Anda di halaman 1dari 5

Program bina insan guru merupakan satu program wajib yang perlu dijalani oleh semua guru pelatih

di semua institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Program ini bertujuan mendedahkan kepada guru pelatih tentang bagaimana cara untuk menganjurkan seminar yang bertujuan untuk memberikan input yang berguna kepda guru pelatih dalam menjalani latihan perguruan di institut ini. Sebagai salah seorang daripada peserta yang telah menyertai aktiviti bina insan guru pada kali ini, saya telah mendapat banyak input dan manfaat yang amat berguna kepada saya dan saya yakin semua manfaat yang saya dapat ini turut berguna kepada semua guru pelatih di luar sana yang akan keluar berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa di sekolah kelak. Program Bina Insan Guru pada kali ini ialah berbentuk seminar dan aktiviti ini telah dianjurkan oleh keenam-enam unit PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2011. Aktiviti seminar ini telah dijayakan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Badrul Hisham Bin Ismail dengan ceramah beliau yang bertajuk Pembinaan Insan Guru Yang seimbang. Seminar ini telah diadakan di Dewan Tun Fatimah dan mengambil masa selama 3 jam dan dihadiri oleh semua guru pelatih semester 2 ambilan Januari 2011. Program Bina Insan Guru pada kali ini menitikberatkan pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru pelatih dalam menganalisis masalah dan situasi yang kompleks untuk membuat sesuatu keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan . Tajuk ceramah yang disampaikan iaitu Pembinaan Insan Guru yang Seimbang amatlah sesuai dijadikan bahan bualan atau isu dalam kalangan guru pelatih kerana sepertimana yang kita sedia maklum, untuk menjadi seorang guru, pembinaan insan guru yang seimbang dari setiap aspek merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan kerana bermula sebagai guru pelatihlah bakal-bakal guru ini akan dididik sebelum mereka menjadi seorang guru yang berjaya kelak. Ceramah yang disampaikan ini dapat menyedarkan setiap guru pelatih bahawa betapa pentingnya pembinaan kendiri yang seimbang sebagai seorang guru pelatih yang sedang menuntut di Institut ini. Penceramah juga menyentuh beberapa isu yang berlaku di sekeliling yang mana isu isu tersebut mempunyai kaitan dengan sikap guru pelatih sendiri. Hal ini secara tidak langsung akan menyedarkan guru pelatih tentang sikap mereka selama ini dan secara

tidak langsung juga dapat memberi impak yang positif kepada guru pelatih untuk mengubah sikap mereka yang mungkin selama ini selalu melakukan sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang positif. Selain itu juga, ceramah yang disampaikan ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi isinya kerana menurut pandangan saya isi ceramah yang cuba disampaikan oleh penceramah adalah merupakan isi-isi yang bernas dan input yang ingin disampaikan dapat diterima oleh setiap guru pelatih yang menghadiri ceramah tersebut. Sepertimana yang kita ketahui, ada dalam kalangan guru pelatih yang masih tidak menyedari tanggungjawab sebenar mereka berada di institut ini iaitu menjadi seorang pelajar guru pelatih yang sepatutnya berusaha dalam menuntut sebanyak yang mungkin ilmu yang berkaitan dengan alam pendidikan dan alam perguruan ini. Oleh hal yang sedemikian, penceramah cuba untuk menyedarkan guru-guru pelatih yang hadir pada ceramah tersebut supaya mereka lebih peka dan jelas tentang tanggungjawab mereka yang sebenar semasa berada di institut ini. Hal ini secara tidak langsung sedikit sebanyak telah dapat menaikkan semangat guru pelatih yang hadir untuk menimba sebanyak ilmu yang mungkin dalam mengejar kerjaya untuk menjadi seorang guru yang berkaliber kelak. Ceramah ini juga telah banyak memberi input yang berguna kepada guru pelatih yang hadir kerana dalam ceramah ini penceramah telah menyentuh isu di mana masih ada dalam kalangan guru pelatih yang masih tidak mempunyai pendirian yang tetap. Hal ini bermaksud masih ada dalam kalangan guru pelatih yang berada di institut ini tidak merelakan diri mereka untuk berada di institut ini. Hal ini berkemungkinan disebabkan mereka berada di institut ini atas dasar paksaan oleh ibu bapa ataupun juga atas dasar tiada peluang lain yang mereka boleh tuju. Hal seperti ini adalah merisaukan kerana untuk melahirkan pembinaan insan guru yang seimbang dalam kalangan guru pelatih, mereka perlulah mengikhlaskan diri mereka berada di institut ini bukan atas sebab paksaan kerana sepertimana yang kita ketahui, untuk menjadi seorang guru yang baik dan berjaya mendidik anak bangsa kelak, kita seharusnya ikhlas dan menyukai kerjaya kita kerana dengan keikhlasan itu maka akan lahirlah bakal-bakal pemimpin negara dlam kalangan anak didik kita. Oleh hal yang demikian, penceramah

berusaha untuk memberikan kesedaran serta motivasi kepada guru pelatih yang hadir pada sesi ceramah pada petang tersebut supaya mereka boleh menerima dan mengikhlaskan diri mereka berada di institut ini untuk menimba penagalaman dan ilmu yag selengkapnya daripada pensyarah yang dipertanggungjawabkan supaya kelak mereka akan dapat menjadi seorang guru yang berwawasan dan seorang guru yang disegani. Selain itu juga, saya turut mendapati beberapa kelemahan daripada ceramah yang dianjurkan pada Bina Insan Guru pada kali ini. Antara kelemahan-kelemahan yang saya dapati ialah pengurusan yang kurang baik dari segi peserta yang hadir. Sepertimana yang kita ketahui, peserta yang hadir pada sesi ceramah pada petang itu adalah semuanya terdiri daripada peserta program Bina Insan Guru itu sendiri. Program ceramah seperti ini sepatutnya boleh dihadiri oleh guru pelatih yang lain yang berminat kerana pada saya, tajuk ceramah yang disampaikan oleh penceramah merupakan satu tajuk yang baik yang sepatutnya didengari oleh semua guru pelatih yang berada di institut ini. Ruang untuk peserta yang hadir untuk mendengar ceramah ini adalah terhad dan sepatutnya dibuka kepada guru pelatih yang lain yang ingin menyertai ceramah ini. Ceramah ini juga merupakan ceramah yang mempunyai tindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya dalam kalangan gguru pelatih. Hal ini bermaksud, melalui ceramah ini, guru pelati dapat belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan orang yang berada di sekeliling mereka kerana sepertimana yang kita ketahui, untuk menjadi seorang guru, kita seharusnya mempunyai sikap yang peramah dan keupayaan berkomunikasi yang baik kerana orang di sekeliling kita menganggap guru merupakan seorang insan yang mengetahui segalanya yang berlaku di persekitaran dan guru juga merupakan seseorang yang boleh dirujuk dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau dalam mendapatkan sesuatu input yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Pendek kata, seorang guru haruslah mampu menjawab sesuatu yang diutarakan kepadanya kerana selain guru, kepada siapa lagi pelajar boleh rujuk kerana di dalam pemikiran setiap pelajar, gurulah yang mengetahui segalanya dan guru jugalah tempat mereka bertanya dan melalui guru jugalah mereka

mendapatkan ilmu pengetahuan di dunia dan mungkin juga mendapat ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan akhirat kelak. Ceramah ini juga tidak ketinggalan dalam memberikan pendedahan kepada guru pelatih supaya mereka lebih menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan juga akhlak keguruan. Selain itu juga, program Bina Insan Guru yang yang berbentuk ceramah pada kali ini juga telah mengetengahkan kepada guru pelatih bagaimana cara dalam merancang, melaksana , memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam sesebuah kumpulan. Melalui program yang diadakan ini, saya dan rakan-rakan yang lain dapat bekerjasama dalam menjayakan program ini dan kami saling membantu antara satu dengan yang lain ketika pengurusan untuk program ini. Kami juga salinh berkongsi idea kami masing-masing dan saling menerima pendapat masing-masing serta berbincang bersama dalam menjayakan program ini supaya program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah pada hari sebenar

ceramah berlangsung. Melalui program ini juga, kami semua dapat mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi , rohani serta sosial dalam kalangan kami semua yang berhempas pulas menjayakan program ini. Cadangan saya di masa hadapan agar program Bina Insan Guru seperti ini diadakan lebih kerap dan tajuk yang seumpama ini haruslah diadakan selalu supaya dapat menyedarkan guru pelatih tentang betapa pentingnya pembinaan insan guru yang seimbang dalam kalangan guru pelatih. Selain itu juga, cadangan yang ingin saya utarakan ialah mungkin di lain kali program seperti ini diadakan di tempat yang lebih luas agar dapat memuatkan lebih ramai peserta yang dapat mengikuti ceramah yang disampaikan oleh penceramah ini kerana sepertimana yang kita ketahui, ceramah seperti inilah yang seharusnya didengari oleh guru pelatih kerana tajuk serta isinya adalah berguna dan boleh dijadikan sebagai panduan serta pengajaran kepada guru pelatih dalam emniti hari-hari mereka selama mereka berada di institut ini dan bergelar seorang guru pelatih. Kesimpulannya, program Bina Insan Guru seperti ini merupakan salah satu program utama yang disarankan oleh Bahagian Pendidikan Guru yang perlu diberi perhatian serius untuk memastikan pelaksanaanya dapat dilakukan dengan berkesan.

Keseluruhannya, program ini telah dapat memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih mengenai ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. Selain itu juga, program ini akan memantapkan lagi keperibadian setiap guru pelatih kepada pembentukan personaliti sebagai seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai