Anda di halaman 1dari 4

Penilaian Kendiri

Dalam pelaksanaan program Bina Insan Guru (BIG), saya telah mendapati
banyak kekuatan yang tersembunyi dan ia tidak saya sedar dalam kehidupan
harian saya sehinggalah saya berpeluang untuk menyertai program tersebut.
Sebagai contohnya, dalam Latihan Dalam Kumpulan Sesi Kedua, potensi yang
telah saya sedar ialah berkeyakinan untuk membentangkan sesuatu
pembentangan yang telah saya sedia itu. Walau bagaimanapun, sebagai
seorang manusia, saya juga mempunyai kelemahan. Dalam contoh yang sama,
walaupun saya yakin terhadap pembentangan saya tetapi pertuturan bahasa
Melayu saya masih tidak lancar. Saya berasa sekiranya pertuturan bahasa
Melayu lebih lancar, pembentangan tersebut akan menjadi lebih sempurna lagi.
Bagi meningkatkan kelancaran pertuturan bahasa Melayu, usaha yang boleh
saya lakukan ialah selalu bergaul dengan kawan-kawan kaum Melayu dan
sentiasa menggunakan bahasa Melayu.

Selain itu, saya juga telah mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan yang
baharu iaitu cara menggunakan kompas. Dengan penerangan En. Che Yusof
yang jelas tersebut, saya telah menguasai ilmu pengetahuan itu. Sebagai
contohnya, jarum merah atau hitam adalah jarum Utara manakala jarum yang
satu lagi iaitu berwarna silver adalah jarum Selatan. Semasa ingin menggunakan
kompas untuk menunjukkan hala tuju, jarum Utara itu mesti dimasukkan atau
digerakkan ke dalam ruang tetap berwarna merah pada permukaan kompas itu.
Dengan itu, hala tuju Utara benar baru diwujudkan. Kelebihan saya dalam
aktiviti “treasure” ialah kemahiran menggunakan kompas yang betul untuk
menunjukkan hala tuju yang diingini selepas cara penggunaannya dijelaskan
secara teliti oleh pensyarah. Akan tetapi, kelemahan saya dalam aktiviti tersebut
ialah kekurangan kemahiran untuk mengira langkah yang tepat dari tempat
permulaan hingga ke tempat persembunyian barangan. Sebagai contohnya, ia
telah berlaku beberapa kali berturut-turut semasa saya mengira langkah dan
kiraan langkah itu berbeza jauh daripada kiraan ahli-ahli kumpulan yang lain
seperti kiraan langkah saya adalah 60 tetapi kiraan langkah beberapa orang ahli
kumpulan saya adalah 45 langkah sahaja dari tempat permulaan ke tempat
sembunyi barang. Oleh itu, saya berasa ia berlaku kemungkinan sikap kecuaian
saya dalam mengira. Usaha untuk menambah baiknya adalah mengubah sikap
kecuaian saya dengan cara mengambil perhatian dengan teliti terhadap sesuatu
masalah serta tidak bertindak melulu dalam kehidupan seharian.

Di samping itu, aktiviti pembinaan kumpulan atau team building telah


memberi banyak faedah kepada saya. Sebagai contohnya, ia telah memberi
peluang untuk membantu saya berfikir secara kritis bagi menyelesaikan masalah
perpindahan kaum Amerika dan kaum Bata yang akan memakan orang Amerika
sekiranya bilangan kaum Bata melebihi kaum Amerika. Saya mengakui bahawa
kekuatan saya hanya adalah semangat tidak berputus asa untuk menyelesaikan
masalah walaupun saya mengalami kegagalan selama tujuh kali dan ia tidak
berjaya diselesaikan sehingga pensyarah-pensyarah iaitu En. Mat Salleh dan En.
MD Nasir memberi jawapan kepada kumpulan kami. Kelemahan dalam aktiviti
yang saya dapati ialah saya kurang mempunyai fikiran yang kritis untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi itu. Untuk meningkatkan pemikiran kritis,
kursus yang saya ambil iaitu sejarah adalah paling sesuai bagi melatih pemikiran
kritis saya. Hal ini kerana dalam kursus sejarah kita bukan sahaja memahami
fakta dan huraian yang diberikan sahaja tetapi soalan mengapa harus kita
sentiasa berfikir dan juga kesan daripada peristiwa sejarah. Selain itu, langkah
yang boleh saya lakukan ialah melayari laman web untuk mencari maklumat-
maklumat tentang peningkatan atau kemahiran berfikir secara kritis dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Dalam aktiviti air atau water confident, saya juga telah mendapatkan
faedah daripadanya iaitu ketakutan terhadap air telah dikurangkan dan
memperoleh ilmu pengetahuan baharu iaitu cara memakai jaket keselamatan
yang betul. Kelebihan diri saya yang saya dapati dalam aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak IPG ialah mempunyai semangat belajar yang kuat. Saya perlu
mengakui bahawa saya bukan sahaja takut kepada air terutamanya air tasik
tetapi saya juga seorang yang tidak reti berenang malah mempunyai
pengalaman hampir lemas mati pada zaman kanak-kanak lagi. Walau
bagaimanapun, saya masih berkemahuan untuk belajar kemahiran berenang
dan usaha yang saya lakukan ialah mendengar dan mengikut arahan yang
diberikan oleh pensyarah-pensyarah aktiviti water confident. Bukan itu sahaja,
saya juga menanyakan kawan-kawan dalam kumpulan saya yang reti berenang
cara mengawal koordinasi tangan dan kaki dan saya juga meminta mereka untuk
membuat demonstrasi kepada saya. Walau bagaimanapun, berenang bukan
suatu perkara yang senang dikuasai dalam masa yang singkat itu dan akhirnya
saya masih gagal untuk menguasainya. Akan tetapi, aktiviti tersebut telah
menggalakkan saya belajar berenang dan memberi keyakinan kepada saya
untuk menghadapi aktiviti-aktiviti water confident pada masa yang akan datang.
Sebagai manusia yang biasa juga, saya juga mempunyai kelemahan dalam
aktiviti tersebut iaitu kekurangan keyakinan untuk menghadapi air. Pada mulanya,
saya berasa ketakutan untuk memasuki air tetapi setelah digalakkan oleh kawan-
kawan dan pensyarah-pensyarah selain kelengkapan seperti jaket keselamatan
dijamin selamat, akhirnya saya memasuki air. Usaha yang boleh saya tingkatkan
kelemahan saya ialah memberi keyakinan kepada diri sendiri dengan cara
belajar berenang. Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan ialah melayari
laman web untuk memperoleh ilmu-ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran
tentang berenang. Di samping itu, langkah yang boleh saya lakukan ialah
menunjuk ajar daripada kawan-kawan atau pensyarah-pensyarah yang reti
berenang dan menerima nasihat mereka. Langkah yang boleh saya lakukan lagi
dan paling berkesan ialah mendaftar diri di tempat-tempat belajar berenang dan
mempelajari kemahiran berenang di tempat tersebut.

Secara kesimpulannya, saya telah mendapati bahawa kemampuan


seseorang manusia adalah sangat terhad tetapi kekurangan tersebut boleh
dilengkapi dengan bantuan atau kerjasama orang lain. Manusia hidup
bermasyarakatan kerana manusia adalah saling memerlukan antara sama lain
untuk melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, dalam aktiviti latihan dalam
kumpulan sesi pertama, kumpulan saya diberikan tugas untuk mencipta visi, misi,
slogan dan melukis logo kumpulan tersendiri. Secara jujur, saya mengaku
bahawa saya tidak mempunyai potensi atau bakat dalam melukis sesuatu
lukisan tetapi ahli-ahli kumpulan saya mempunyainya. Sebaliknya, potensi saya
lebih cenderung kepada penerangan dan membentuk ayat-ayat falsafah tetapi
ahli-ahli kumpulan yang potensinya lebih cenderung kepada melukis dan mereka
mengakui bahawa pembentukan ayat-ayat falsafah adalah kurang senang untuk
mereka. Oleh itu, kumpulan kami telah membahagikan kerja-kerja kepada dua
kumpulan iaitu kumpulan bertugas melukis dan kumpulan bertugas membentuk
misi, visi dan slogan. Akhirnya, hasil-hasil kami telah dihasilkan dalam masa
yang singkat disebabkan oleh semangat kerjasama yang tinggi ahli-ahli
kumpulan. Dengan kata lain, saya ingin menegaskan bahawa kemampuan
seseorang manusia adalah sangat terbatas tetapi kekurangan tersebut boleh
digantikan atau dilengkapi dengan bantuan masyarakat dan saya berasa ini
adalah tujuan Tuhan mencipta setiap manusia yang berbeza dan unik untuk
melengkapi manusia mereka diri sendiri antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai