Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Sepanjang saya menjalankan Kerja Kursus Psikologi Pendidikan ini, saya berasa
sangat bimbang kerana saya belum pernah membuat tugasan seperti ini. Tetapi saya
mesti mencuba untuk melakukan tugasan ini dengan jayanya kerana ini merupakan
cabaran baru kepada saya. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mendapati bahawa
amat sukar untuk melakukan tugasan tanpa menemui sumber serta bukti yang kukuh.
Selain itu, sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak kekangan yang saya
harus lalui. Antaranya seperti masa serta tugasan-tugasan dari mata pelajaran yang
lain. Namun, kekangan ini saya anggap sebagai cabaran yang harus saya tempuh
dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui pelaksanan tugasan ini, saya juga dapat
mempelajari bahawa saya seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
penggunaan komputer. Hal ini adalah kerana segala amali dan tugasan yang diberi
perlu dilaksanakan menggunakan komputer.
Dengan berakhirnya tugasan ini, ia memberikan satu pengalaman baru kepada
saya sebagai seorang pelajar. Saya juga menyedari bahawa ketelitian dan ketekunan
perlu ada dalam diri untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Oleh yang
demikian, saya berharap agar saya dapat menerapkan sikap teliti dan tekun dalam diri
saya untuk memudahkan saya membuat tugasan yang akan datang.
CAROLINE ENA ANGKI
KOHORT 6B

24

Anda mungkin juga menyukai