Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpahan dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana memberikan
peluang untuk menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan
tajuk tugasan.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Mohd Azhar bin AB Rahman
yang telah banyak memberikan tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya
dan rakan sekelas dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga saya bersyukur kepada tuan kerana memberi
kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan
serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan
dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan, bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini
dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan
saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri terutamanya serta kepada
pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada
masyarakat setempat khususnya.

Anda mungkin juga menyukai