Anda di halaman 1dari 2

Penghargaan

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut


Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan kami.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari
awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan
tugasan ini .Selain itu juga, saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya
kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga
jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini.
Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan
tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima
kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus
menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami
menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga,
harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri sendiri terutamanya serta
kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas
dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah
dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

I
Isi Kandungan

Perkara Muka surat


Penghargaan I
Isi Kandungan II
Tugasan 2 1
(Esei)
Rujukan 5

II

Anda mungkin juga menyukai