Anda di halaman 1dari 2

MESYUARAT AGUNG PIBG 

KALI KE-41
SK SERI KUALA

PADA : 21 MAC 2023 (SELASA) 

Bismillah Hirrahman Nirrahim


Assalamualaikum wbt
Terima kasih  Pengacara Majlis, Cikgu Syahir.

Yang Berbahagia Ustaz Saad bin Said Yang Dipertua PIBG SK Seri Kuala. Naib
YDP PIBG Puan Cik Intan bt Mansor.
En. Mohamad Shahidi bin Yahaya, Guru Besar, SK Seri Kuala,
AJK PIBG,  Ibu bapa, guru-guru, dan hadirin yang dikasihi sekalian.

Ibu bapa & guru- guru yang dihormati sekalian.


Syukur Alhamdulillah serta selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,
ahli keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin memanjatkan kesyukuran yang
tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat kita
bertemu dalam majlis yang amat bermakna ini.

Saya berasa gembira melihat semangat, kerjasama yang ditunjukkan oleh semua
pihak dalam melibatkan diri secara bersungguh-sungguh bagi menjayakan majlis ini.

Hadirin sekalian,
Perubahan dalam sistem pendidikan negara dari semasa ke semasa menuntut
pengorbanan guru dan ibu bapa. Oleh itu,  semua pihak perlu mempersiapkan diri 
dengan perubahan yang kita alami ini. Covid 19 mengubah segalanya dari
kebiasaan yang kita lakukan. Dari cara hidup yang perlu mematuhi SOP hinggalah
cara menyampaian ilmu kepada para pelajar .
 Oleh itu, saya menyeru kepada semua  agar, berganding bahu mengukuhkan tekad
dan  memantapkan komitmen demi menyempurnakan tugas yang diberi dengan
jujur, amanah dan penuh kerelaan dan suci hati untuk mencari keredhaan Allah
SWT.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Saya juga suka mengingatkan kepada ibu bapa agar memberi sokongan padu atas
segala usaha murni pihak sekolah. Saya yakin dengan penggemblengan tenaga
dan penyatuan minda akan menyemarakkan budaya permuafakatan yang
seterusnya akan pasti melahirkan generasi yang berwibawa dan maju dalam semua
aspek.

Dalam hal ini juga saya ingin mengambil kesempatan dengan mengingatkan para
ibu bapa sekalian agar tidak membuat sesuatu keputusan atau tindakan melulu
berlandaskan perasaan tanpa usul periksa, sekiranya mendapat berita yang tidak
pasti, berhubunglah dengan pihak sekolah atau PIBG untuk dapatkan penjelasan.

Hadirin sekalian,
Ibu bapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran anak-anak secara berterusan
dalam situasi yang mencabar ini. Dengan berbekalkan ilmu, anak-anak akan
terpelihara dari terlibat dengan gejala negatif kerana mereka dapat bezakan yang
baik dengan yang buruk.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima
kasih atas jemputan ini. Saya juga mendoakan agar Allah memudahkan
urusan kita. Saya berdoa agar sekolah ini terus mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam semua bidang.

Dengan itu, saya dengan lafaz Bismillah Hirrahman Nirrahim merasmikan


Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Kuala Kali ke-41 Tahun 2023 /
2024.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah , Wassalamualaikum Warahmatullah


Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai