Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.

T,
kerana dengan izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan
kerja kursus projek bagi subjek BMM3105 ini. Sebelum melangkah ke
intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada penysarah pembimbing subjek BMM3015, En.
Firdaus bin Abd Salam kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam
memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen
beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti
interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk
turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat
sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang
ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila
sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah
bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan
seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan
ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan
tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya
hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai
yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat
menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan
budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk
menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini
sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya
mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima
tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang
saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya
akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan
masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
anakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang
ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila
sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah
bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan
seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan
ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan
tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya
hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai
yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat
menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan
budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk
menyiapkan tugasan ini.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil


beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk
menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan
tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa
seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang
tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara
keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan
komputer selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru
mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer
dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini,
kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah lagi.

Anda mungkin juga menyukai