Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI,

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,


14200 SUNGAI JAWI, SEBERANG PERAI SELATAN,
PULAU PINANG

KERTAS KERJA

SERLAH MINDA

KELAS PEMULIHAN SAINS

TARIKH:
28 JULAI 2016

TEMPAT:
BILIK DARJAH 5 PINTAR
1. TAJUK
Pengendalian Program Serlah minda-kelas pemulihan sains bagi 10 murid kelas Tahun 5
Pintar yang mempunyai tahap penguasaan rendah dalam topik Tenaga dan Cahaya
akan saya laksanakan dengan kerjasama guru-guru pelatih yang lain serta warga
sekolah.

2. PENGENALAN
Pendidikan Pemulihan ataupun Program Pemulihan Sains akan disediakan untuk
membantu murid mengatasi masalah keciciran atau kelemahan, khususnya dalam
pembelajaran iaitu kelemahan menguasai kemahiran 4M. Tanpa bantuan, mereka akan
gagal membina keyakinan diri untuk belajar dari sistem persekolahan lebih awal lagi.
Mereka ini merasa rendah diri dan malu tampil ke hadapan bersama-sama rakan
sebaya mereka di arus perdana. Oleh itu, untuk memantapkan jati diri mereka agar
berasa yakin pada diri sendiri dan menunjukkan kemampuan diri satu program perlu
diadakan untuk menguji mereka dalam kelompok mereka bagi melahirkan insan yang
sentiasa berfikiran positif.

3. TUJUAN
Program Serlah Minda kelas pemulihan ini akan diadakan bagi mengatasi masalah
keciciran atau kelemahan, khususnya dalam pembelajaran Sains. Selain itu, program ini
mengutamakan pembelajaran berfikrah, iaitu penekanan kepada pemerolehan dan
penguasaan kemahiran serta ilmu pengetahuan murid ke tahap optimum. Disamping itu,
pengetahuan sains dan teknologi yang dipelajari disesuaikan dan diaplikasikan dalam
kehidupan, masyarakat dan alam sekitar.

4. RASIONAL PELAKSANAAN
Program ini adalah satu usaha dalam membantu murid mengatasi kelemahan dalam
matapelajaran Sains. Selain itu, program ini memberi peluang untuk meningkatkan
potensi diri dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang. Guru-
guru pelatih pula dapat memberikan bimbingan yang khusus untuk meningkatkan
pencapaian murid.

5. OBJEKTIF PELAKSANAAN
5.1 Meningkatkan efisyen dan keberkesanan pelaksanaan program kelas pemulihan

sains di sekolah.
5.2 Memberi peluang kepada 10 murid pemulihan dari kelas Tahun 5 Pintar
bertanding sesama mereka setelah dibimbing oleh guru-guru.

5.3 Membina keyakinan diri, berfikiran positif dan sifat berusaha untuk berjaya
dalam diri murid-murid pemulihan.

5.4 Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam diri murid-murid.

6. TARIKH / MASA / TEMPAT


Dicadangkan Program Serlah minda-kelas pemulihan sains ini akan dijalankan pada 28 Julai
2016 bersamaan dengan hari Khamis.

Atur cara Program Serlah minda-kelas pemulihan sains


2.00 petang : program pemulihan dimulakan
3.00 petang : sesi pemulihan tamat
3.10 petang : Latihan pengukuhan
3.30 petang : bersurai

7. PENYERTAAN
Program ini akan disertai oleh 10 murid dari kelas Tahun 5 Pintar.
8. ANGGARAN PERBELANJAAN
No Item Kuantiti Harga (seunit) Jumlah
1 Kertas A4 1 Rim RM 12.00 RM 12.00
Jumlah RM 12.00
Keseluruhan

9. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENAUNG : PN. ZUBAIDAH BINTI JAAFAR

PENASIHAT : PN. VANITHA A/P KANNAN

PENGERUSI : ARCHANA A/P TARUMALINGAM


AHLI JAWATANKUASA

5. Kawalan Murid : Jasminderjeet Kaur A/P Akam Singh

Thirumangai A/P Rajendran

Latha Raj A/P Rajandren

10. PENUTUP

Program ini adalah suatu aktiviti berterusan yang berbentuk pemulihan dan bimbingan
yang diharap dapat membantu murid dalam menghadapi masalah dalam pembelajaran
sains. Program ini juga diharap dapat memberi satu impak yang berkualiti dan
berkesan terhadap anak didik untuk memastikan murid-murid dapat menguasai
kemahiran sains dengan baik. Semoga program ini dapat membantu meningkatkan
pencapaian murid-murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(JASMINDERJEET KAUR A/P AKAM SINGH) (PN. VANITHA A/P KANNAN)
Mentor Pelajar Guru Sains
Setiausaha
SK Jawi
Program Serlah minda
SK Jawi
Disahkan oleh,

(PN. ZUBAIDAH BINTI JAAFAR)


Guru Besar
SK Jawi

Anda mungkin juga menyukai