Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Saya berusaha dengan gigih untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan bersungguh-sungguh. Sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah atau kesulitan yang dialami. Tetapi saya menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang mudah. Contohnya, saya mengalami kesukaran untuk menyusun atur story board berkenaan pembentangan yang telah dibuat. Di samping itu, setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan baru terutama mengenai model-model pengajaran iaitu model ASSURE yang sesuai digunakan serta stratergi-stratergi yang betul untuk digunakan dalam sesi P&P. Ini juga memberi saya latihan awal dalam menjalankan kajian yang pada dasarnya sangat asing bagi saya. Selain itu, melalui kerja kursus ini juga, saya secara tidak langsung memahami tujuan sebenar model dan teori ini penting sewaktu mengajar, Tanpa pekara ini. Sesi P&P yang dijalankan sukar untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Melalui kerja kursus ini, saya sangat berharap mendapat manfaat dan pengetahuan yang saya pelajari dengan lebih mendalam. Saya juga berharap semoga kerja kursus ini

mengikut spesifikasi yang diingini dan saya harap kerja kursus ini juga akan memberi manfaat kepada saya mahupun orang lain suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai