Anda di halaman 1dari 26

SEJARAH AWAL DAN PERKEMBANGAN

MENYINGKAP SEJARAH AWAL (1963-1981)

Penubuhan Gaya College

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya yang dahulunya dikenali sebagai


Gaya College kini menginjak usia 50 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, langkah
perjalanan yang dilalui merakam pelbagai kenangan suka duka yang menjadi sejarah
untuk dikenang dan diambil iktibar. Sebagai pusat latihan guru yang kedua tertua di
Sabah, institut ini terus berkembang dan dalam usia yang matang ini pelbagai usaha
dan kejayaan digarap demi memartabatkan pendidikan negara.

Penubuhan Gaya College adalah berikutan keperluan melatih guru-guru di


Sabah yang semakin bertambah pada tahun 60-an. Pertambahan tersebut tidak lagi
dapat ditampung oleh Kent College iaitu satu-satunya pusat latihan perguruan yang
terdapat di Sabah pada waktu itu. Kent College telah ditubuhkan untuk melatih guru-
guru sekolah aliran Melayu. Dengan bertambahnya sekolah rendah Cina mulai tahun
1953 dan sekolah Inggeris pada tahun 1958, adalah mustahil bagi sebuah pusat
latihan perguruan yang kecil menyediakan latihan bagi guru-guru yang diperlukan
bagi seluruh Sabah dalam tiga aliran bahasa pengantar.

Selain daripada itu mulai tahun 1960 juga, perkembangan pelajaran di Sabah
adalah pesat sekali. Hal yang demikian adalah sejajar dengan dasar Lembaga
Pelajaran Sabah (Board of Education) yang menyarankan setiap kanak-kanak di
negeri ini diberi tempat di sekolah-sekolah rendah menjelang tahun 1970. Oleh itu,
penubuhan satu lagi pusat latihan perguruan adalah sangat diperlukan. Menurut
Laporan Sabah Annual Summary Report on the Department of Education (1962) di
muka surat 12 dan 13, penubuhan Gaya College adalah satu keperluan bagi latihan
guru khususnya latihan guru aliran Inggeris. Dengan tertubuhnya Gaya College
semua latihan guru aliran Inggeris akan ditempatkan di pusat latihan baru ini.
Sejarah Gaya College bermula dengan pengambilan pelajar ambilan pertama
sejak Mei 1963. Walau bagaimanapun, pusat latihan ini hanya dibuka dengan
rasminya pada 4 Julai 1963 oleh Sir William Goode G. C. M.G. yang merupakan
Gabenor British Borneo Utara pada waktu itu. Pada awal penubuhannya, Mr J.E.
Tod telah dilantik sebagai pengetua pertama kolej ini . Beliau dibantu oleh seorang
timbalan pengetua dan 8 orang pensyarah. Pelajar kumpulan pertama pula adalah
seramai 83 orang yang terdiri dari 48 orang pelajar lelaki dan 35 orang pelajar
perempuan yang berkelayakan Cambridge School Certificate dan Borneo Junior
Certificate.

Sir William Goode G. C. M.G Mr. J.E. Tod Pengetua Pertama

Gabenor British Borneo Utara (1963) Gaya College (1963)

Pemilihan Nama

Terdapat pelbagai versi pemilihan nama bagi institut ini. Sewaktu dalam
perancangan dan pembinaan, institut ini disebut sebagai The New Teacher Traning
College, Jesselton. Walau bagaimanapun, kemudiannya Gabenor Borneo Utara
dengan nasihat dari Ahli Exco Negeri telah memilih nama Gaya College. Pemilihan
nama tersebut tidak mempunyai makna yang signifikan.
Di samping itu, terdapat juga versi lain yang menyatakan pemilihan nama
Gaya College adalah mengambil nama sempena Pulau Gaya yang dapat dilihat dari
institut ini. Nama tersebut telah dicadangkan oleh Mr.J.E Tod dan diserahkan kepada
jawatankuasa yang dibentuk bertujuan menentukan nama-nama yang sesuai bagi
institut ini. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada Pengerusi Jawatan Kuasa
Pelajaran, Setiausaha Kerajaan Tempatan dan Pengarah Pelajaran. Nama-nama
yang telah disenaraikan oleh jawatankuasa itu untuk dipertimbangkan ialah

 Teachers Training College, Jesselton


 Jesselton Teachers College
 Singgah Mata College
 Gaya College
 Sabah Teachers College

Cadangan nama yang telah dibuat mestilah bersesuaian dan dapat


melambangkan negeri Sabah. Pilihan nama Jesselton tidak melambangkan Sabah
secara keseluruhan, sementara Singgah Mata pula adalah merujuk kepada ekspresi
orang Melayu lama yang bermaksud ‘mata terpaut pada kecantikannya’. Berbanding
dengan Jesselton, perkataan Gaya yang merujuk kepada Pulau Gaya lebih menjurus
kepada Negeri Sabah kecara keseluruhan. Perkataan Gaya juga adalah pendek,
ringkas serta mempunyai bunyi yang sedap didengar. Kesemua cadangan tersebut
telah dikemukakan kepada Gabenor Borneo Utara pada masa itu. Setelah
berunding dengan Jawatankuasa Kerja Negeri beliau memilih nama Gaya College
sebagai nama yang paling sesuai.

Majlis Bersejarah Perasmian Pembukaan Gaya College 4 julai 1963

Pada 4 Julai 1963, menyaksikan peristiwa bersejarah Majlis Perasmian


Pembukaan Gaya College. Liputan yang meluas telah diberikan oleh akhbar-
akhbar tempatan. Hampir kesemua akhbar seperti Daily Ekspress, North Borneo
News dan Sabah Times telah menyiarkan peristiwa yang mencatatkan sejarah
pendidikan Sabah .
Keratan akhbar daripada North Borneo News dan Sabah Times 2 Julai 1963 menunjukkan
Gaya College sebagai mercu tanda pendidikan di Sabah.

Papan tanda Pembukaan Gaya College pada 4 Julai 1963.


Gambar Perasmian Pembukaan Gaya College oleh Gabenor Borneo Utara Sir William Goode 4 Julai 1963

Dalam majlis tersebut, Gabenor Borneo Utara Sir William Goode G. C. M.G
dalam ucapannya menyatakan, keperluan penubuhan Gaya College adalah sejajar
dengan pertambahan sekolah-sekolah di Sabah yang memerlukan lebih ramai guru
terlatih. Penubuhan Gaya College dilihat sebagai pelengkap kepada kewujudan
Kent College. Ucapan Mr. J.E. Tod sebagai pengetua juga sangat menarik, kerana
walaupun telah 50 tahun berlalu namun masih relevan sehingga ke hari ini. Dalam
ucapannya beliau memberi peringatan kepada para pelajar akan peranan yang
perlu dimainkan oleh mereka sebagai seorang guru. Menurutnya, guru perlu
mempunyai kepakaran dalam bidang yang diajar, mempunyai kemahiran dalam
kaedah pengajaran dan pengurusan kelas. Beliau juga menekankan supaya guru
sentiasa bersedia dengan alat bantu mengajar dan mempunyai sahsiah yang sesuai
sebagai seorang guru terlatih.
Mr. J.E Tod sedang memberi ucapan dalam Majlis Perasmian Gaya College, sebelah kiri, keratan
akhbar ucapan beliau dalam Daily Express bertarikh 5 Julai 1963

Seluruh warga Gaya College bermula dari pengetua Mr J.E Tod, naib
pengetua, pensyarah, para pelajar dan semua kakitangan telah membuat
persediaan yang rapi untuk menyambut hari bersejarah tersebut. Para pelajar telah
diminta untuk memastikan persiapan dewan, aktiviti pameran dan kebersihan kelas
dan asrama telah dijalankan sehari sebelum majlis bermula. Untuk memastikan
persiapan berjalan lancar aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah ditiadakan dua
hari sebelum majlis. Para pelajar di bawah pengawasan pensyarah seperti Mr.J.
Amaladoss, Miss Wiseman dan Mr.Harris telah diberi tugas-tugas khas untuk
melicinkan upacara sambutan seperti arahan yang dikeluarkan oleh Mr.J.E. Tod.
Memo dari M.J.E .Tod sempena Majlis Perasmian Gaya Gaya College 1963
Buku Program Sempena Majlis Perasmian Gaya College 4 Julai 1963

Pembangunan Fizikal

Gaya College terletak di sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Punai.
Dengan keluasan 19.4 hektar dan dikelilingi dengan pokok getah memberikan
suasana yang redup di sekitarnya pada tahun 60-an. Pada waktu tersebut juga Jalan
Kebajikan dikenali sebagai Jalan Herrington, Jesselton. Istana Negeri, Hospital
Queen Elizabeth, Pulau Gaya dan laut dapat dilihat dengan jelas dari pemandangan
di sini.

Pembangunan fizikal institut ini bermula dengan kerja-kerja pembinaan awal


pada tahun 1962. Pada fasa pertama pembinaan, apabila dibuka pada tahun 1963,
hanya terdapat sebuah blok bangunan, sebuah rumah pengetua, sebuah rumah
naib pengetua dan dua blok kediaman untuk kaki tangan. Bangunan tersebut yang
sekarang dikenali sebagai Asrama Meranti Gaya memuatkan tempat tinggal bagi
pelajar perempuan, pelajar lelaki, beberapa kelas, bilik pentadbiran dan dewan
serbaguna. Semasa Majlis Pembukaan Gaya Gollege acara tersebut diadakan di
bangunan tersebut.

Asrama Pertama (sekarang Meranti Gaya) dibina pada tahun 1963. Disebelah kanan yang kelihatan
adalah Blok Kediaman Pensyarah (sekarang Flat A).

Laluan Utama Gaya College 1963.

Flat B merupakan kediaman pensyarah berkeluarga 1964


Tahun 1964 merupakan fasa kedua pembinaan iaitu terdapat banyak pembangunan
dijalankan. Pembinaan Blok Pentadbiran, Blok Kuliah (sekarang Blok B), Bilik Seni
(sekarang Bilik Kokurikulum), Blok Sains Rumah Tangga (sekarang Makmal Sains)
dan Bengkel Sains Perusahaan turut dibina pada tahun yang sama .

Blok Pentadbiran dan Blok Kuliah yang siap dibina pada tahun 1964

Bilik Sains Rumah Tangga,1965


Pelajar sedang menjahit pakaian di dalam salah satu bilik di blok tersebut

Makmal Sains, 1965


Pelajar Sedang Menjalankan eksperimen Sains.
Pada tahun ini juga sebuah Makmal Bahasa yang moden pada waktu itu telah
didirikan. Makmal tersebut, bersesuaian dengan keperluan Gaya College sebagai
pusat latihan guru aliran Inggeris. Dalam tahun tersebut juga Bilik Seni, Blok Sains
Rumah Tangga dan Bengkel Seni Perusahaan turut dibina.

Makmal Bahasa bertaraf moden dan dilengkapi alat audio -1965

Makmal Bahasa 1965 (sekarang Bilik SAC)


Pelajar sedang menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Papan Tanda Gaya College 1964.


Pada tahun 1965 yang merupakan fasa ketiga, pembinaan sebuah Dewan
Perhimpunan telah siap dibina. Selain sebagai tempat perhimpunan, dewan tersebut
juga merupakan tempat kebanyakan acara keraian dijalankan. Sehingga tahun 80-
an, dewan tersebut menjadi lokasi banyak acara Kerajaan Negeri Sabah

Dewan Perhimpunan, 1969.


Pelajar sedang menjalankan aktiviti persembahan koir di pentas yang disediakan

Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun sedang memberi ucapan
sempena Majlis Pelancaran Radio Pendidikan Sabah di Dewan Maktab Gaya,1975
Pada tahun tersebut juga, Dewan Kuliah (Lecture Theatre), Perpustakaan, Dewan
Makan, Gelanggang Tenis dan Gelanggang Bola Keranjang turut dibina. Kemudahan
padang juga turut dibina pada tahun yang sama.

Mr.J.E .Tod memberi ucapan dalam salah satu acara sukan di padang Gaya College, 1966.

Salah satu acara sukan yang dibuat di padang Gaya College 1966

Pada tahun 1967, satu blok asrama perempuan yang dikenali sebagai
Bangunan Annex kemudian disebut Seraya Merah (sekarang Blok Kuliah C&D,
Jabatan Sains Sosial dan JAPIM) telah didirikan. Asrama tersebut merupakan satu
kemudahan yang sangat diperlukan kerana sebelum itu asrama yang ada
merupakan tempat kediaman bagi kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan.
Dengan adanya asrama baru ini, asrama awal (sekarang Blok Meranti Gaya)
dikhaskan untuk pelajar lelaki sahaja. Pada tahun 1968-1969 pula sebuah Bilik
Pandang Dengar, Bilik Geografi, Dua buah rumah pegawai Divisi 1 dan 4 buah
rumah pegawai Divisi II turut dibina. Pada tahun 1971, satu Blok Kediaman
Kakitangan (Flat C), Bilik Pandang Dengar dan Bilik Geografi telah dibina.
Pensyarah Awal Gaya College

Semasa pembukaan Gaya College pada tahun 1963, terdapat seorang pengetua,
seorang naib pengetua dan 8 orang pensyarah. Kebanyakan mereka berasal dari
England, Australia dan India. Pensyarah awal tersebut ialah Mr.D.Thompson,
Mr.P.H.B.Harris, Mr.B.G.Brent, Mr.J.Amaladoss, Mr.J.R.Jenkins, Mr.J.McGarry, Mr.
N.V.Salt dan Miss.M.I.J Wiseman (Bahan Arkib, Fail Gaya College 1963). Menjelang
1965 terdapat 18 orang pensyarah yang mengajar di kolej ini. Bilangan pensyarah
terus bertambah saban tahun dengan lebih ramai kemasukan rakyat tempatan
menjadi pensyarah di sini.

Pensyarah Gaya College, 1965

Pelajar Ambilan Pertama Gaya College


Melalui rekod Fail Gaya College 1963, dan disahkan oleh Dato’ Khamis Noyo
bekas pelajar ambilan pertama Gaya College, sebenarnya jumlah pelajar awal yang
melapor diri terdiri dari 85 orang.Walau bagaimanapun dua orang telah menarik diri
menjadikan jumlah yang tinggal hanyalah seramai 83 orang. Daripada jumlah
tersebut hanya lima orang sahaja beragama Islam dan sebahagian besar beragama
Katolik.

Menurut beliau lagi, pengambilan pelajar adalah berperingkat-peringkat


bermula pada Mac 1963. Oleh sebab faktor perhubungan dan pengangkutan pada
waktu itu sangat sukar, Pelajar dari kawasan yang lebih jauh seperti Tawau,
Sandakan dan kawasan pedalaman mengambil masa yang panjang untuk melapor
diri. Berbeza dengan pelajar dari kawasan yang lebih dekat seperti Papar dan
Membakut, mereka lebih awal melapor diri. Menurut beliau lagi, kelas pengajaran
dan pembelajaran hanya bermula pada Mei 1963 apabila semua pelajar melapor diri.
Dalam masa menunggu pelajar yang lain, pelajar yang awal telah diberi tugas untuk
bercucuk tanam dan membuat kolam di kawasan berdekatan asrama.

Kad Pelajar Gaya College 1963 bernombor pendaftaran 1


IMELDA TEO PHILOMINA MUSA BIN ABDUL SCHOLASTICA
MUI NGO ATHANASIUS RAHMAN LANJUAT

BETTY CHUNG SUI RAYMOND JAU`A


TERESA
LIEW KIM LEN LAN
CHONG LEE
LAN

KHAMIS NOYO

Gambar Sebahagian daripada pelajar ambilan pertama 1963


Gambar Pelajar Islam ambilan Pertama 1963

Majlis Keramaian Tahun 1963.

Gambar Kumpulan Pelajar Ambilan Pertama Dalam Majlis Keramaian, 1963.


MENELURUSI ARUS PERUBAHAN (1982-2013)

Peralihan Pengurusan

Dari tahun 1963 hingga 1977, pengambilan pelajar ke institut ini telah diuruskan oleh

Jabatan Pelajaran Sabah. Mulai tahun 1978, urusan pengambilan dikendalikan oleh

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran namun pentadbiran keseluruhan masih di

bawah Jabatan Pelajaran Sabah. Mulai tahun 1982 pula, pengambilan pelajar,

tanggungjawab pentadbiran, pengurusan dan pengawasan Maktab Perguruan Gaya

telah diambil alih oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia

dari Jabatan Pelajaran Sabah.

Pada 13 Julai 2005 Mesyuarat Jemaah Menteri, telah bersetuju supaya Maktab

Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Sehubungan dengan

itu, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2006 Pertukaran Nama Maktab Perguruan Kepada

Institut Perguruan telah dikeluarkan. Semua Maktab Perguruan ditukar nama

kepada Institut Pendidikan Guru berkuatkuasa mulai 1 April 2006. Bermula pada

tarikh tersebut Maktab Perguruan Gaya telah ditukar nama kepada Institut

Perguruan Gaya.

Seterusnya pada 25 Ogos 2008, Pindaan Akta Pendidikan 1996 telah

diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 4 Disember 2008. Pindaan

Akta ini telah memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran Malaysia untuk

menganugerahkan sijil, diploma, dan ijazah kepada graduan Institut Pendidikan

Guru. Selaras dengan perkembangan itu, Institut Perguruan Gaya telah sekali lagi

bertukar nama kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.


Selaras dengan pindaan Akta tersebut Y.A.B Menteri Pelajaran Malaysia

telah bersetuju dengan pemisahan fungsi antara Institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPGM) dengan BPG iaitu IPGM akan memberi fokus kepada latihan

praperkhidmatan manakala BPG akan menumpukan fokus kepada urusan latihan

dalam perkhidmatan. Berikutan dengan itu, mulai Mac 2010 pentadbiran 27 IPG

Kampus tidak lagi di bawah BPG tetapi di bawah Rektor IPGM.

Cabaran

Pelaksanaan MS ISO 9000

Di bawah pengurusan BPG, bagi memastikan pengurusan yang dijalankan adalah


berkualiti, Standard MS ISO 9000 telah dijalankan di semua maktab perguruan
seluruh Malaysia termasuk Maktab Perguruan Gaya. Sistem yang diamalkan
semenjak tahun 2001 tersebut telah menjadikan sistem pengurusan lebih berkualiti
dan mengikut standard antarabangsa. Sistem yang menitikberatkan
penambahbaikan berterusan tersebut masih terus dijalankan dan sehingga kini telah
memasuki versi MS ISO 9001:2008. Cara kerja yang dijalankan dalam sistem
tersebut banyak membantu Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dalam
mendapatkan pengiktirafan Daftar Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) yang dijalankankan semenjak tahun 2007.

Sijil Pengiktirafan MSISO 9001:2008 yang telah diterima dari SIRIM QAS
Akreditasi Malaysian Qualifications Agency (MQA)

Selain daripada melaksanakan dan mematuhi pengurusan berkualiti MSISO, institut


ini juga perlu memastikan semua program yang dijalankan perlu mendapat Perakuan
Akreditasi.Perakuan tersebut merupakan satu perakuan rasmi bahawa sesuatu sijil,
diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti
dan kriteria yang ditetapkan oleh (Malaysian Qualifications Agency, MQA) dan
selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Framework, MQF).

Audit Pematuhan pula dijalankan bertujuan untuk mengekalkan status


akreditasi yang telah diperolehi. Pada tahun 2010, beberapa program PPISMP,
PISMP yang dijalankan di semua IPGK telah mendapat perakuan akreditasi.
Cabaran besar yang dihadapi IPG Kampus Gaya sekarang ialah persediaan teliti
untuk memastikan semua program mengekalkan status akreditasi dan berlaku
penambahbaikan daripada audit pertama 2010.

Sijil Perakuan Akreditasi MQA


Kemudahan IPG Kampus Gaya

Pusat Sumber 6 Blok Kabin (12 bilik


kuliah)
Blok E

Kolej kediaman Selangan


Kaca
Kolej kediaman Jati
Masjid An-Nur

Bilik Micro teaching Anjung Za’ba/Anjung Ibnu


Khaldun
Capaian Internet (Wireless)

Balai rekreasi

Gelanggang Tenis Makmal Komputer


dan bola jaring
Logo dan Lagu

Logo asal Gaya College 1963

Logo asal Gaya College mempunyai ciri khas iaitu paduan antara burung phoenix
dan enggang. Logo tersebut telah dicipta oleh Mr. P. H. B. Hariss yang merupakan
pensyarah Seni di institut ini pada tahun 1963 hingga 1968. Cogan kata yang tertulis
menggunakan bahasa Latin iaitu ‘Ardens Atque Oriens’ yang bermaksud ‘On fire and
ascending’. Secara rasminya diterjemahkan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi
‘Afire, I Rise Aloft’, kemudian dalam bahasa Melayu diberi maksud ‘Seperti Api
Menjulang’. Logo dan cogan kata institut ini menggambarkan semangat pelajar yang
berkobar-kobar seperti api untuk mencapai kejayaan.

Pada tahun 1972, sesuai dengan dasar penggunan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar secara berperingkat-peringkat di institut ini sehingga
1976,namaGaya College telah diubah kepada Maktab Perguruan Gaya. Logo baru
yang berunsurkan bahasa kebangsaan telah digubah dan diatur bersama-sama oleh
Encik Hashim Jasa (pengetua), Encik Mohd Yaman Ahmad Mus (pensyarah Seni)
dan pelajar-pelajar tahun 1972.
Logo Maktab Perguruan Gaya, 1972

Logo yang digunakan pada Sijil Perguruan Keluaran Maktab Perguruan Gaya, 1975 .
Logo Institut Perguruan Gaya 2006

Logo yang dibuat pada 1972 masih digunakan dengan sedikit pengubahsuaian
sehingga 2006 apabila Maktab Perguruan Gaya dinaik taraf ke Institut Perguruan
Gaya. Seterusnya logo tersebut diubah kepada logo baru yang sama bagi kesemua
27 Institut Pendidikan Guru Malaysia.

IPG Bermaksud Institut Pendidikan Guru

Buku pada huruf “I” Melambangkan IPG sebagai sebuah institusi yang
mendukung tradisi keilmuan. Huruf itu juga bermaksud selain
pembacaan,IPG juga menyedia pengalaman berkualiti yang
lain sebagai sumber ilmu.

Tangan Melambangkan IPG bertanggungjawab membangunkan bakal


guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.

Tiga garis putih Melambangkan bakal guru yang dibangunkan berasaskan


Standard Guru Malaysia

Dunia Melambangkan guru yang dihasilkan memiliki kualiti yang


mampu mengangkat pendidikan sekolah di Malaysia ke taraf
dunia.
Huruf G Melambangkan proses pendidikan yang berlaku di IPG untuk
menghasilkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.
Warna Biru menjadi warna rasmi IPG.
Lagu Maktab Perguruan Gaya yang asal bertajuk “Demi Ilmu dan Dharma” ditulis
oleh En. Tarmin Bin Sukirjan, manakala liriknya dicipta oleh En. Sri Nusa Ahmad
Taharuddin dan En. Mohd. Hanafi Bin Haji Abdul Manaf pada tahun 1984.

LAGU DEMI ILMU DAN DARMA


Demi Ilmu dan juga Dharma
Kaulah pembimbing kami semua
Tidak kira bangsa agama
Hidupmu berbakti berjasa

Di bawah bumbungmu Gaya ku


Kami memohon doa restu
Semoga dilimpahkan ilmu
Demi bangsa dan negaraku

Kami Putra Putri *Maktab Gaya


Berkhidmat dengan penuh setia
Berkorban berjasa dan berbakti
Menjadi guru yang sejati

Segala ilmu bakti kau beri


Jadi pedoman di hatiku
Untuk ditaburkan kembali
Semoga bahagia bangsaku.

* Mulai Jun 2006, senikata “Maktab Gaya” diubah ke “I P Gaya”


LAGU IPG MALAYSIA

Institut Pendidikan Guru


Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa Negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru


Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar


Membentuk guru berkualiti
Penyanyang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG

Anda mungkin juga menyukai