Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Yang berusaha pengetua SMK Sultan Abdullah Dr. Ahmad Jaafar b Haji Musa, yang berusaha
penolong kanan pentadbiran Encik Mohd Ramli b Mokiat, penyelaras Pendidikan khas Encik Asraf
b Saidin, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul
bersama-sama pada pagi ini. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu
bapa dan guru-guru yang sudi hadir pada perjumpaan kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Perjumpaan pada pagi ini adalah perjumpaan buat kali pertama secara rasmi di antara guru-guru
dengan pihak ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas
sangat besar. Selain menyediakan keperluan asas kepada mereka kita juga perlu memahami
kehendak dan situasi yang mereka alami. Kegagalan kita menyelami perasaan dan membimbing
mereka ke tingkah laku yang sewajarnya akan mengundang masalah di kemudian hari. Sebagai
golongan remaja mereka juga tidak terlepas dari terpangaruh dengan budaya yang tidak sihat.
Tambahan pula ada pihak lain yang suka mengambil kesempatan ke atas mereka. Oleh itu saya
mengharapkan agar ibu bapa dan pihak sekolah dapat sama-sama menjaga disiplin dan tingkah
laku mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Kecemerlangan anak-anak berkeperluan khas ini sangat sukar untuk dinilai. Ia bukan dapat diukur
dengan kejayaan dalam peperiksaan seperti pelajar lain. Pencapaian mereka adalah berbeza-beza
mengikut tahap keupayaan mereka. Sebagai ibu bapa kita perlulah memberi galakan dan
dorongan kepada mereka. Kita akan merasa gembira dan bangga apabila mereka boleh berdikari
dan melalui kehidupan dengan baik. Saya juga menyeru kepada ibu bapa agar berbincang dengan
guru mengenai peluang-peluang yang boleh anak-anak kita nikmati sebagai pelajar pendidikan
khas.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Saya begitu mengharapkan agar pertemuan kita pada hari ini dapat dimanafaatkan untuk sama-
sama meningkatkan program Pendidikan Khas SMK Sultan Abdullah. Idea dan sokongan tuan-tuan
dan puan-puan amat kami perlukan. Kerjasama yang terjalin antara guru dengan ibu bapa dapat
meningkatkan tahap keupayaan dan potensi anak-anak kita.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai