Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN A A02 BIODATA PELAJAR A03 SURAT PENGENALAN DIRI A04 PERNYATAAN PROFESIONAL

BAHAGIAN B
B01 PETA LOKASI, PELAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH B02 CARTA ORGANISASI SEKOLAH B03 VISI DAN MISI SEKOLAH B04 TAKWIM SEKOLAH B05 SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK & SOKONGAN ) B06 PERATURANPERATURAN SEKOLAH

BAHAGIAN C
C01 SURAT-SURAT LANTIKAN TUGAS SEMASA DI SEKOLAH C02 SALINAN BORANG BIMBINGAN (PR1/PRA) C03 SALINAN BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM

C04 REKOD PENGAJARAN BERPASANGAN

BAHAGIAN D
D01 RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM D02 SENARAI NAMA AHLI DAN KEHADIRAN D03 LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

D04 RANCANGAN PROJEK/ PERANAN LAIN D05 LAPORAN PROJEK / PERANAN LAIN

BAHAGIAN E
E01 FORMAT & CONTOH PENULISAN JURNAL E02 PENULISAN JURNAL MINGGUAN E03 CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

BAHAGIAN F
F01 MAKLUMAT INOVASI P&P F02 BAHAN BANTU MENGAJAR F03 BAHAN RUJUKAN

BIODATA PELAJAR
Nama No K/P Kursus / Unit Ambilan Tarikh Lahir Alamat : Natrah Binti Fadzil : 910524-09-5024 : PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011 : Januari 2011 : 24 Mei 1991 : 132 H Jalan Tandop Lama, Kg. Sungai Baru, Kuala Sanglang 02800 Kangar Perlis No. Telefon Emel Nama Institut Pensyarah Pembimbing Guru Pembimbing Tempoh Praktikum : 012-9312713 : natrahfadzil91@gmail.com : IPG Kampus Perempuan Melayu , Melaka : : : 12 Minggu

PERNYATAAN PROFESIONAL

APA YANG DIHARAPKAN Dengan lafaz Bismillah, saya mulakan penulisan ini dengan penuh rasa syukur kerana dapat meneruskan perjuangan hingga ke saat ini. Praktikum merupakan satu program yang wajib dilalui oleh semua guru pelatih yang bernaung di bawah IPGM. Bagi praktikum fasa tiga ini, tempoh masa yang telah ditetapkan ialah tiga bulan atau lebih tepat lagi dua belas minggu persekolahan. Melalui fasa praktikum pada kali, harapan saya semoga segala objektif yang diharapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru(BPG) terhadap semua guru pelatih IPGM akan tercapai dan dapat saya laksanakan dengan sebaik yang mungkin. Selain itu, saya juga berharap agar dapat menyatupadukan segala teori dan amali pengajaran dan pembelajaran semasa di Institut ke dalam suasana persekolahan. Seterusnya, saya amat berharap agar selepas menjalani praktikum ini, saya akan dapat lebih memahami profesion keguruan ini selain meningkatkan

penguasaan saya dengan mengetahui lebih banyak strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah seperti pengawalan kelas dan pengurusan masa yang bijak. Besar harapan saya semoga praktikum kali ini membawa jiwa saya lebih dekat terhadap ilmu pengajaran dan profesion pendidik. Semoga saya dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik dan rasional. Tambahan lagi, saya berharap agar proses praktikum kali ini dapat memupuk sifat positif seorang guru terhadap diri, membentuk daya

kefahaman yang tinggi terhadap bidang keguruan seterusnya menjadi titik tolak dalam menjadikan saya seorang bakal guru yang sentiasa mengamalkan dan menghayati budaya dan nilai profesion yang mulia ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang baik dan untuk itulah saya ingin menanamkan azam supaya pada praktikum fasa tiga ini saya dapat mencari serta menggali sedalam mana ilmu serta pengalaman yang boleh dalam usaha untuk menjadi seorang pelajar yang berdedikasi kelak. Harapan menggunung terhadap praktikum fasa tiga ini menjadi penanda aras yang baik kepada saya unutuk mendekatkan diri kepada profesion keguruan. Selain itu, saya amat berharap agar murid-murid dapat menerima segala ilmu yang diajarkan nanti dengan kefahaman dan objektif yang dirancang. Semoga urusan saya kelak dipermudahkan oleh Allah dan berjalan dengan lancar. Amin.

SAYA BANGGA MENJADI GURU GURU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRINYA UNTUK MENERANGI KEHIDUPAN ORANG LAIN

SEMASA Saya berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi. Dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut, saya telah menggariskan beberapa objektif yang ingin saya capai sepanjang tempoh saya menjalani praktikum fasa tiga ini. Antara objektif yang telah saya gariskan dan ingin saya capai semasa praktikum berlangsung ialah mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna, menjadi seorang guru sepertimana yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta berusaha untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sekolah. Apa yang saya dapati sepanjang tempoh saya menjalani praktikum fasa tiga ini ialah objektif yang telah saya gariskan tersebut hampir tercapai bahkan saya telah mendapat banyak ilmu serta pengalaman di sekolah . Selain itu juga, praktikum fasa tiga ini telah banyak mengajar saya bangaimana untuk mengawal kelas Program Integrasi Pendidikan Khas. Ternyata, bukanlah mudah untuk saya mengawal kelas

pendidikan khas ini kerana sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, pelajar dari golongan ini merupakan pelajar yang sangat istimewa dan memerlukan bimbingan serta perhatian yang lebih. Sebagai seorang guru, saya telah berusaha sedaya yang mungkin dalam usaha untuk mendidik serta membentuk pelajar ini supaya dapat menjadi insan yang berguna kelak. Praktikum fasa tiga ini juga telah banyak membuka minda serta kefahaman saya berkenaan dengan realiti kehidupan seorang guru. Semasa menjalani praktikum di sekolah, saya telah melibatkan diri dengan hampir kesemua aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah seperti aktiviti kokurikulum dan sebagainya lagi. Di sini, saya telah mengetahui bagaimana untuk mengendalikan sesuatu aktiviti seperti ini

dan saya juga mengetahui objektif aktiviti seperti ini dijalankan. Realiti kehidupan seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah tetapi sebaliknya memerlukan kesabaran serta ilmu yang tinggi dalam usaha untuk mendidik anak bangsa. Praktikum fasa tiga ini juga sedikit sebanyak telah memberi peluang serta pendedahan kepada saya tentang bagaimana untuk mengaja

SELEPAS Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta izinNya saya telah dapat menghabiskan praktikum fasa tiga ini. Sepertimana yang saya harapkan, praktikum fasa tiga ini merupakan praktikum yang sangat mencabar serta telah banyak memberikan ilmu kepada saya dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang baik kelak. Selain itu juga, praktikum fasa tiga ini telah membuka minda saya untuk lebih bersedia dan membuat lebih baik apabila seorang guru kelak. Saya juga berasa sangat gembira serta bertuah kerana telah ditempatkan di SK. Seri Bemban Melaka kerana sepanjang saya berada di sekolah ini, saya telah dapat menjalani praktikum dengan selesa dan seluruh warga sekolah serta pelajar khususnya telah banyak membantu saya dalam usaha untuk mencapai objektif yang telah saya gariskan sebelum dan semasa saya menjalani praktikum di sekolah ini. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada seluruh warga sekolah, guru pembimbing, pensyarah pembimbing, rakan sepraktikum, ibu bapa dan juga semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai