Anda di halaman 1dari 4

RAZALI BIN OTHMAN 201

2
JURNAL REFLEKTIF
PENULISAN JURNAL SEPANJANG TEMPOH PERLAKSANAAN TUGAS.

Isu
1. Untuk tugasan yang pertama, saya telah diminta menyediakan tugasan
powerpoint secara berpasangan. Di dalam powerpoint ini, tajuk pembentangan yang
kami perolehi adalah Bahan Api. Pada awalnya, tajuk yang kami perolehi nampak
mudah untuk diperolehi maklumatnya namun setelah beberapa hari mencari,
didapati amatlah sukar untuk memperolehi isi-isi tentang tajuk ini. Dengan itu, kami
terpaksa membahagikan tugas untuk mencari maklumat tentang bahan api seberapa
banyak yang mungkin.
2. Untuk tugasan yang kedua, saya dan pasangan saya di kehendaki menerangkan
kepada rakan-rakan di dalam kelas tentang tajuk yang kami perolehi. Walaupun
nampak seperti topik yang mudah, namun apabila menggunakan dan melibatkan
simbol-simbol, ini akan menyukarkan saya memandangkan saya bukanlah daripada
pengajian sains tulen ketika di sekolah menengah.
3. Untuk tugasan yang ketiga, kami telah diminta melakukan amali secara
berkumpulan. Walaupun saya sudah banyak kali melakukan amali, namun ini
merupakan pengalaman pertama saya melakukan amali dengan tajuk yang di beri.
Sebanyak 6 amali yang perlu di jalankan. Saya terpaksa melakukan dengan berhatihati agar setiap amali yang di jalankan berjalan dengan baik.
Analisis
1. Masalah ini timbul kerana saya kekurangan masa untuk mencari maklumat. Ini
disebabkan komitmen kepada sekolah memandangkan sekolah baharu sahaja
memasuki bulan 2, dimana merupakan bulan yang penuh dengan aktiviti sukan dan
permainan. Memandangkan saya terlibat sebagai guru pengiring sukan, kebanyakan
masa saya di habiskan buat sementara dengan aktiviti sukan. Peluang untuk kami
bertemu dalam membincangkan powerpoint kami juga terbatas.

RAZALI BIN OTHMAN 201


2
2. Masalah ini timbul kerana saya dan rakan saya bukanlah dari pengajian sains
tulen di sekolah menengah. Ini merupakan pembelajaran yang baharu kepada saya.
Dan amatlah sukar difahami dalam masa yang singkat ditambah pula dengan
bebanan kerja di sekolah. Ini yang menyebabkan pembentangan kami mungkin
sedikit kekurangan. Walaupun begitu, kami tetap menyediakan powerpoint yang
terbaik untuk di kongsi dengan rakan-rakan.
3. Ketika melakukan amali, masalah yang saya hadapi adalah amat sedikit sekali
kerana saya melakukan amali bersama rakan-rakan di dalam satu kumpulan.
Dengan melakukan kerja berkumpulan, kerja menjadi lebih mudah dan senang.
Cadangan memperbaiki
1. Untuk mengatasi masalah ini, saya terpaksa melakukan kerja lebih masa di waktu
malam. Dengan cara ini sahajalah dapat membantu saya mendapatkan maklumat
tentang tajuk yang diperolehi. Saya juga meminta pertolongan rakan-rakan sekerja
mendapatkan serba sedikit maklumat. Alhamdulillah,sekurang-kurangnya ia dapat
membantu saya mendapatkan bahan.
2. Untuk mengatasi masalah ini, saya melakukan ulangkaji dengan terperinci
seberapa kerap yang boleh. Memandangkan saya merupakan kumpulan kedua yang
membentangkan powerpoint ini, tidaklah banyak yang dapat saya pelajari. Walaupun
begitu, pada pendapat saya pengalaman dan pengetahuan serba sedikit yang
terdapat dalam diri saya banyak membantu saya ketika pembentangan.
3. Seperti yang jelaskan tadi, tiada masalah yang timbul ketika melakukan amali. Ini
kerana saya melakukan amali secara berkumpulan. Ini memudahkan saya
menjalankan amali yang akan di jalankan.
Tindakan susulan
1. Tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cuba membahagikan
masa agar dapat mencari maklumat yang di inginkan. Masa rehat terpaksa
dikurangkan begitu juga waktu tidur. Saya dapati inilah cara terbaik untuk saya
menyiapkan kerja ini.

RAZALI BIN OTHMAN 201


2
2. Sekiranya ada masa senggang diantara kelas, saya selalu meminta penerangan
daripada rakan sekolah saya yang arif dalam sains ini. Dengan pertolongan mereka,
dapatlah menambah pengetahuan saya.
kesimpulan
terima kasih di ucapkan kepada pensyarah, kawan-kawan, rakan sekerja dan juga
semua individu yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Alhamdulilah, akhirnya dapat di siapkan juga tugasan ini. Apa yang dapat
dirumuskan disini ialah, kerja yang berat akan menjadi mudah jika bekerjasama. Bak
kata pepatah bersatu membawa maufakat yang membawa maksud jika kita
bersatu, pasti hidup akan menjadi mudah.

REFLEKSI AKHIR
Sepanjang tempoh Latihan Mengajar di Sekolah Menengah Teknik Kulim (SMT
Kulim),saya telah mendapat seribu kenangan untuk dijadikan pengalaman sebagai
bekalan sebelummelangkah ke alam perkejaan sebenar. Selepas tamatnya latihan,
banyak pengalaman telahdapat saya kecapi. Walaupun sebahagian daripadanya
pahit namun terselit juga di antaranyaseribu satu kemanisan. Yang pasti, segala
kenangan dan pengalaman di SMT Kulim akansentiasa tersemat di hati sanubari
saya.Banyak pengalaman baru dapat saya rasai. Contohnya ialah semasa kali
pertamamenghadiri mesyuarat guru dan menjalankan proses P&P. Dalam P&P, saya
merasaipengalaman mengajar sebenar yang sudah pasti menjadi ingatan sepanjang
hayat. Saya sangat teruja walaupun gementar untuk mengajar kerana subjek yang
bakal saya ajar merupakansubjek yang amat saya minati dan merupakan salah satu
subjek yang saya kuasai sepanjangtempoh pengajian di UTHM. Namun begitu, tugas
untuk menyampaikan ilmu bukanlah sesuatuyg boleh dianggap mudah kerana
memerlukan sentuhan dalam P&P yang tidak sekadardipelajari di kelas tetapi
memerlukan usaha yg gigih da hati yang tabah. Terutamanya apabilamengajar
pelajar dari aliran Vokasional dan apatah lagi pelajar aliran Kemahiran. Saya
akuiamat sukar bagi saya yang berasal dari sekolah menengah harian, untuk
menyesuaikan diridengan suasana dan budaya sesebuah sekolah teknik. Dari segi

RAZALI BIN OTHMAN 201


2
kokurikulum pula, saya merasasangat bertuah kerana berpeluang melibatkan diri
secara aktif. Saya menjadi pembantu GuruPenasihat Persatuan Pengakap Sekolah,
dan juga pembantu jurulatih pasukan bola jaringSekolah. Walaupun agak sibuk
kerana terpaksa mengimbangi P&P dan aktiviti kokurikulum,semuanya merupakan
pengalaman yang perlu dihadapi oleh seorang pelatih untuk menjadiseorang guru
yang disegani.Saya akui bahawa saya juga mempunyai pelbagai kelemahan ketika
mengajar, namunkelemahan ini tidak saya anggap sebagai penghalang demi
menabur ilmu dan bakti kepadaanak2 bangsa. Untuk tujuan ini, saya telah
bermuhasabah diri dan tidak memandang negatif kepada kelemahan-kelemahan
saya itu. Di antara kelemahan saya adalah pada suara. Suarasaya tidak cukup
lantang untuk dikongsi bersama didalam kelas yang berkapasiti 30 orangpelajar.
Kelemahan-kelemahan lain ialah dari segi penyediaan rancangan pengajaran
danpengurusan masa. Kelemahan ini akan saya perbaiki dari semasa ke semasa
bagi meningkatkanmutu dan kualiti pengajaran saya. Akhir kata, tugas guru
memerlukan pengorbanan dan komitmen yang sangatlah tinggi.Namun saya akan
serahkan seluruh jiwa dan raga saya bagi mengejar impian saya untukmenjadi warga
pendidik yang member khidmat demi kesejahteraan anak-anak bangsa saya sendiri

Anda mungkin juga menyukai