Anda di halaman 1dari 18

KAJIAN CERPEN : PROTON SAGA

SINOPSIS
 Cerpen Proton Saga yang ditulis oleh Omar Mamat dan
hasil ilustrasi Ahmad Nazri ini mengisahkan seorang ayah
yang obses untuk memiliki sebuah kereta iaitu kereta proton
saga.Selepas sekian lama mengumpulkan wang dan
berjimat-cermat,ayah dapat membeli kereta proton saga
tersebut.Seluruh anggota keluarga berasa gembira dengan
kehadiran kereta baru tersebut.Konflik terjadi apabila anak
bongsunya iaitu Hafizi telah bermain dekat dengan kereta
dan ayah takut keretanya dirosakkan oleh anaknya.Tanpa
disedari ayah telah memukul tangan Hafizi dengan
sebatang kayu sehinga menyebabkan tangan Hafizi
terpaksa dipotong.Selepas kejadian itu,ayah berasa
sungguh menyesal dan akhir sekali ayah menjual kereta
proton saganya kerana kereta itu telah mengingatkannya
kepada peristiwa yang menimpa Hafizi. Mereka sekeluarga
meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa kehadiran
TEMA DAN PERSOALAN
TEMA
 Seorang ayah dan suami yang mementingkan kebendaan daripada isteri dan anak-anak.

PERSOALAN
 Kesusahan hidup

- menyebabkan seorang ayah terlalu obses terhadap kereta Proton Saga yang baru dibeli
 Ayah yang tidak mempunyai sifat belas kasihan

- memukul anak sendiri


 Kebuntuan seorang ayah

- antara memilih kasih terhadap anak atau kebendaan.


 Dilema seorang ayah

- melihat anaknya kehilangan sebahagian anggota badan akibat perbuatannya sendiri.


 Anak yang menjadi mangsa keadaaan

- anak yang belum matang menjadi mangsa kemarahan seorang ayah yang terlalu obses
terhadap kebendaan
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA
Ayah
 Seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak iaitu Halim, Milah dan

Hafizi.
 Seorang yang terlalu obses untuk memiliki sebuah kereta iaitu kereta

proton saga. – m/s 45


 Seorang yang panas baran. – m/s 46

 Melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibat daripada perlakuannya

sendiri.
 Bekerja sebagai seorang pegawai rendah di Jabatan Daerah.

 Seorang yang berjimat cermat.(mengumpulkan wang untuk membeli

kereta proton saga) – m/s 45


LATAR
LATAR MASA
 Waktu pagi : Halaman rumah masih lembab dan embun masih

bercahaya di atas rumput dan daun apabila dipanahi cahaya amtahari


pagi
 Tengahari: emak sibuk menyediakan makan tengahari dan makan

malam.
 Lewat petang ketika matahari terbenam : ketika matahari mula

terbenam,emak memangku adik di atas riba untuk dibawa ke hospital.


 Selama seminggu : Hafizi ditahan di hospital.

 Waktu malam : ayah seperti anak ayam kehilangan ibu. Berdiri di tepi

jendela dan memandang kegelapan malam.


WATAK SAMPINGAN
1. Emak
 Seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak iaitu Hlim, Milah dan Hafizi.

 Seorang suri rumah tangga sepenuh masa. – m/s 46

 Seorang isteri yang sentiasa akur dengan perintah suami. – m/s 45

 Seorang ibu yang penyayang. –m/s 46

 Seorang ibu yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaran anaknya.

–m/s 45
2. Hafizi
 Adik kepada Milah dan Halim.

 Seorang kanak-kanak yang aktif dan periang –m/s 46

 Kanak-kanak yang belum matang – m/s 47

 3. Halim

 Abang kepada Hafizi dan Milah

 Seorang anak yang menurut perintah kedua ibu dan bapanya.- m/s 46

4. Milah
 Kakak kepada Hafizi dan adik kepada Halim

 Seorang yang periang dan menurut perintah ibu dan bapanya. -m/s 46

5. Pak Dahlan
 Jiran yang tinggal di sebelah rumah mereka.

6.Mak Leha
Isteri Pak Dahlan.
LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang mementingkan kebendaan

daripada anak-anak.
 Masyarakat yang hidup serba sederhana dan tidak

mempunyai semua kemudahan untuk hidup.


 Masyarakat jiran yang prihatin terhadap masalah

yang dihadapi oleh jiran yang tinggal di sebelah


rumah.
LATAR TEMPAT
 Ruang tamu sebuah rumah : emak yang duduk paling

sudut di ruang tamu hanya mengiyakan sahaja.


 Di halaman rumah : halaman rumah masih lembab dan

embun masih bercahaya di atas rumput dan daun apabila


dipanahi cahaya matahari pagi.
 Dapur sebuah rumah : Hafizi ke dapur.Emak menyediakan

makan tengah hari dan makan malam.


 Hospital : tempat Hafizi terlantar kesakitan selama

seminggu.
PLOT

1. PERMULAAN
 Ketika ayah membeli sebuah kereta baru iaitu kereta proton

saga.Seluruh anggota keluarga gembira dengan kehadiran kereta baru


tersebut.
2. PERKEMBANGAN
 Seluruh anggota keluarga menikmati kehadiran kereta baru

mereka.Ayah memasang angan-angan untuk memandu kereta proton


saga bersama keluarga.Ayah terlalu sayangkan kereta barunya sehingga
tidak membenarkan anaknya mengotorkan kereta tersebut dan tidak
mahu pergi ke rumah nenek kerana jalan ke rumah nenek selalu becak
jika hari hujan.
3.PERUMITAN
 Perumitan berlaku ketika ayah ternampak Hafizi bermain berhampiran

kereta dengan kawan-kawannya.Ayah memanggil Hafizi tetapi Hafizi


tidak menghiraukan panggilan ayah.
4. PUNCAK
 Konflik berlaku ketika ayah mengambil sebatang kayu dan terus pergi ke

tempat Hafizi bermain.Tanpa disedari ayah telah memukul Hafizi dengan


kayu tersebut .Ekoran dengan peristiwa tersebut,Hafizi telah kehilangan
sebelah tangan.Sebelah tangan Hafizi terpaksa dipotong kerana mengalami
kecederaan yang teruk.Hafizi dalam dilema kerana inginkan tangannya
semula dan sering bertanya kepada emaknya bila ayahnya akan
menembalikan semula tangannya.
5. PELERAIAN
 Ayah berasa kesal atas perbuatannya terhadap Hafizi.Hafizi sudah

melupakan apa yang telah menimpa dirinya dan dapat meneruskan


kehidupan seperti biasa.Akhirnya ayah menjual kereta dan mereka
sekeluarga menjalani kehidupan seperti biasa.
GAYA BAHASA
1. SIMILE
”Sunyi bagaikan keadaan pesalah yang sedang menuggu keputusan

hakim”
”ayah terkebil macam cicak makan kapur mendengar laporan kaji cuaca

yang baru disampaikan”


”Hafizi terkedek-kedek macam kucing manja berdiri di hadapan ayah.”
”Ayah tercegat macam petani berhadapan dengan ular tedung yang amat

bisa”
”suara ayah macam halilintar membelah bumi”
“ayah seperti orang kehilangan akal”
“ayah seperti anak ayam yang kehilangan ibu”

 
 
2. PERSONAFIKASI

 ”bola mata ayah terkunang-kunang antara


percaya atau tidak”
 ”suara ayah meloncat satu demi satu”
3. HIPERBOLA
 ”melemparkan bola matanya jauh ke luar”

 -

 ”denyut nafas berlari kencang”

 ”Bola mata yang seribu makna”

4. EPIFORA
 ”dada emak sebak.Dada ayah semakin sebak”

 -Baris 344...m/s 46

 
5. SINKOF
 Tak-tidak (”adik tak buat lagi”)

 -Baris 339...m/s 46

 Mau-mahu (”mau sahaja dia memberitahu doktor agar memindahkan tangannya kepada Hafizi”)

 -Baris 419...m/s 47

6.PERIBAHASA
1.Berputih mata
-Baris 37...m/s 45
2.Macam cicak makan kapur
-Baris 159...m/s 45.
 NILAI
 1.kasih sayang : kasih sayang anak terhadap
ayahnya.
 2.prihatin : keprihatinan jiran tetangga antara satu
sama lain.
 3.ketabahan : ketabahan seorang ibu antara
berpihak kepada suami atau anak-anak.
 4.tanggungjawab : tanggungjawab ibu bapa
terhadap anak-anak.
 PENGAJARAN
 1.kita mestilah mempunyai rasa kasih sayang sesama
ahli keluarga agar keharmonian dalam keluarga dapat
dikekalkan.
 2.kita haruslah prihatin terhadap masalah sekeliling
supaya penganiayaan sesama manusia dapat dielakkan.
 3.kita hendaklah tabah menghadapi dugaan supaya apa
jua yang dihadapi dapat ditempuhi dengan tenang.
 4.ibu bapa seharusnya mempunyai tanggungjawab
terhadap anak-anak supaya mereka lebih terjaga dan
selamat.
 SUDUT PANDANGAN
 Cerpen Proton Saga oleh Omar Mamat dan hasil ilustrasi bersama
Ahmad Nazri ini tergolong dalam sudut pandangan orang
ketiga.Dalam cerpen ini,penulis tergolong dalam golongan pencerita
serba tahu.Hal ini demikian kerana,pengarang mengetahui segala-
galanya tentang apa yang difikirkan dan dilakukan oleh watak-watak
yang terdapat dalam cerpen ini.Dalam cerpen Proton Saga ini penulis
menggunakan watak ayah untuk menceritakan kisah di sebalik cerpen
ini.Ayah seorang yang terlalu obses terhadap kebendaan.Hal ini dapat
dibuktikan apabila ayah berjimat cermat dalam berbelanja hanya
kerana ingin mengumpul wang untuk membeli sebuah kereta iaitu
Proton Saga.Ayah juga seorang ayah yang panas baran kerana dia
tidak dapat mengawal kemarahannya terhadap adik semasa adik
bermain berhampiran dengan kereta barunya.Pada akhir cerpen ayah
mula merasa menyesal atas apa yang telah dilakukan kepada adik.
 TEKNIK PLOT
 Dialog
 -”kereta itu mahal,”kata ayah seolah-olah mengingatkan anak-anaknya betapa sukarnya untuk mendapatkan
sebuah Proton Saga yang setiap malam tertutup dengan kain kanvas.Baris 17...m/s 44.
 -”kalau hari raya,tak perlu bergilir-gilir naik motor”.Baris 31...m/s 45
 Monolog
 Monolog dalaman
 -Sejak ayah membeli Proton Saga seminggu yang lalu,emak tersenyum lebar,Hafizi tak kering gusi, bergurau-
gurau senda dengan Milah dan Halim.Baris 1..m/s 44.
 -Monolog Luaran
 -Ayah membayangkan Proton Saga berwarna hijau pucuk pisang itu seolah-olah menjalar di hadapan
rumahnya.Baris 74...m/s 45.
 Konflik Dalaman
 -Ayah melihat Hafizi dan dua orang rakan sebayanya sedang berkejaran di bawah rumah.Dada ayah berdebar-
debar.Baris 263...m/s 46.
 Konflik Luaran
 -Ayah segera meluru ke arah kereta yang kaku dibungkus.Ayah tercegat macam petani berhadapan dengan ular
tedung yang amat bisa.Ayah menoleh ke arah Hafizi.Dua orang kawan sepermainan adik tidak kelihatan lagi.Baris
276...m/s 46.
 Saspens
 -Sebatang kayu sebesar lengan adik tiba-tiba sahaja di tangan ayah.Ayah meluru ke arah adik.Ayah tidak mendengar
apa-apa lagi.Jerit tangis Hafizi membelah kesunyian petang itu.Hafizi melaung sekuat hatiny.Ayah malah tidak
mendengar jeritan itu.Baris 288...m/s 46.
 PENGAJARAN
 1.kita mestilah mempunyai rasa kasih sayang sesama
ahli keluarga agar keharmonian dalam keluarga dapat
dikekalkan.
 2.kita haruslah prihatin terhadap masalah sekeliling
supaya penganiayaan sesama manusia dapat dielakkan.
 3.kita hendaklah tabah menghadapi dugaan supaya apa
jua yang dihadapi dapat ditempuhi dengan tenang.
 4.ibu bapa seharusnya mempunyai tanggungjawab
terhadap anak-anak supaya mereka lebih terjaga dan
selamat.

Anda mungkin juga menyukai