Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI MULTIMEDIA DUNIA SAINS DAN

TEKNOLOGI TAHUN 3 DI SK MATU BARU KUCHING SARAWAK

________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

1.1 Tajuk perisian : “Tumbuhan”

1.2 Sinopsis :

Projek inovasi multimedia yang bertajuk “Tumbuhan” yang telah dirancang


dengan rapi ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang berguna kepada
murid-murid Tahun 3. Menerusi perisian ini, guru dapat menggunakannya
sebagai bahan bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menerusi perisian ini juga, murid-murid dapat diperkenalkan dengan ciri-ciri
tumbuhan seperti jenis urat daun, jenis akar, tumbuhan berbatang kayu dan
tidak berbatang kayu, tumbuhan berbunga dan tidak berbunga, tumbuhan
berbuah dan tidak berbuah, habitat tumbuhan, cara pembiakan tumbuhan dan
kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan. Adalah diharapkan melalui
perisian multimedia ini, dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan
murid-murid tentang tumbuhan.

2.0 MATLAMAT PROJEK

Projek inovasi multimedia ini adalah bertujuan untuk :

1
1) Membina kaedah baru bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran
murid-murid dan guru.

2) Untuk menarik minat murid-murid supaya pengajaran dan pembelajaran


menjadi menarik dan seronok.

3) Mendedahkan murid-murid dengan penggunaan teknologi.

4) Menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.

5) Mempelbagaikan bahan bantu mengajar guru supaya tidak bergantung


kepada bahan maujud dan buku teks sahaja.

6) Memudahkan penyampaian guru dan memberi peluang murid-murid


berinteraksi terus dengan perisian yang dibina.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

1) Murid-murid dapat mengenal tumbuhan

2) Murid-murid dapat mengetahui ciri-ciri luaran dan ciri-ciri lain bagi tumbuhan

3) Murid-murid dapat melihat sendiri bagaimana tumbuhan membiak melalui biji


benih melalui persembahan video.

4) Murid-murid dapat mengetahui jenis-jenis pembiakan tumbuhan.

5) Murid-murid dapat mengetahui habitat bagi tumbuhan.

6) Murid-murid dapat mengetahui kepentingan tumbuhan kepada manusia dan


haiwan.

7) Menyampaikan maklumat melalui pelbagai bentuk media seperti grafik, bunyi


dan video.

2
4.0 TINJAUAN PENULISAN

Penggunaan komputer telah menjadi agenda penting di dalam pendidikan kita di


Malaysia dalam era teknologi maklumat yang serba mencabar ini. Penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah diiktiraf sebagai salah satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sekolah rendah.

Penyampaian pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer atau


teknologi multimedia bermula sejak tahun 2002 apabila PPSMI (Pengajaran
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) diperkenalkan.
Semenjak dari itu, banyak CD interaktif dibekalkan di sekolah-sekolah bagi
tujuan membantu guru-guru dalam menyampaikan objektif pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan. Maka dengan adanya kemudahan seperti
ini, mata pelajaran sains lebih mudah disampaikan kepada murid dan lebih jelas
penerimaan murid.

Sebelum penggunaan multimedia secara meluas, bahan bantu mengajar yang


kerap digunakan adalah dalam bentuk maujud iaitu samada dalam bentuk
spesimen, model seperti model paru-paru dan peralatan atau radas sains. Selain
guru bergantung kepada buku teks dan papan tulis semata-mata.

Menurut Vijaya Kumaran KK Nair (1996), multimedia sebagai gabungan teknologi


bunyi, audio, grafik berbentuk statik, animasi dan tayangan video. Multimedia
juga mewujudkan satu situasi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan
kerana pelajar akan mengingat 20% daripada apa yang mereka lihat, 30% apa
yang lihat dan dengar dan 60% ke 70% daripada apa yang mereka interaksi.

Justeru itu, dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah,


multimedia memainkan peranan penting kerana kanak-kanak memerlukan satu
pembelajaran yang menarik bagi memastikan proses penyampaian PdP lebih
berkesan. Bagi memastikan penggunaan multimedia ini berkesan dalam bilik
darjah, aspek-aspek seperti rekabentuk, grafik, pemilihan, cara persembahan

3
animasi dan pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira dalam menghasilakn
sebuah perisian multimedia agar proses PdP berjalan dengan lebih berkesan.

5.0 MODEL REKABENTUK

Analisis keperluan :

- murid-murid berumur 9 tahun ( TAHUN 3)

- menentukan matlamat dan objektif

- mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

6.0 PENYATAAN MASALAH

Sebenarnya terdapat masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 3 Bestari dan 3
Cekal dalam mata pelajaran Sains bagi tajuk “TUMBUHAN” ini. Kajian ini
memfokuskan masalah murid yang tidak menguasai kemahiran dalam topik
“TUMBUHAN”. Kesilapan yang sering mereka lakukan adalah kerana:

A. Murid tidak kenal pada jenis-jenis tumbuhan yang mereka tidak pernah lihat.

B. Murid tidak ada pengetahuan dan pengalaman tentang cara tumbuhan


membiak.

C. Murid tidak pernah atau jarang mendengar istilah-istilah sains seperti spora,
keratan batang, batang bawah tanah, urat daun, jejala dan sebagainya.

D. Murid tidak pernah tahu atau mengambil tahu tentang kepentingan tumbuhan
contohnya mereka tidak tahu kertas diperbuat daripada pokok.

4
7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

7.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah untuk mengenal pasti masalah murid ini adalah melalui
beberapa cara. Di antaranya adalah berikut :

a. Tinjauan dibuat melalui sesi soal selidik dengan murid

b. Melalui lembaran kerja yang diberikan semasa sesi pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas.

7.2 Kaedah Pelaksanaan.

a. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan kaedah


tugasan kerja kumpulan.

b. Memberikan penerangan dengan mengguanakan ICT.

c. Latih tubi di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan ICT.

5
8.0 PERANCANGAN PROJEK

MINGGU FASA PERKARA TINDAKAN CATATAN


PERLAKSANAAN

1 Pemilihan Memilih kelas yang Pemilihan dibuat


sasaran bakal menjalani LM berdasarkan
kekosongan Bilik
Sains dan tidak
bertindan dengan
kelas malar sedia ada
Merangka Kertas Menyusun dan Mendapatkan contoh
Kerja mengumpul bahan dan berbincang
sepatutnya untuk dengan rakan-rakan
mempastikan LM tentang tugasan.
projek berjalan
lancar.
FASA AWAL

Penetapan Jadual Memilih waktu Pemilihan


Waktu bersama yang sesuai agar berdasarkan
Guru tidak bertindan persetujuan bersama
Pembimbing dengan waktu Guru Pembimbing
pemantauan Guru untuk mengambil
Pembimbing. kelas B dan C

Kelas Pilihan:
3 Bestari dan
3 Cekal

6
Memilih Standard Mentelaah Memilih gambar yang
Kandungan kandungan sesuai dan
sebagai fokus isi pembelajaran yang berilustrasi menarik

FASA ANALISIS
kandungan CD sukar untuk perhatian.
disediakan bahan Mula mentadbir dan
maujudnya dan menyiapkan CD
dilihat tidak mudah interaktif yang
dikuasai murid menarik.
berdasarkan kajian
pengalaman lepas.
1 Pernyataan Memantau Sasaran diperolehi
masalah penglibatan penuh dengan melihat
untuk kedua-dua kepada murid
kelas. sasaran terdiri
Mencari isu kepada daripada murid kelas
FASA

keperluan CD 3 Bestari dan 3 Cekal.


Inovasi. Pemilihan isu dilihat
Isu: ketara semasa
PEMBANGU

IMPLIKASI
NAN DAN

Murid tidak pembelajaran biasa.


berminat
mengikuti
pembelajaran
biasa dan mereka
lemah 4M dan
perlu dibantu.
2 Kolaborasi Perbincangan Pemerhatian telah
DAN SOKONGAN
FASA OPERASI

bersama Guru tentang elemen- dilakukan sebelum


Pembimbing elemen yang perlu memulakan CD.
dimasukkan dalam
CD.

7
Penggunaan CD Pemantauan 09 Julai 2014.
bersama Guru Seliaan pertama.
Pembimbing
sekaligus
divideokan hasil
penggunaan CD.
3 Refleksi Keberkesanan CD Lihat perbezaan
FASA OPERASI DAN SOKONGAN
penggunaan dicatatkan dalam antara dua kelas
dua hari yang berbeza.
penggunaan Bagaimana
impaknya?
Laporan Catatan dan Meminta pandangan
penggunaan dapatan Guru Pembimbing
penggunaan CD di berkenaan
drafkan dalam keberkesanan CD
buku catatan. terhadap dua kelas
yang berbeza.
4 Penggunaan CD Pemantauan 23 Julai 2014. Seliaan
bersama Guru Ke 2.
Pembimbing
sekaligus
divideokan hasil
penggunaan CD.
Refleksi Keberkesanan CD Lihat perbezaan
penggunaan dicatatkan dalam antara dua kelas
dua penggunaan yang berbeza.
Bagaimana
impaknya?
Laporan Catatan dan Meminta pandangan
penggunaan dapatan Guru Pembimbing
penggunaan CD di berkenaan
drafkan dalam keberkesanan CD
buku catatan. terhadap dua kelas
yang berbeza.

8
5 Failkan Laporan. Semua data yang Mengumpul
diperolehi atau maklumat yang
dikenalpasti dikenalpasti.
semasa
penggunaan CD
difailkan.
6 DAN 7 FASA OPERASI DAN Mengedit dan Melaksanakan Fail laporan di
SOKONGAN memperbaiki kerja-kerja tunjukkan kepada
hasil maklumat menyusun Guru Pembimbing.
daripada maklumat.
penggunaan CD.
8 Penghantaran Semak dan jilid. Siap dan dipastikan
FASA

Laporan / Kertas sampai ke tangan


kerja penyelia/ Pensyarah
PENGHANT

pembimbing.
PROJEK
ARAN

9.0 TEKNIK PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN PROJEK


INOVASI BERASASKAN MULTIMEDIA

Berikut merupakan langkah-langkah dalam menjalankan pDp dengan


menggunakan multimedia.

Langkah 1

a) guru memulakan pDp dengan membuat penerangan berdasarkan objektif


pembelajaran.

9
b) Guru boleh menggunakan pelbagai jenis media atau BBM bagi pengajarannya.

Langkah 2

a) guru meneruskan pDp dengan menggunakan pelbagai media sebagai


penghantar sama ada menggunakan ICT atau persembahan Powerpoint atau
mengedarkan lembaran kerja.

Langkah 3

a) dalam langkah ini, guru masih membimbing murid dalam menyelesaikan atau
menyiapkan tugasan yang diberikan.

b) Menjalankan perbincangan di kalangan murid sama ada antara murid dengan


murid atau guru dengan murid.

Langkah 4

a) murid mula terlibat secara lansung dengan menyiapkan atau melakukan


aktiviti yang diarahkan guru secara individu.

b) Guru membuat pemerhatian murid mana yang perlu dan akan diberikan
bimbingan atau pengayaan.

Langkah 5

a) guru boleh membuat penilaian ke atas murid sama ada mereka telah
menguasai objektif pDp pada hari tersebut.

b) Murid yang masih lemah ( tidak menguasai ), guru boleh terus memberi
latihan pemulihan.

10.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Bil Jenis Alatan / Bahan Jumlah Kos ( RM )


1 Kertas A4 Putih ( 1Rim X RM 9.00 ) 9.00
4 Maker Pen Biru + Hitam + Biru + Hijau 12.00
5 Dakwat Pencetak 100.00

10
6 Gunting 2.50
7 Photostat Lembaran Kerja 20.00
8 CD DVD ( 6 KEPING X RM 2) 12.00
JUMLAH 155.50

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya melalui perisian ini ia dapat membantu murid-murid Tahun 3


mempelajari dan mengenali Tumbuhan. Perisian ini juga secara tidak langsung
dapat mendekatkan diri murid-murid dengan penggunaan teknologi. Perisian ini
juga dapat membantu guru mengajar murid-murid dengan lebih mudah dan
berkesan selain menggunakan kaedah lama seperti penggunaan bahan maujud
dan carta. Penggunaan perisian juga menarik perhatian murid-murid kerana
dalam kandungan perisian ini mengandungi gambar-gambar berwarna, video,
audio dan warna-warna yang menarik. Dorongan dan bimbingan guru dalam
menggunakan perisian ini pula dapat memudahkan murid-murid menguasai
teknologi yang cuba diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Sains ( Dunia Sains dan Teknologi).

11

Anda mungkin juga menyukai