Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Muhammad Afif Bin Zakaria

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.


Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan
kurnianya, saya dapat menghabiskan Kem Bina Insan Guru di Bagan Lalang
dengan jayanya. Kem tersebut diadakan selama 4 hari 3 malam. Sepanjang
kem tersebut, pelbagai perkara yang saya dapat teladani dan disemai dalam
diri sebagai bakal pendidik pada masa akan datang. Program ini telah
banyak memberi saya pelbagai nilai-nilai murni dan keperebadian seorang guru
disamping ada yang dapat menguji ketahanan mental dan fizikal saya.
Antaranya ialah saya dapat merasakan kehidupan seorang manusia ini akan
menjadi teratur dan lebih sistematik dengan adanya peraturan. Peraturan
sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam membina jati diri
seseorang lebih-lebih lagi sebagai bakal guru pada satu hari nanti.
Alhamdulillah, sepanjang kem tersebut, saya dapat mengikuti segala arahan
dan peraturan yang telah ditetapkan. Dengan didikan dan ajaran ini, saya
akan menggunakannya dengan sebaik mungkin apabila berada di sekolah
untuk menjalani proses Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu PBS.
Selain itu juga, melalui kem tersebut, saya dapat mempelajari yang
semangat bekerjasama dan juga tolong-menolong adalah penting dalam diri
setiap diri seseorang lebih-lebih lagi sebagai bakal pendidik. Hal ini demikian
kerana sikap bekerjasama akan membina suatu kejayaan yang lebih
bermakna. Melalui kem ini, aktiviti seperti merentas rimba, berkayak dan
juga aktiviti dalam kumpulan (LDK) memainkan peranan penting dalam
membina

sikap

bekerjasama

antara

individu.

Pembacaan

kompas,

persefahaman dalam berkayak dan juga kerjasama dalam membuat aktiviti


dalam kumpulan dapat membentuk modal insan yang baik dan bermakna.
Selain itu juga, sepanjang kem BIG ini, kami di didik untuk bangun di awal
pagi untuk bersembahyang qiamullail dan juga kami semua diarahkan untuk

bersembahyang secara berjemaah pada setiap kali waktu sembahyang.


Dengan ini, nilai kerohanian dapat dipupuk dalam diri setiap bakal pendidik.
Setiap pelajar juga diarahkan untuk bertugas di tempat sembahyang seperti
ada pelajar yang diarahkan untuk menjadi bilal, dan juga ada yang
ditugaskan untuk menghamparkan sejadah.
Secara keseluruhannya, kem BIG ini sebenarnya dapat membentuk diri
seseorang pendidik ke arah yang terbaik. Saya harap, kem BIG seterusnya
akan lebih baik daripada yang sebelumnya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai