Anda di halaman 1dari 11

CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yang dicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakala kesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi. Bahasa dan sastera tidak seharusnya dipisahkan kerana keduanya diibaratkan seperti irama dan lagu. Jika salah satunya tiada, maka tidaklah bermakna salah satu yang lain itu. Di dalam karya sastera, pengarang menggunakan bahasa sebagai media pengantar untuk menyampaikan idea, mesej dan pandangan mengenai dunianya. Karya sastera yang dihasilkan dapat mengembangkan bahasa seseorang kerana karya sastera biasanya menggunakan bahasa yang halus indah dan tinggi. Bahan sastera seharusnya menjadi sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendedahan awal seharusnya bermula dari murid-murid itu berada di peringkat rendah bawah lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaran bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu yang diajarkan secara khusus. Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya menjadikan bahan sastera itu sebagai komponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid.

2.0 SASTERA SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001: 31), melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang

indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman, perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yang digunakan terpulang kepada guru, untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid-muridnya. Fokus pengajaran guru menggunakan bahan sastera ini ialah kepada objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seperti membaca, lisan, menulis serta mempelajari peribahasa dan tatabahasa. 3.0 BAHASA 3.1 Bahasa Kiasan Bahasa kiasan adalah bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengkiaskankepada perkara yang lain sama ada dengan menyebutkan bandingannya ataupun tidak. Ungkapan kata dalam bahasa kiasan ini menampakkan keindahan dan keberkesanan penggunaannya yang dapat membandingkan fenomina kehidupan masyarakat pada masa itu. Kiasan ialah kata atau frasa atau ayat yang digunakan untuk membanding sesuatu. Ia juga merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada sembilan jenis, iaitu: (a) Kiasan asal: iaitu kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang. Contoh : (i) Matanya merah semerah biji saga (ii) Pahit bagai hempedu (iii) Hatinya remuk bagai kaca terhempas ke batu (b) Kiasan berpindah: iaitu kiasan yang tidak menyebut bandingan sebaliknya terus berpindah kepada benda bandingan itu sendiri. Contoh: (i) Pekak badak (ii) Tidur ayam (c) Kiasan terus: kiasan yang mempunyai makna yang lain dari makna asal.

Contoh: (i) Harimau berantai (ii) Mentega laut (iii) Kutu embun (d) Kiasan bersajak: kiasan yang menunjukkan perbandingan dengan cara yang berbunga-bunga atau bersajak dan selalunya berisi jenaka. Contoh: (i) Sudah gaharu, cendana pula Sudah tahu bertanya pula (ii) Dulu papan, sekarang besi Dulu sayang, sekarang benci (e) Kiasan berbunga: kiasan yang menggunakan rangkaian kata-kata yang indah berbunga-bunga. Contoh: (i) Selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya (ii) merah menyala-nyala. (iii) Adat-adat lama telah reput dimakan zaman (f) Kiasan pemanis: kiasan yang menggunakan perbandingan yang tidak tepat untuk melindungi sesuatu makna yang agak kurang elok atau kurang manis kalau disebut secara terang. Contoh: (i) (ii) (iii) nafkah batin ( nafkah suami isteri) datang bulan ( perempuan yang didatangi haid) menjamah isteri (pergaulan suami isteri)

(g) Kiasan melompat: kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara benda yang asal atau yang sebenar.

Contoh: (i) Minum kopi ( sebenarnya minum air kopi) (ii) Panjat rambutan (sebenarnya memanjat pokok rambutan) (iii) Menjahit baju(sebenarnya menjahit kain untuk membuat baju) (h) Kiasan melarat: kiasan yang perkataanya melarat jauh daripada makna asalnya. Contoh: (i) kaki botol ( sebenarnya orang yang suka mabuk) (ii) memotong cakap orang ( bermaksud suka menyampuk) (iii) badan berisi ( sudah mula gemuk) (i) Kiasan berkacau: kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagian dengan bahagian lain dan di dalamnya sering terkandung unsur- unsur yang tidak logik. Contoh: (i) (ii) Nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lauan cinta berahi. Sabar menanti tanpa harapan

4.0 RAGAM BAHASA MELAYU Ragam bahasa ialah ciri gaya penceritaan tertentu menurut bidang penggunaannya bertujuan untuk menguatkan dan mempertajamkan maksud supaya pembaca atau pendengar mendapat kesan daripadanya. 4.1. Bahasa Sindiran Bahasa sindiran digunakan untuk menyindir seseorang dengan tidak disebutkan secara tepat, hanya dikias-kiaskan kepada perkara lain. Contoh : Nampaknya mendung sahaja hari ini, hari pun dah lama tak hujan! (ditujukan kepada seseorang yang berwajah muram atau masam sahaja.)

4.2. Bahasa Menggiat

lebih kurang sama dengan bahasa sindiran tetapi tidak ada kiasan maksudnya hanya untuk mengusik atau bergurau. dipertuturkan untuk mengetahui reaksi daripada orang yang ditujukan.

Contoh : Amboi, merah sangatlah Mak Ngah! (ditujukan kepada orang perempuan yang pakaiannya berwarna terlalu merah, tujuannya untuk mengusik) 4.3. Bahasa Mengejek Bahasa yang mengata seseorang dengan perkataan yang tepat , tetapi dengan gaya mengajukkan keburukannya serta mempermain-mainkannya sehingga orang yang mendengar akan mentertawakannya. Kata-kata ini akan menimbulkan perasaan marah orang yang ditujukannya itu. Contoh : muka tak malu! belum lulus SPM sudah berangan nak kahwin. (ditujukan kepada orang yang gatal bermain cinta walaupun belum dapat berdikari atau lulus peperiksaan untuk menjamin masa depannya) 4.4. Bahasa Terbalik -bermaksud apa yang diperkatakan mempunyai pertentangan maksud dengan perkataan yang diucapkan. Tujuannya adalah untuk menyedarkan seseorang terhadap kesalahan yang dilakukannya. Contoh : kan sudah kena denda, lain kali bising lagilah. Ditujukan kepada orang lain yang sebelumnya kena denda kerana membuat bising. Tujuannya untuk memberi ingatan supaya jangan membuat kesalahan yang sama. 4.5. Bahasa Merajuk menunjukkan perasaan kecil hati atau menarik diri. Sesuatu perbuatan yang dirasakan menghina atau tidak sepatutnya dilakukan. Contoh : orang tak sudi singgah, apa nak buat. Maklumlah pondok kita tak ada hawa dingin.

4.6. Bahasa Tempelak

kata-kata untuk membalikkan percakapan seseorang yang dikeluarkan sebelum ia sendiri melakukan kesalahan itu. Contoh : Dulu ada orang datang meminang, awak tolak, awak tak mahu, tak ada rupalah, tak ada hartalah, macam-macma alas an. Sekarang umur dah banyak siapa lagi yang hendak? 4.7. Bahasa Herdik seakan-akan bahasa tempelak tetapi tujuannya untuk menunjukkan kesalahan pada masa itu juga, bukannya pada masa lalu. Mempunyai persamaan dengan maki tengking tetapi tujuannya adalah untuk kebaikan, bukannya untuk memalukan orang lain. Contoh : Hei, tak ada kerja lain ke! Asyik nak tidur sahaja. 4.8. Bahasa Melampau mengatakan sesuatu perkara itu secara berlebih-lebihan melebihi apa yang sepatutnya hingga kadang-kadang tidak diterima akal. Contoh : Kecantikan wajahnya itu tidak ada tolok bandingannya di dunia ini. 4.9. Bahasa Merendah mengatakan sesuatu perkara itu kecil dan kurang. Tujuannya untuk merendah diri. Contoh : Terimalah sedikit hadiah yang tidak sepertinya ini. Izinkan saya yang daif ini menyampaikan ceramah kepada tuan-tuan sekalian. 4.10. Bahasa Naik Ragam bahasa yang menguatkan tujuan kata dengan membawakan ke hadapan hati pembaca akan gambaran fikiran yang beransur-ansur naik dataran yang kendur kepada dataran yang semakin tegang. Contoh : Sudahlah sekolah kerajaan dirikan, gaji guru-guru kerajaan bayar, buku-buku diberi percuma, padang bola dan bola itu pun disediakan oleh kerajaan juga!

4.11. Bahasa berulang

Ragam bahasa yang menggunakan perkataan, frasa, atau ayat secara berulang-ulang dua atau tiga kali untuk menguatkan maksud sesuatu yg hendak ditekankan oleh penutur. Contoh: Kaya, kaya, kaya, ya semua orang mahu kaya. Belajar, belajar, belajar, tak kira siapa, di mana dan bila, kita harus lakukan demi kesejahteraan hidup pada masa depan. 4.12. Bahasa mengeluh untuk melahirkan perasaan kecewa dan menyesal dengan cara mengeluh. Contoh : Hai, kalaulah isteriku masih hidup bolehlah aku bermanja! Oh, beginilah nasib kami apabila majikan tidak bertimbang rasa!

5.0 NILAI NILAI-NILAI MURNI DI SEBALIK KARYA SASTERA Karya-karya sastera yang terdapat di negara ini memang sarat dengan nilai murni dan pengajaran. Oleh yang demikian sangat wajarlah jika guru bahasa menggunakan karya sastera sebagai bahan pengajaran di bilik darjah. Di samping menumpukan kepada aspek-aspek pengajaran bahasa, penerapan nilai-nilai murni dan pengajaran juga sangat penting dan merupakan tanggungjawab guru dalam membentuk sahsiah muridmuridnya. Berikut disenaraikan beberapa nilai yang tersirat di dalam karya-karya sastera : Baik hati iaitu sikap mengambil berat terhadap orang lain secara ikhlas, iaitu tanpa mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu itu. Sebagai contoh sikap seorang murid yang suka menolong kawannya yang dalam kesusahan seperti menolong kawan tersebut dalam memahamkan sesuatu pelajaran yang tidak difahaminya. Nilai-nilai ini boleh didapati daripada cerpen-cerpen, sajak, pantun, cerita-cerita rakyat dan sebagainya. Kepahlawanan iaitu sikap keberanian seseorang. Biasanya terdapat di dalam cerita-cerita rakyat, sejarah dan syair. Sebagai contoh, cerita sejarah yang menggambarkan keberanian seorang pahlawan dalam mempertahankan negerinya daripada jajahan orang asing. Misalnya cerita mengenai Pateh

Berbai yang menjadi pahlawan dan bertanggungjawab dalam membangun dan memperkembangkan sejarah awal Brunei, sehingga diangkat menjadi Sultan Brunei yang pertama dan dikenali sebagai Sultan Ahmad. Hormat-menghormati iaitu saling menghargai dan memuliakan seseorang dan memberikan layanan yang bersopan serta berpandangan tinggi terhadapnya. Sebagai contoh menghormati kedua ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Nilai hormat-menghormati ini biasanya didapati di dalam cerpen, pantun, syair dan sebagainya. Kerajinan iaitu usaha berterusan dengan semangat kegigihan, kecekalan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan apa jua kerja yang biasanya berkaitan cita-cita seseorang. Nilai ini biasanya dimasukkan dalam pantun berupa nasihat, cerita-cerita, cerpen, novel dan sebagainya. Patriotisme iaitu perasaan sayang dan bangga kepada negara dan biasanya nilai-nilai berunsurkan patriotisme ini diselitkan di dalam lagu-lagu, pantun, sajak, cerita rakyat dan sebagainya. Selain nilai-nilai yang disebutkan di atas, terdapat nilai-nilai lain yang tersirat di dalam karya-karya sastera. Sebagai contoh nilai kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, semangat bermasyarakat, kebebasan, berdikari dan sebagainya. Dalam cerpen ini banyak nilai yang diperolehi dimana nilai nilai keagamaan amat dipentingkan dalam menongkah arus kehidupan. Seorang abang memberikan nasihat kepada adik tiri yang kerap berpakaian ala kebaratan untuk mengubah cara berpakaian dengan sopan dan menurut nilai nilai dalam agama Islam itu sendiri. Sikap saling menghormati juga ada diterangkan dalam cerpen ini iaitu adik perlu menghormati abang walaupun pertaliannya adalah abang tiri dan ibu tiri. Sikap ini dapat ditunjukkan di akhir cerita apabila watak utamanya mendapat kecelakaan dan menerima alamat dan mimpi tentang dosa silammya. Rafidah mengucup tangan abang tirinya tanda memohon kemaafan. Selain itu, sifat keinsafan dan kemanusiaan ada ditonjolkan dalam cerpen ini di mana watak utamanya Rafidah yang mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ini terbukti di dalam petikan . Tanpa disedari air jernih gugur dari kolam matanya, menyapu lembut pipinya yang gebu.

6.0 STRUKTUR Struktur bahan sastera adalah seperti berikut: (a) Tema Tema ialah gagasan fikiran atau persoalan utama/ pokok yang mendasari sesebuah karya sastera dan terungkap secara langsung dan tidak langsung. Tema dalam cerpen ini ialah kekeluargaan dan keinsafan. Bagaimana abang tiri menjalankan tanggungjawabnya menjaga maruah keluarga dengan membina keinsafan dan gaya hidup yang berlandaskan agama bukannya nafsu semata mata. (b) Persoalan Persoalan dalam cerpen ialah perkara atau masalah yang diketengahkan dalam sesuatu karya dan ada hubung kait dengan tema. Persoalan dalam cerpen ini berkisar pada diri adik tiri yang belum dapat menerima teguran dan nasihat daripada abang dan ibu tirinya. Nasihat dan teguran dianggap tidak penting dan merimaskan diri adik tiri yang sememangnya hidup bebas dan sering dimanjakan oleh bapa kandungnya. (c) Watak dan Perwatakan Watak ialah tokoh yang menggerakkan cerita dalam sesebuah karya manakala perwatakan pula pengisahan tentang watak dalam sesebuah karya (kejiwaan dan fizikal). Watak utama dalam cerpen ini ialah Rafidah yang merupakan seorang remaja yang gemar bersosial, keras kepa

(d) Plot (i) Susunan atau jalinan peristiwa yang menggerakkan cerita berdasarkan sebab dan akibat (e) Gaya bahasa (i) Cara penggunaan bahasa dalam sesebuah karya

(f) Latar (i) Latar/setting ialah latar belakang sesebuah karya sastera. Latar mengandungi pelukisan masa, tempat, dan keadaan masyarakat yang melingkungi cerita. (g) Nilai (i) Merupaka sesuatu yang tinggi sifatnya. Nilai yang memberi kebaikan dan bersifat positif dikatakan sebagai nilai murni. 3.0 KESIMPULAN Kunci kejayaan pengajaran Bahasa Melayu bukan hanya terletak pada kecanggihan kurikulum atau kelengkapan kemudahan di sekolah. Namun ia terletak kepada kredibiliti guru dalam mengatur dan memanfaatkan bahan pengajaran di bilik darjah. Begitu halnya dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa memerlukan kekreatifan guru dalam mengolah bahan-bahan tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan murid-murid di bilik darjah. Selain tujuan kita ingin memupuk minat murid terhadap karya-karya sastera terutamanya karya sastera tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya sendiri agar lebih kerap menggunakan dan mengenal karya-karya sastera yang pelbagai ini. Guru perlu rajin dalam mencari sumber lain selain daripada hanya bergantung kepada penggunaan buku teks sahaja. Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera aktiviti berterusan juga perlu diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan aktiviti susulan di luar darjah seperti, pihak sekolah mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak, berbalas pantun, berpidato dan peraduan berbahas. Dengan yang demikian khazanah kesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan menjadi kebanggaan oleh generasi masa kini.

Rujukan:

10

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Asmah Hj Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd. Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam. Sidang Penyusun. (2006). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan

11

Anda mungkin juga menyukai