Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, bersyukur kehidrat Ilahi kerana dengan limpah kurninya saya


dapat menyiapkan tugasan EDU 3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
dengan jayanya. Sehubungan dengan itu, saya mengambil peluang ini untuk
mengucapakan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pembimbing Pn. Norhafizah
Hanim Binti Masrom yang sentiasa membantu dan menyokong kami. Segala jasa
dan tunjuk ajar yang diberikan saya pohon restu dan dihalalkan supaya insyaAllah
segala ilmu yang dicurahkan kepada saya mendapat berkat dan dirahmati Allah.

Jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana mereka banyak
memberikan dorongan dan sokongan supaya saya tidak mudah berputus asa dalam
menghadapi onak dan duri dalam alam belajar ini. Sekiranya tanpa dorongan
mereka, sudah pasti saya kurang keyakinan untuk terus belajar maju ke hadapan.
Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada semua rakan-rakan seperjuangan terutama sekali dari unit prasekolah dan
pemulihan kerana banyak membantu dan memberi kerjasama yang baik semasa
tugasan ini dilaksanakan. Saya juga sangat bertuah kerana dapat melaksanakan
tugasan ini secara kumpulan yang besar. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim diantara satu sama lain tidak mengira unit, agama, dan bangsa.

Sehubungan dari itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak
Sekolah Kebangsaan Bangau Temerloh kerana dapat memberi kerjasama yang baik
sepanjang pencarian maklumatsegala maklumat dan kerjasama yang telah diberikan
akan mendapat keberkatan dari Ilahi. Harapan saya supaya segala susah dan penat
yang kita tempuhi sepanjang melaksanakan tugasan ini memberi kesan yang positif
dalam diri kita untuk membentuk diri sendiri yang lebih baik dan berdaya saing
daripada diri kita yang sebelumnya. Semoga ilmu pengetahuan yang kita dapat
melalui program ini dapat dilaksanakan dan diamalkan dengan cara dan kaedah
yang betul dalam mendidik bangsa dan generasi yang akan datang.

Akhir kata, semoga pengorbanan yang telah kita lakukan dapat memberi
pengajaran yang bermakna kepada kita dan dapat diamalkan ilmu tersebut apabila
kita berada di sekolah kelak. insyaAllah.

iv

Anda mungkin juga menyukai