Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Ujian-ujian makmal untuk air

Tujuan : Untuk mengkaji kualiti air di persekitaran.


Hipotesis : Setiap sampel air mempunyai kualiti air yang berbeza.
Pembolehubah :

a. Dimanipulasikan : Jenis sampel air


b. Bergerak balas : Nilai pH, perubahan warna pada kertas litmus, pepejal
terampai pada kertas turas
c. Dimalarkan : Isipadu sampel air

Alat /Radas :

Bikar 100ml, penunjuk universal, kertas pH, kertas litmus biru, kertas litmus merah
dan kertas kobalt, corong penuras, kertas turas.

Prosedur:

Sampel air dari beberapa lokasi berbeza dikumpulkan (100-150ml setiap sampel).

A. Pemerhatian asas ke atas sampel air


i. Warna, bau, kekeruhan sampel air diperhatikan.
ii. Langkah i diulangi dengan sampel-sampel air yang lain.

B. Kertas pH
i. Sebanyak 50ml sampel air diambil dan dimasukkan ke dalam bikar.
ii. Kertas pH dimasukkan ke dalam sampel air tersebut dan perubahan warna
pH diperhatikan.
iii. Hasil pemerhatian direkodkan dalam jadual.
iv. Ulangi langkah (i) dan (iii) untuk sampel-sampel air yang lain.

C. Kertas litmus biru


i. Sebanyak 50 ml sampel air diambil dan dimasukkan ke dalam bikar.
ii. Kertas litmus biru dimasukkan ke dalam sampel air tersebut. Perubahan warna
kertas litmus biru diperhatikan.
iii. Hasil pemerhatian direkodkan dalam jadual.
iv. Langkah (i) hingga (iii) diulangi untuk sampel-sampel air yang lain.
D. Kertas litmus merah
i. Sebanyak 50 ml sampel air diambil dan dimasukkan ke dalam bikar.
ii. Kertas litmus merah dimasukkan ke dalam sampel air tersebut. Perubahan
warna kertas litmus merah diperhatikan.
iii. Hasil pemerhatian direkodkan dalam jadual.
iv. Langkah (i) hingga (iii) diulangi untuk sampel-sampel air yang lain.

E. Kertas kobalt klorida kontang


i. Sebanyak 50 ml sampel air diambil dan dimasukkan ke dalam bikar 50ml.
ii. Kertas kobalt klorida kontang dimasukkan ke dalam sampel air tersebut.
Perubahan warna kertas kobalt klorida kontang diperhatikan.
iii. Hasil pemerhatian direkodkan dalam jadual.
iv. Langkah (i) hingga (iii) diulangi untuk sampel-sampel air yang lain.

F. Ujian Pepejal Terampai:


a. Sebanyak 50ml sampel air dituraskan melalui kertas turas dengan
menggunakan corong penuras.
b. Pepejal terampai yang terdapat pada kertas turas diperhatikan.
c. Hasil pemerhatian direkodkan dalam jadual.

Anda mungkin juga menyukai