Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN KEM BINA INSAN GURU SESI JUN-OKT 2015

KEM RIMBA TAMU, BATANG KALI.

21-8-2015 (JUMAAT)
ICE BREAKING

Objektif dalam ice breaking ini ingin menyatukan kesemua pelajar kohort A dan
kohort B menjadi satu kumpulan.
setiap pelajar akan bergerak mengikut buah kegemaran kami dan dibahagikan sedikit
demi sedikit dengan sepuluh kumpulan buah-buahan dan mengeluarkan seorang dari
buah kegemaran mereka untuk menjadikan sepuluh kumpulan. Selain itu, pensyarah
dan penasihat menyuruh kami untuk memilih orang yang kami minati dan bebaris
dihadapannya. Kami digabungkan dan fasilitator meminta ketua kumpulan dan
mengambil ketua kumpulan itu menjadi satu kumpulan lagi dan nama setiap
kumpulan dimulakan dengan perkataan batu.
Nilai yang kami dapati dalam aktiviti ini adalah kami perlulah mengenali satu sama
lain dan tidak mengira umur bagi kohort A dan kohort B. Selain itu, kami juga
haruslah menjadi pesaing hebat antara kumpulan yang dipilih. seterusnya, saling
menghormati antara satu sama lain.

MERENTAS HALANGAN
Objektif dalam aktiviti merentas halangan ini adalah untuk meningkatkan lagi stamina
dalam diri kami dan terus bersaing antara sepuluh kumpulan ini dan melatih kami
dengan aspek-aspek asas jasmani.
Setiap kumpulan memberi semangat sepasukan dan saling bekerjasama antara
sepasukan. Selain itu, kami diberi 27 halangan untuk bersaing bersama kumpulan lain
dan memperolehi markah yang tinggi jika melepasi 27 halangan tersebut.
Nilai yang kami dapati dalam aktiviti tersebut ialah kami belajar erti semangat
sepasukan dan saling bekerjasama dengan tidak kira umur atau bangsa. Selain itu,
daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan selaras prinsip rukun Negara
dijadikan utama dalam aktiviti ini kerana aktiviti tersebut bukan sahaja mengajar kita
daya ketahanan diri masing-masing tetapi mendidik diri kita berusaha bersama-sama
dalam sepasukan untuk melepasi 27 halangan tersebut.

SOLAT MAGHRIB/TAZKIRAH MAGHRIB/SOLAT ISYAK (SOLAT IKUT SUNNAH)


Objektif ini kami sentiasa bersama-sama menguatkan lagi sifat kerohanian pada diri
masing-masing.
Kami menyempurnakan solat maghrib dan solat isyak dengan berjemaah. Selepas
kami solat maghrib, kami tidak membuang masa kami meneruskan dengan tazkirah
yang diberikan oleh ustaz di kem rimba tamu itu dengan tajuknya solat mengikut
sunnah. Banyak yang kami pelajari dalam tazkirah tersebut salah satunya kami dapat
mempelajari kesilapan dan kesalahan dalam solat yang kami lakukan sebagai rutin
harian yang wajib dilakukan ini. Seterusnya, tiba waktu isyak, kami juga terus solat
bersama-sama secara berjemaah dan diikuti masa yang tepat dan tidak berlaku
penyelewengan masa pada waktu-waktu solat tersebut.
Nilai yang didapati kami mendapat satu teguran atau nasihat dalam tazkirah tersebut.
selain itu, dapat menghayati ciri-ciri kerohanian dalam membina insan guru ini.

LDK 1 : BATANG PAIP HELIUM


Objektif dalam aktiviti ini ialah kami dapat memupuk semangat berpasukan,
bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara kumpulan ini.
Aktiviti ini dimulakan dengan setiap ketua kumpulan dipanggil dan memulakan
aktiviti ini terlebih dahulu. Bagi ahli-ahli lain dalam kumpulan perlu memberi
semangat kepada ketua kumpulan masing-masing. Selain itu, setiap ketua kumpulan
perlu bersaing antaranya untuk meraih kemenangan. Dengan aktiviti tersebut ketua
kumpulan diberi batang paip helium dan fasilitator telah meletakkan guli di dalamnya,
dalam aktiviti tersebut ketua kumpulan perlu mengimbangkan batang paip helium itu
supaya guli di dalamnya tidak terkeluar dan jika gulinya terkeluar maka dikira gagal
dalam aktiviti tersebut. selepas itu, ahli-ahli lain dalam setiap kumpulan pula perlu
melakukan aktiviti sedemikian. Dalam aktiviti ini, kami sepasukan perlu bekerjasama
untuk memastikan keseimbangan guli di dalam batang paip helium ini.
Nilai yang perolehi dalam aktiviti ini ialah kita haruslah mempamerkan daya
ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, spiritual dan social. Seterusnya, kita perlulah
menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalam atau
aktiviti tersebut.

LDK 2 : BULATAN SAYANG

Objektif atau tujuan dalam aktiviti bulatan sayang ini ialah membina kemahiran
berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Aktiviti ini dinamakan bulatan sayang. Fasilitator memberikan setiap kumpulan dua
tali raffia yang diikat, dan setiap kumpulan perlu berlawan antara kumpulan lain.
setiap kumpulan memberi kerjasama yang baik dan setiap kumpulan juga perlu
berfikir cara untuk melepasi tali raffia bagi setiap ahli di dalam kumpulan tersebut.
seterusnya, setiap kumpulan perlu berlawan antara dua kumpulan dan memastikan
kepantasan dan kekuatan dalam kumpulan tersebut untuk meraih kemenangan dan
secara tidak langsung dapat menambahkan lagi markah bagi kumpulan-kumpulan
yang berjaya.
Nilai yang saya dapati dalam aktiviti ini ialah secara tidak langsung dapat memberi
manfaat dan ketahanan atau kepantasan diri untuk kumpulan kita sendiri untuk
kejayaan bagi kumpulan masing-masing. Selain itu, berupaya berfikir secara reflektif
dan kritikal ke atas kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan
penambahanbaikan secara berterusan.

LDK 3 : KOLAM JIWA


Objektif dalam kes ini ialah kami dapat memuhasabahkan diri dan berupaya
mengurus diri dengan mempamerkan kebolehan penampilan diri yang sesuai
dalam jati diri seseorang.
Latihan di dalam kumpulan ini, kami diberi teguran dan penghayatan oleh Sir
Hazwan. Nasihat yang amat baik yang diberikan oleh Sir Hazwan dan
memahami situasi dan keadaan sekarang. Apa yang Sir Hazwan ingin
sampaikan untuk kami amat bermakna dan boleh dijadikan sebagai satu
pengajaran bagi kami. Seterusnya, Sir Hazwan telah memberi kami untuk
menyuarakan atau perkongsiaan dalam aktiviti ini yang dinamakan kolam
jiwa. Kami dapat mempelajari erti TRUST iaitu T untuk Time, R untuk
Respect , U untuk Unconditional, S untuk Support dan T untuk Touch. Kaedah
ini amat berguna bagi mempelajari etika dan akhlak keguruan terhadap pelajar
dan berguna untuk diri sendiri juga.
Nilai yang dapat diperolehi ialah kami menghayati ciri-ciri personality kendiri
dan kerjaya keguruan serta dapat membina pemikiran yang positif terhadap
diri sendiri. Seterusnya, mempamerkan jati diri yang tinggi bagi diri masingmasing dan tidak mudah berputus asa bila jatuh dan perlu bangkit untuk maju
kehadapan.

22-8-2015 (SABTU)
SOLAT SUBUH/ TAZKIRAH PAGI (KEMUNGKARAN DALAM SOLAT DAN
SAMBUNGAN SOLAT MENGIKUT SUNNAH)
Objektif ini kami dapat menghubungkaitkan dan menitikberatkan tentang solat yang
dilakukan oleh individu setiap hari.
Apa yang kami pelajari, pada waktu yang sama kami solat berjemaah dan mengikut
waktu yang ditetapkan. Kami dapat banyak yang perlu difahami tentang solat 5 waktu
ini. Selain itu, kami mendengar sambungan tazkirah tentang solat mengikut sunnah
dan tazkirah tentang kesalahan atau kemungkaran yang sering di lakukan dalam solat
kami. Seterusnya kami dapat mempelajari sebutan yang betul dalam solat 5 waktu ini.
Di samping itu, kami bersama sama menyebut sebutan yang betul dan tepat yang
diajari oleh ustaz di kem rimba tamu itu.
Nilai yang diperolehi ialah kita perlulah menitikberatkan tentang ilmu solat kita
supaya kita menjaga kehormatan dalam solat kerana Allah s.w.t. selain itu, kita dapat
mempelajari sebutan yang betul dan nilai yang dapati ialah meningkatkan lagi daya
kerohanian pada diri seseorang yang perlu ada pada diri seorang guru. Banyak ilmu
yang kami dapat dari sesi tazkirah ini,

SENAMAN PAGI
Objektif yang kami perolehi ialah saiz fizikal tidak menghalang untuk bersama-sama
meningkatkan lagi daya jasmani pada diri seseorang.
Aktiviti ini kami dapat meningkatkan lagi stamina pada diri seseorang sebelum
memulakan aktiviti seterusnya. Kami bersenam bersama-sama dan diaturkan oleh Sir
Hazwan, Sir Hafiz, Miss Ara, Miss Tina dan dibantu oleh fasilitator. Aktiviti ini amat
menyeronakkan. Banyak lagu yang dimainkan untuk senaman pagi kami. Sebagai
contoh semua lagu kaum dimainkan iaitu senaman kaum cina dan india. Kami
bersama-sama menyempurnakan senaman pagi kami sebelum aktiviti ynag mencabar
yang bakal kami lakukan. Selain itu, secara tidak langsung badan seseorang tidak
terkejut apabila aktiviti laksa dilakukan dan tidak sakit selepas itu.
Nilai yang kami perolehi ialah dapat meningkatkan stamina diri sebelum aktiviti laksa
dilakukan. Seterusnya memupuk semangat jasmani dalam diri dan dapat menjaga
kesihatan dalam diri masing-masing.

MENGEMBARA KE GUA KOMUNIS

Objektif yang kami dapati ialah kami memerlukan kerjasama sepasukan yang kukuh

dan saling bantu membantu sesama sendiri.


Aktiviti ini dimulakan dengan kami perlu berjalan selama setengah jam untuk sampai
ke gua tersebut. kami merempuh empat sungai untuk ke gua itu dan melalui hutan.
kami bekerjasama sepasukan dalam merempuh pelbagai halangan untuk ke gua
tersebut. dikatakan juga gua komunis ini ialah gua yang terpanjang di Malaysia. Kami
teruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke gua tersebut. masuk sahaja ke dalam gua
tersebut sudah mencabar bagi kami. Kami perlu bersama-sama menolong setiap ahli
kumpulan untuk masuk ke dalam gua kerana di dalam gua tersebut mempunyai batu
yang besar dan air yang deras. Dan amat bahaya jika kami tidak bekerjasama dan
mementingkan diri sendiri. Aktiviti sedemikian amat memerlukan daya ketahanan

yang tinggi untuk melepasi segala rintangan di dalam gua tersebut.


Nilai yang kami perolehi ialah kami perlulah bekerjasama dan saling bantu-membantu
dalam sepasukan untuk merempuh segala halangan yang ada di dalam gua itu.
Seterusnya, kita juga harus saling bertolak ansur antara sepasukan dengan tidak kira
umur dan bangsa.

FLYING FOX

Objektif yang kami dapati ialah keberanian atau fizikal yang perlu kuat pada

seseorang dalam aktiviti ini.


Aktiviti ini perlu mengambil masa kerana seorang demi seorang perlu beratur
menunggu giliran untuk bermain aktiviti flying fox ini. Keberanian setiap pensyarah
juga membuatkan para peserta menambahkan lagi keberanian masing-masing untuk
mencuba aktiviti ini kerana pensyarah kami telah melakukan aktiviti flying fox ini
terlebih dahulu dan diikuti oleh peserta-peserta lain. amat menyeronokkan kerana
aktiviti ini juga dapat meningkatkan lagi keberanian dan jati diri yang sempurna

dalam diri seseorang.


Nilai yang dipelajari ialah sifat keberanian yang dipupuk oleh setiap peserta dalam
aktiviti ini dengan tidak mengira umur. Selain itu, dapat mencuba perkara yang baru.
Dan seterusnya, dapat menyakin diri seseorang kerana aktiviti ini agak mencabar dan
memerlukan daya ketahanan yang kuat dan tinggi pada diri seseorang.

KESIMPULAN KESELURUHAN
Kesimupulanya, program ini dapat membina daya tahan mental dan fizikal serta
menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai focus utama dalam

proses pembinaan insan guru ini. Melalui kem Bina Insan Guru ini, insan guru dapat
dilihat sebagai golongan pembina dan penjana modal insan yang cemerlang.
Disamping itu, menjadi role model kepada masayarakat Malaysia umumnya, justeru,
program Bina Insan Guru ini akan membantu para bakal guru dalam memantapkan
serta menguatkan jati diri dalam lima aspek terpenting iaitu jasmani, emosi, rohani,
intelek dan social (JERIS). Selain itu, para peserta dapat memupuk sikap kesedaran
dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi dan saling
menghormati, membina sahsiah yang berdaya saing yang sihat, berdaya tahan dan
berdaya juang yang tinggi dalam setiap kumpulan, menghargai dan mencintai nilainilai budaya yang tidak kira umur atau bangsaa yang releven dengan perkembangan
semasa. Seterusnya, melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian dengan teratur dan secara tidak
langsung dapat memupuk sikap displin pada diri sendiri yang perlu ada pada sikap
keguruan di Malaysia ini. Di samping itu, membimbing para pelajar menghayati dan
mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan bermoral.

LAMPIRAN
TESTIMONI PROGRAM

21 OGOS 2015 (JUMAAT)


MASA
9.00 AM
10.00-12.00 PM

AKTIVITI
BERTOLAK DARI KOLEJ
TIBA DI KEM RIMBA TAMU
TAKLIMAT KEM

12.00-3.00 PM

ICE BREAKING
MAKAN TENGAHARI
MENDIRIKAN KHEMAH

3.00-6.00 PM
6.30-7.00 PM

SOLAT JUMAAT & REHAT


MERENTAS HALANGAN
BERSIH DIRI

7.00-7.30 PM

SOLAT ASAR
MAKAN MALAM

7.30-9.00 PM

SIAP DIRI
SOLAT
MAGHRIB/

TAZKHIRAH

MAGHRIB/ SOLAT ISYAK


9.00-10.00 PM
10.00-10.30 PM
10.30-11.30 PM
12.00 AM

***SOLAT IKUT SUNNAH


LATIHAN DALAM KUMPULAN
MINUM MALAM
AKTIVITI KOLEJ
TIDUR

22 OGOS 2015 (SABTU)


MASA
5.30-7.00 AM

AKTIVITI
BANGUN PAGI/ SIAP DIRI/ SOLAT
SUBUH/ TAZKIRAH SUBUH

7.00-7.30 AM
7.30-8.00 AM
8.00-12.30 PM

***KEMUNGKARAN DALAM SOLAT


PERHIMPUNAN PAGI/ SENAMAN PAGI
SARAPAN PAGI
KEMBARA KE GUA

12.30-2.00 PM

MAKAN TENGAHARI

2.00-6.00 PM

SOLAT ZOHOR & SIAP DIRI


FLYING FOX
MINUM PETANG

6.30-7.00 PM
7.00-8.00 PM
8.00-8.30 PM
8.30-9.00 PM
9.00-10.00 PM
10.00-10.30 PM
10.30-11.30 PM

SOLAT ASAR
MAKAN MALAM
SIAP DIRI/ SOLAT MAGHRIB
PERSIAPAN MALAM KEBUDAYAAN
SOLAT ISYAK
LATIHAN DALAM KUMPULAN 2
MINUM MALAM
AKTIVITI
KOLEJ

MALAM

12.00 AM

KEBUDAYAAN
TIDUR

22 OGOS 2015 (AHAD)


MASA
5.30-7.00 AM

AKTIVITI
BANGUN PAGI/ SIAPKAN DIRI/ SOLAT
SUBUH/ TAZKIRAH SUBUH

7.00-8.00 AM
8.00-9.00 AM
9.00-11.00 AM
11.00-12.00 PM
12.00-12.30 PM
12.30-1.30 PM

***CALON PEMIMPIN DI AKHIRAT


SENAMAN PAGI & SARAPAN PAGI
LATIHAN DALAM KUMPULAN 3
AKTIVITI KOLEJ
MENGEMAS KHEMAH
MAKAN TENGAHARI
UPACARA
PENUTUPAN
DAN

1.30-2.00 PM

PENYAMPAIAN HADIAH
SOLAT/ BERANGKAT PULANG

Anda mungkin juga menyukai