuat kesalahan
yang sama.
5. Bahasa Merajuk
menunjukkan perasaan kecil hati atau menarik diri. Sesuatu perbuatan yang
dirasakan menghina atau tidak sepatutnya dilakukan.
Contoh : orang tak sudi singgah, apa nak buat. Maklumlah pondok kita tak ada
hawa dingin.
6. Bahasa Tempelak
Contoh : Dulu ada orang datang meminang, awak tolak, awak tak mahu, tak ada
rupalah, tak ada hartalah, macam-macma alas an. Sekarang umur dah banyak
siapa lagi yang hendak?
7. Bahasa Herdik
Contoh : Hei, tak ada kerja lain ke! Asyik nak tidur sahaja.
8. Bahasa Melampau
Contoh : Kecantikan wajahnya itu tidak ada tolok bandingannya di dunia ini.
9. Bahasa Merendah
mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang. Tujuannya untuk merendah
diri.
Contoh :
Sudahlah sekolah kerajaan dirikan, gaji guru-guru kerajaan bayar, buku-buku
diberi percuma, padang bola dan bola itu pun disediakan oleh kerajaan juga!
Ragam bahasa yang menggunakan perkataan, frasa, atau ayat secara berulang-
ulang dua atau tiga kali untuk menguatkan maksud sesuatu yg hendak
ditekankan oleh penutur.
Contoh:
Belajar, belajar, belajar, tak kira siapa, di mana dan bila, kita harus lakukan
demi kesejahteraan hidup pada masa depan.
Contoh :